NuFFnANg

Friday, May 28, 2010

Apa Dah Jadi Yeop!!!!!!!!

Apa Dah JAdi Yeop!!!!! Tu le tajuk yang aku nak ceritakan hari ni.
Ini adalah sambungan dari tulis aku yang lalu.Sebelum ni pun pernah aku saranan..sebagai penternak perlu lah kita pandai merancang ladang kita.Kalu nak buat ternakan kena ada juga kira2nya jangan hentam koromok je.Tapi ini le yang banyak berlaku...Bila tengaok org berjaya buat kambing so masing masing nak buat kambing,bila ada lak yang berjaya buat lembu semua dok cakap pasal lembu..lintah pun mcm tu juga,tak kurang juga dengan ayam kampung.Ramai yang sibuk nak buat ayam kampung..tetapai disebabkan dak ada perancangan maka semua yang diaorg buat tergendala atau rugi.MOdal dah banyak keluar tapi hasil x de.So bercerita le 1 kampugn yang buat ternakkan ni dak de untung.PAdahal org lain buat boleh berjaya je...kita ni terlalu banyak sangat budaya ikut mengikut....tapi ilmu x de..kosong..so mcm mana nak berjaya.

Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum nak buat sesuatu projek..sama le juga mcm bila kita buat projek binaan....kebanyakan mereka ni ambil mudah je..jadi mcm mana nak berjaya.Seseorang yang nak berjaya perlu le ambil kira semua aspek termasuk kos binaan reban,kos anak ayam.kos makan.kos perkerja,masalah2 ladang.pasaran,rotation produk dan sebagainya.Bukan nye ambil mudah...mungkin org2 ni diaorg pikir ternakan ni bisness leceh kot x de class,Tapi mereka lupa..banyak penternak yang kaya raya di luar sana.Contohnya..CP punya company..tukey dia tu jual ayam je..tapi mempunyai rumah yang besar sampai 6 tingkat.Ayamas pun kaya juga focus kat dlm ternkan ayam daging,peladang2 MAt salleh kat eropa,amerika dan cebagianya..semua kaya2...sbb apa????? Depa merancang dgn teliti.... sbb tu depa berjaya.Most of US belasah je....tu le masalahnya.

Aku ada kenal seorang penetrnak ini...idea bagus,barang pun bagus,yang x bagusnya rotation ayam x de.Mula dia start dengan 4000 ekor..very good planning....tapi bila dah nak havest..lupa lak nak masukkan yang baru....jadi skg ini yang 4000 ekor dah habis....yang tinggal cuma 2000 ekor ..tapi anak lagi baru 3 minggu.So mcm mana nak supply ke pasar2..bila dah putus...ini le cerita menag bagus ada 4000 ekor tapi planning x de...rotation hacur...kalu cutsomer lari mcm mana..bukan senang nak dapat market abng...so bila dah jadi mcm ni...sapa berani ambil dengan depa lagi/// sbb takut nanti pun x cukup juga...Benda mcm ni kena plan betul2 jgn hentam komok je.Pernah aku order barang tapi x boleh siap dalam waktu ynag ditetapkan..tapi x boleh meet the requirement..sbb nya staff x de..so mcm mana ni bro..Apa dah JAdi Yeop!!!!!!

Ini le yang perlu kita ambil berat..kiat teliti dlm kos dan pengurusan..bukan main belasah je.LAgi pun skg ni kan zaman penternak dan pertani moden..JADI KALU RASA X TAU MCM BELA AYAM..GI KRUSUS KAT mELAKA....KALU X PANDAI MERANCANG KENA LE AMBIL ORG YG BOLEH MEMBERIKAN KEUNTUNGNA PADA SYARIKAT BUKAN NYE BELASAH KOROMOK

Monday, May 24, 2010

Ternakan Ayam Kampung

Salam buat semua...DIsini saya nak sambung sikit dari POST yang lepas.Kebanyakan penternak memternak ayam kampung ni untuk org cina punya market.Cina suka ayam free range.Dagingnye agak liat sikit.Tapi berapa banyak mereka boleh ambil dengan kita dlm seminggu.20 atau 30 ekor.Kalu le mereka ambil byk tu bila nak habis kalu bela 500 ekor..ini le yang menjadi masalah orang kita sbb permikiran kita telah di set kan bergitu.Sedangkan mereka sendiri ternak ayam secara kandang.Mereka nak kita bagi ayam kita makan makanan hasil buangan seperti lebihan nasi,sayur dan sebagainya.Akhirnya ayam kita x cukup zat.Kecil lambat membesar dan dada tajam.Apa bila ayam kita ada bnayk lebihan maka kita pun supply ke restaurant. Restaurant akan reject sbb ayam kita kecil.Jadi sbb tu retaurant x ambil dgn penternak melayu.Penternak Cina juga yang untung.

Jadi macam mana nak kita atasi masalah kita ?????Dan apa yang menyebabkan ayam mereka lebih baik dari kita????Di sebabkan kita nak ikut apa yang mereka nak maka kita pun bagi le lebihan makan.tapi apa bila mereka ternak ayam kampung mereka bagi dedak.sbb tu ayam mereka lebih baik dan daging nya lebih lembut.tambahan mereka ternak secara kandang dan kita ternak secara bebas.Pasaran diluar kebanyakan mereka hendakan ayam kampung yang berdaging lembut.Ini le yang saya bersembang dengan dengan pengusaha restaurant dan chef.Ayam bergini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran skg.Kita kena mengikut apa yag diperlukan oleh pasaran.Ayam kampung kandang ini lebih cepat membesar kerana mereka makan 24 jam.Makanan yang di bekalkan adalah dedak semata2.Ayam ayam ini lebih sihat dan cukup zat.Sbb itu pembesaran cepat.Sebagai penetrnak kita juga perlu lah menjadi seorang perniagaan.Sebagai seorang perniagaa kita harus memikirkan barangan yang kita jual hendak lah cepat besar berkualiti dan tidak simpan lama.Kos kematian mesti diambil kira..kalu simpan lama nanti banyak lak yg mati.
Ayam ni jagan kita bagi makanan nye yang ditaburkan di bawah.harus le kita tinggikan bekas makan tersebut.baru dadanya berisi. Ini ada dari pengalaman aku sendiri..dah mcm mcm cara aku buat akhirnya ni juga yg terbaik,,tu pun aku ikut cara seorang penternak di Sg Buloh.Dengan cara tu bukan sahaja cepat besar.FCR pun rendah.Kos untuk ayam kg kacuk yg berat 1.5 kg hanya dalam rm3.45 je.kalu campur dengan harga anak ayam rm 2.50 baru rm5.95 seekor.Harga boleh jual hingga ke RM10 sekilo..itu pun kalu jual sendiri le.....

Ternakan Ayam Kampung

Salam buat semua,Saya nak bersambung sikit dari POST yang lalu.Kenapa kebanyakan pentrenak ayam kampung mempunyai jalan buntu.Sebagaimana yang telah saya terangkan serba sedikit di post yang lalu penternak banyak didedahkan dgn cara ternakan bebas.Ini disebabkan kita terlalu mengharap untuk Cina beli dengan kita.Tapi pernah ke kita tanya berapa banyak dia boleh ambil seminggu.Harga yang daiorg ambil memang le mahal sikit sekitar rm 8 ke rm 9 sekilo atau sekor.Tapi Kita sendiri terpaksa bela dengan masa yang agak lama.Bila mereka nak beli ayam dari kita mereka nak yang slow grower.Tapi apa bila mereka ternak dan jual dipasar mereka gunakan kaedah fast grower.KENAPA MACAM TU YEKKKKK??????Itu le mantelity yang diaorg masukan ke dalam otak kita.So bila kita jual kat restaurant semua reject sbb terlalu liat.Apa katanya kita supply ayam tua..Maka hilang le customer ..huhuhuhu...So kemana kah mereka perngusha restaurant ni dpt kan bekalan???Mereka akan cari org cina untuk membekal kepada mereka.Jadi Sapa yang rugi..kita juga yang rugi..alih2 tutup kedai...jadi mereka juga yang untung.

Macam mana nak kita atasi masalah ini.?????Kebanyakkan restaurant yang mengunakan ayam kampung mereka suka ayam kampung yang berdaging lembut.Ini lah yang saya dapati apabila bersembang dengan pengusaha Restaurant ayam kampung dan Chef di Restauant2 tersebut.Jadi baru le saya paham jenis market ayam kampung ni.Dulu saya pun x reti langsung.

Saturday, May 22, 2010

Masalah Penjualan Ayam Kampung

Salam buat semua.Ramai penternak bumiputra diluar sana mempunyai masalah untuk memeasarkan ternakan ayam kampung mereka.Apakah sebab sebabnya menjadikan Pasaran Ayam Kampung mereka lembab???Soalan bergini selalu menjadi persoalan kepada kita.Adakah Pasaran Ayam Kampung ni x de teruatma ayam kampung kacuk...Sbb tu ramai penternak beralih kepada ayam kampung asli..akhirnya terpaksa menangung rugi kerana ayam x boleh jual..ayam asli lak terlalu lama membesar.Tetapi adakah betul x de pasaran.Setelah aku lebih kurang 1 bulan mencari pasaran ayam kampung kacuk akhirnya terjawap juga serba sedikit persoalan tersebut.
1.Masalah pasaran adalah tidak timbul kerana pasaran sentiasa ada.Boleh gi ke Pasar Borong Selayang.Ayam Kampung kacuk dijual dengan harga rm15 seekor.Sentiasa ada yang membeli.
2.Stock pasaran adalah tidak cukup.Kerana org melayu?bumiputra hanya memternak lebih kurang 500 ekor ke 1000 ekor.Permintaan pasaran adalah lebih.Jadi Perniaga pasar borong x berani ambil dengan penternak melayu kerana takut x boleh supply kepada mereka.sesebuah kedai ayam di pasar borong selayang memerlukan sekurang2nya seminggu 200 ekor.sekiranya hanya ada 1000 ekor,dalam masa 1 bulan dah habis.lepas tu nak supply mcm mana.Masalah utama ni le dia.
3.Kebanyakan penternak x suka cari pasaran hanya tunggu di reban harapkan org dtg bli..so bila nak habis????
4.Kebanyakan advertise secara online sahaja sehingga terlupa offline marketing juga penting.
5.Cara ternakan yang tidak betul atau tidak terancang.kita masalah utama penternak melayu.
6.Terlalu contol cost makan sehinggakan pembesaran ayam lambat dan dada yang nipis.Ini memyebabkan perniaga tidak suka membeli dari penternak kita.Dan Juga memyebabkan susah nak jual.Kalu supply ke resturant2 mereka nak yang dada ada isi bukan yang dada tajam.Kalu anda dah ternak cuba tgk ada ayam anda.Adakah berisi atau dada tajam.????

Diatas tu adalah sbb2 kenapa pernternak kita mendapat jalan buntu.Apa yang perlu kita lakukan???berubah mengikut perubahan.Kita kena ikut permintaan pasaran bukan mereka yang ikut kita.Bagaimanakah kita boleh membantu penternak pernternak kecil???Pada pandagan saya sebagai orang berkecimpung didalam pasaran ayam kampung kacuk ini,kita harus lah ada jaringan penternak.Setiap penternak pelu mempunyai seorang pembekal ayamkampung yang berkecimpung secara serius didalam Permasaran ayam kampung ini.Jadi dapat lah mereka memasarkan ternakan mereka kepada pasaran yang sedia ada .Harga yang dibekalkan kepada pembekal hendaklah membolehkan pembekal mendapat keuntungan tetapi harus ingat jagan sampai penetrnak mengalami kerugiaan.Penternak juga harus perihatin terhadap berapa kos pembelaan dari anak sehingga dewasa....(Cara penjagaan amat lah penting untutk mendapatkan ayam kampung yang berkualiti.
Yang pasti pasaran ayam kampung tidak mencukupi.Sehingaa kadang2 saya sendiri pun kena ambil pada penternak2 kecil ini.Kepada sesiapa yang tidak ada pasaran ayam kampung boleh hubugi saya.Insyallah saya dapat memberikan bantuan dari segi pasaran..Ingatlah kita membekalan ayam kampung yang halal untuk org muslim.