NuFFnANg

Saturday, February 27, 2010

Penjagaan Anak Ayam Kampung

Alhamdullilah sekarang ni agak sibuk juga dengan jualan anak ayam kampung yang semakin meningkat.Walaupun didalam kesibukan itu,sempat juga aku memberikan beberapa tip untuk mereka yang membeli dari aku.Bukan aku nak tunjuk pandai cuma berkongsi ilmu dengan mereka.Tambahan pula aku nak mereka berjaya menternak sehingga dapat pulangan yang berbaloi.Kadang kadang aku follow up semula selepas 2 minggu pembelian untuk melihat sejauh mana perkembangan ternakan mereka.Didalam skop ternakan ini terdapat 2 perkara yang memainkan peranan penting.
1.Daya hidup benih ayam kampung yang dibeli
2.Kosa makana ayam kampung.

Dua perkara yang aku sebut diatas ini teramat penting untuk menjaminkan untung rugi perniagaan ternakan ini.Sekiranya kita hendakkan magin yang tinggi maka kena ambil berat dua perkara tersebut.Disini aku berikan contoh yang mudah sekiranya perhatian tidak diberikan pada perkara tersebut.

1.Sekiranya tahap kematian anak ayam diparas tinggi ..andaikan 20% tahap kematian daripada 500 ekor bermakna kita telah kerugian sebanyak rm250.sekiranya perhatian diberikan mungkin kita dapat mengurangkan kadar kematian daripada 20% kepada 5%.lihat contoh dibawah

Kematian Senario 1
500 x 20% = 100 ekor
100 x rm2.50 = rm250

Senario 2 sekiranya kadar kematian 5%
500 ekor x 5%=25 ekor
25 ekor x rm2.50=rm62.50

Dari Senario diatas tahap kerugian adalah amat ketara tetapi sekiranya diberikan perhatian,kita dapat mengurangkan sebanyak kerugian sebanyak rm187.50.Ini kita lihat dari segi kerugian kos.Bagimana pulak dari segi kerugian Jualan.(ini yang Lebih penting)
Sekiranya Senario 1 dapat dikurangkan seperti senario 2 maka kita mempunyai lebihan ayam dewasa sebanyak 75 ekor.Lihat Senario dibawah:

Senario 1 Jualan

Ayam dewasa yang hidup 400 ekor
Harga jualan Sekilo (andaian) RM 10 sekilo
Berat purata ayam 1.4 kg
Jumlah berat ayam keseluruhan 560kg
Jualan 560 x rm10 = rm5600


Senario 2 Jualan
Ayam Dewasa yang Hidup 475 ekor
Harga Jualan Sekilo RM 10
Berat Purata 1.4kg
Jumlah berat keseluruhan 665 kg
Jualan 665 kg x rm10 = RM 6650

senario 1 - senario 2
RM 5600 - RM 6650 = RM1050

Dari contoh diatas kita dapat lihat sekiranya perhatian tidak diberikan kepada anak2 ayam tersebut kerugian jualan yang ditanggung oleh penternak sebanyak RM1050 semusim..ini sekiranya 20% ..BAGAIMANA SEKIRANYA KADAR KEMATIAN MELEBIHI 20%.APAKAH PERHATIAN YANG PERLU KITA MENGAMBIL BERAT UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMATIAN DAN MENINGKATKAN MAGIAN PERNIAGAAN INI.

1.Persediaan sebelum ketibaan anak ayam kampung.
Persediaan yang rapi perlu dititik beratkan.Di peringkat persediaan ini juga amat penting untuk memastikan kadar kematian yang rendah.Persediaan yang perlu dilakukan adalah seperti beri ikut.
i)Perkara yang penting dan harus diberikan keutaman sebelum ketibaan anak ayam kampung adalah reban anak ayam asuhan atau brooder.Size reban ayam ini atau brooder harus le mengikut quntity anak ayam yang bakal dimuatkan.Kebanyakan ilmu yang terdapat didalam intenet ini tidak diberitau size untuk anak ayam ini.Sekiranya untuk Induk atau ayam dewasa adalah 1 kaki persegi untuk setiap seekor,tetapi untuk anak ayam tidak diketaui.Ini adlah dari pengalaman saya sendiri dimana untuk 500 ekor anak ayam,keluasan brooder yang aku buat adalah 12x3.Keluasaan ini cukup untuk memuatkan 500 ekor anak ayam.didalam reban itu pulak saya bahagikan kepada 5 bahagian dimana setiap 1 bahagian untuk 100 ekor anak ayam sahaja.Ini bagi mengelakan berlaku anak ayam mati disebabkan tertindih antara satu sama lain.
ii)Selain dari size reban haba juga menjadi salah 1 faktor yang perlu diambilberat,Sumber haba yang kebiasaan dibekalkan untuk memanaskan anak ayam ialah lampu mentol.Anak ayam yang masih baru memerlukan haba untuk memanaskan badan mereka.Anak anak ayam ini mempunyai bulu2 yang halus,ia tidak dapat membantu anak ayam untutk memanaskan badan mereka ketika malam atau pun dimusim hujan.Jadi lampu yang dipasang dapat membantu memberikan kepanasan kepada anak2 ayam ini.Tetapi sekiranya watt mentol yang digunakan terlalu besar boleh menyebabkan anak ayam ini mati kepanasan.Ditahap minggu pertama hingga ke sebulan lampu hendaklah dipasang 24 jam.Ini bagi menjaminkan anak2 ayam ini mendapat kepanasan yang secukupnya.ntuk keluasan 12x3 saya gunakan cuma mentol 5 watt.jarak diantara 1 lampu ke 1 lampu adalah didalam 2 kaki.6 mentol digunakan untuk memberikan kepanasan kepada anak2 ayam.Sekiranaya dimusim hujan watt lampu ini hendaklah ditukar ke 15 watt.Diwaktu hujan angin agak sejuk sedikit.Jadi anak2 ayam ini memerlukan haba yang secukupnya.Sekiranya masih kekal kepada 5 watt,ia tidak dpt memberikan suhu yang diperlukan.Jadi pastikan haba yang secukupnye diberikan pada anak2 ayam anda.
iii)Bekas makan ayam janganlah dipandang sebagai remeh.Ini boleh meyebabkan anak ayam anda bantut pembesaranya.Seandainya anda memberikan bekas makanan yang tidak cukup besar dengan quntity anak ayam 500 ekor,bagaimana dapat anda pastikan kesemua anak ayam itu dapat makanan dan minuman.DIdalam reban anak/brooder saya gunakan 5 bekas air yang besar bagi memastikan kesemua anak ayam boleh mendapat minuman yang secukupnya dan saya gunakan tray atau dulang segi empat tepat untuk makanan ayam.Makan anak ayam yang saya berikan adalah 201c Gold Coin.Brand ini agak mahal,tapi ia amat bagus dan berquality untuk pembesaran anak2 ayam ini.
iv)Reban ayam/brooder yang telah siap dibina hendaklah dibasuh dahulu supaya hilang bau kayu.Sebaiknya spray dengan EM.Ia bagi mengelakkan bacteria yang terdapat didalam reban ayam tersebut hilang dan tidak berbau.
Diatas adalah sedikit tip yang saya berkongsi dengan anda semua untuk persediaan anak ayam sebelum sampai.Jagan tunggu anak ayam sampai dulu baru nak buat reban dan sebagainya.Ini boleh menyebabkan anda kerugian besar.Dibawah ini akan saya kongsi bersama2 perkara yang penting apabila ketibaan anak2 ayam ini....Sambung nak gi Ulu langat tengok tanah..nak sewa disana...untuk projek diKuala lumpur.Sapa2 yg ada tanah untuk disewa sekitar Selangor boleh hello saya..tq

Seperti yang saya janjikan.Tengahari tadi.Disini saya berkongsi dengan anda persediaan yang perlu ketika ketibaan anak ayam kampung.
1)Apabila anak ayam kampung anda telah sampai hendaklah disegerakan masuk kedalam reban anak ayam/brooder.Bekas minum hendaklah disiapkan.Pastikan air tersebut di campur dengan ubat anti stress.Ubat anti stress itu bertujuan untuk mengurangkan stress kerana perjalanan yang jauh dan memenatkan.Dan juga pasti makan anak ayam telah disiapkan.Apa yang saya amalkan adalah,Anak ayam ini diberikan makan sehari 2 kali.Ia itu sebelah pagi dan petang.Ini bagi memastikan anak ayam mendapat makanan yang secukupnya.Sekiranya anak ayam anda mempunyai luka dibadan atau kekurangan bulu,ini bermakna anka ayam anda tidak cukup makanan. Makan yang terbaik ketika anak adalah Gold Coin 201M dan apabila umur meningkat 1 minggu berikan 201C.
2)Reban ayam / brooder pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin sejuk masuk.Angin sejuk boleh mengurangkan haba didalam reban tersebut dan juga akan menyebabkan kematian.Ketika dimusim hujan pastikan tiada kebocoran yang boleh air hujan masuk kedalam reban anda.Cabaran yang saya hadapi pada mula2 menternak,waktu tu kiranya hujan lebat juga entah masa bila agaknya bumbung brooder saya tu ada kebocoran.Dengan rasa sedihnya esokkan hari mati anak ayam 260 ekor.Kerugian mencecah hampir RM650.00,pada masa tu anak ayam saya beli dengan harga rm2.50.Pesanan saya pada rakan ternak.Pastikan reban anak ayam /brooder anda tidak bocor.
3)Ketika anak ayam berumur bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam sehari.Seperti yang saya nytakan di peringkat persediakan sebelum tiba anak ayam.Disaat umur bawah 2 minggu ini adalah waktu yang paling critical.Ketika ini macam macam cabaran yanag akan datang sekiranya kita tidak menjaga anak ayam ini dengan teliti,Kekurangan Haba akan menyebabkan anak ayam ini berkumpul diantara satu sama lain.Sebaiknya ambil suhu brooder setiap masa.Amalkan themormeter sentiasa ada didalam brooder kalu gunakan yang digital lagi baik.Suhu yang terbaik untuk brooder adalah sekitar 37c ketika umur bawah 1 minggu dan menurun 1 c setiap minggu.Anak ayam ini akan kurang stress dan akan lebih sihat.Anak ayam yang sihat akan memberikan berat dan tumbesar yang stabil.
4)Reban anak ayam/brooder hendaklah sentiasa dibersihkan.Ini bagi mengelakkan anak ayam dari pada terkena penyakit.Tahi ayam mempunyai gas Ammonia yang boleh menyebabkan kematian.Menggunakan EM boleh mengurangkan bau busuk dan mengelakkan lalat.Selain dari itu EM juga boleh meningkatkan FCR anda.Pengeluaran juga akan bertambah dengan kadar kematian yang kurang.
Semoga semua penternak atau bakal penternak yang membaca blog saya ini mendapat serba sedikit ilmu dari Blog ini.Saya doakan anda berjaya didalam ternakan ini.Dan juga jangan lah kita lupa memohon doa dari Allah swt untuk melindugi ternakan kita dari segala bencana dan khianat.
PERTANIAH ADALAH PERNIAGAAN.MENLANGKAH KEARAH MEMBEKAL MAKANAN HALAL.

Thursday, February 18, 2010

Penjualan Anak Ayam Belanda

Kami di IE AGro Group Sdn.Bhd mengucapakan terima kasih kepada mereka yang telah berurusniga bersama kami.Alhamdullilah permintaan anak ayam belanda,Anak ayam white leghon dan anak ayam kampung semakin tinggi.Kami sangat memberikan tumpuan kepada setiap pelanggan yang berurus niaga bersama kami.Selain itu kami juga memberikan Khidmat Nasihat kepada pelanggan yang memerlukan khidmat kami,ini diberikan secara percuma sahaja.Pada 3 hari yang lepas kami baru sahaja mengikat contract dengan sebuah Syarikat Bumiputra untuk membekalkan anak ayam kampung sebanyak 2000 ekor dan anak itik telur 1000 ekor setiap bulan kepada mereka.Terima Kasih kami ucapkan kepada En Rizal wakil Syarikat tersebut.Kami masih mencari sesiapa yang berminat untuk bersama kami membawa Nicholes 700 ke Malaysia.Minimum Order adalah 80 ekor seorang.Harga yang kami kenakan adalah harga kos yang kami dapat dari syarikat di Australia.Harga adalah RM 32.00 seekor termasuk penghantaran.Tawaran Ini adalah sehingga 10 mac 2010 sahaja.Selepas itu harga yang ditawarkan akan dinaikkan.Sesiapa yang berminat segerakan tindakan anda untuk merebut peluang keemasan ini.Sila Clik disini untuk melihat specifikasi berat dan cara menternak Nicholes 700(klik)

Monday, February 1, 2010

Penjualan Anak Ayam White Leghon

Salam buat semua perminat blog saya yang tak seberapa ini.

Walaupun saya ada menulis berkenaan ayam belanda,tetapi penjualan anak ayam kampung,anak white leghon masih lagi dijalankan.Semalam kami baru sahaja membekal anak anak ayam white leghon kepada En.Nizam dari Bangi dan En Shoffie dari Kapar Klang.Mengucapakan setinggi terima kasih kepada mereka yang berurusniga dengan kami.Kami menghantar bekalan anak ayam tersebut ke tempat mereka.Hari ini penghantaran akan di buat ke Langat.Baru balik dari hantar bekalan anak ayan white leghon pada En Rozaine.Beliau amat berpuas hati dengan bekalan yang diberi.Gambar nak ayam white leghon yang telah dihantar kepada En Rozaine di Langat.Tempat beliau boleh dikatakan antara yang terbaik saya pernah lihat.




Brooder house yang menarik.Simple dan cantik.Boleh memuatkan sebanyak 100 ekor anak ayam dalam 1 masa.Terdapat lebih kurang 2 atau 3 yang mempunyai saize yang sama seperti itu.Selain dari ternakan ayam kampung ,beliau juga menternak itik kaki campble,itik muscory,ayam kampung kacuk dan ayam belanda.Terdapat chalet yang sedang dibina.(teringat perancagan aku dulu).dalam masa 10 tahun aku rasa pulangan yang lumayan.Jom sapa yang belum pi silakan.




Gambar ayam kacuk yang di bela oleh En Rozaine.Sekarang ni beliau nak tumpukan pada ayam kampung asli.Katanya ayam kacuk ini kuat makan.(aku punya kacuk pun kuat makan juga,tapi pembesaran yang cepat)Anyway kacuk dan asli masing masing ada keistimewaan masing2.Berpandu pada apa tujuan kita untuk membela.Kalu nak bela utk suka2..elok bela ayam kampung dan kacuk.Kalu nak bukat baka....ayam kampung asli terbaik,Untuk daging pulak sebaiknya ayam kacuk.Ini pandagan aku.By the way aku jual anak kacuk dan anak kampung asli.sapa nak call je aku.anak ayam belanda juga ada.Mini Cochin dan batam boleh order




Ini le rupa anak ayam white leghon.Tengok gambar pun dah teruja dengan kecantikannya.Kalu nak tengok bapak dia gi kat last post aku.Memang menarik selain dari ia lebih besar dari ayam kampung biasa,ia juga bertelur dengan banyaknya.dalam 270 biji telur setahun.Telur yang berwarna putih,(ayam kampung le tu)Ayam ni terdapat dua color.white leghon dan red leghon.Kedua-dua nye dari breed leghon.Ayam ini memang le popular kat Europa.Kalu tak caya tgk last post saya ketika di Dan Ahern di Meldon Co Cork Ireland.Masa aku gi melawat Ladang Ahern's ,dia juga bela ayam ini secara free range.Anak anak ayam ini cukup sihat dan cergas.Umur anak ayam yang didalam gambar ini baru 4 hari.Size yang cukup berbeaza dengan anak ayam kampung.Sesaiapa yang nak kami masih ada stock dalam 10 ekor ..sapa cepat dia dapat.....