NuFFnANg

Friday, July 23, 2010

Ie Agro BackYard PoulTry FaRm UpDate

Ie AgRO BackYard PoulTry FaRm Kawasan Baru

Dah Mula Pasarkan Dedak Yang Terbaru


Buat Tatapan Semua yang melawat Laman Blog saya.Terima Kasih diatas sokongan anda semua,tanpa Sokongan anda saya pasti Reban saya yang terbaru tidak dapat dilaksanakan.Dan juga ucapan ribuan terima kasih pada yang telah membeli produk produk yang dijual oleh syarikat kami.Tanpa anda siapa lah kami.Sekarang ini kami telah mula memasarkan dedak Dimana kami telah dilantik sebagai Pengedar dan Pemborong Tunggal Malaysia bagi setiap produk makanan ternakan yang dikeluaran oleh Syarikat Mereka seperti Pellet Lembu,Pellet Kambing,Dedak Pelengkap Ayam Kampung dan Dedak Ikan Keli Pelengkap.Pada Sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan boleh le hubungi Kami di talian yang tertulis diatas.Serba ringkas tentang makan ternakan ayam kampung ini adalah.










Dedak Starte yang kami bekalkan adalah mempunyai protien 21%.Anyway anak ayam kampung kami nampak sihat je selepas 2 minggu makan makanan tersebut.Harganya agak mahal sedikit,Tetapi masih lagi murah kalu di bandingkan dgn Gold Coin,Cargill dan lain-lain.Harga sekitar rm91/50kg cuma rm1.82/kg je..kalu dibandingkan dengan Gold Coin RM96/50kg sekilo = rm1.92/kg,Perbezaan untuk starter dalam 10sen.Nampak kecil tapi kalu bela sampai 1000 ekor atas kegunaan dedak adalah 7 tan keseluruhan projek,banyak juga tu kan.Dedak Grower pula kami jual dengan harga rm 91/50kg,rm1.82/kg je....gold coin rm94/50,rm1.88/kg perbezaan sebanyak rm6sen.kalu kita ambil kira cost the whole project,

kegunaan dedak 7 tan. rm1.92 x 7000 = rm13440
Kegunaan dedak kami 7 tan rm1.82 x 7000 =rm12740
Perbezaan dari segi nilai adalah rm700

Nilai rm700 akan terus masuk ke poket anda berbandingkan anda menggunakan dedak yang terkenal tersebut,Perkara yang paling penting,jgn kurangkan makanan yang diberikan tetapi mencari product yang lebih effection untuk ternakan kita cuma kita tidak menanggung kerugian ayam mati dan sebagainya.Selain itu product yang dipasarkan oleh kami adalah terjamin berqulity dan halal,diperbuat oleh bumiputra yang sangat menagambil berat tentang Halal Dan Haram
Ini Adalah rupa dedak yang Kami Pasarkan.Berwarna hitam,bahan yang kami gunakan adalah sama juga le seperti dedak dedak keluaran jenama yang terkenal.Selain dari itu dedak ini juga dicampur dengan EM dan Molasses.Aku rasa ramai yang dan tau apa kegunaan kedua dua bahan tersebut didalam makanan ayam kampung ini.Reban aku pun x le berbau sejak gunakan dedak ini.Aku bukan sekadar jual tetapi aku pun pakai sendiri.Jadi kalu korang takut nak gunakan produk aku tengak gambar seterusnya.Anak ayam aku galak memakan dedak yang baru ini.Walaupun agak kasar sedikit.Tapi aku bagi juga pada anak ayam aku yang berumur baru 3 hari..X de masalah pun...


Ini adalah gambar anak ayam aku yang berumur 3 hari galak memakan dedak ayam kampung yang aku pasarkan tu.So x le ada masalah apa2.Walaupun ia agak kasar sedikit dari Dedak yang jenama terkenal.Ye le lagi pun dedak Murah bukannya dedak mahal.Karang aku buat sebiji mcm gold coin...harga pun naik..habis semua orang marah lak..sebb jual dedak mahal.Jadi harap harap korang pun Paham le juga ye.Untuk mendapatkan dedak dgn kos yang rendah kita kena gunakan bahan bahan yang tidak perlu di import dari luar negara.Dalam Malaysia pun sebenarnaya banyak juga bahan yang boeh digunakkan.Yang penting Nutritionnya cukup untuk pembesaran dan pengemukan ayam ayam tersebut.
Tengok le sendiri anak anak ayam yang tengah galak memakan dedak ayam kampung ini..Ini menunjukkan perkembangan yang baik.Jadi aku pun x le risau sangat bila nak jual pada org pun.Sbb kalu anak anak ayam aku boleh makan dan tidak bermasalah,takkan ayam ayam yang lain ada masalahkan.So sbb tu aku bagimakan kat 1500 ekor anak ayam aku yang aku masukkan 2minggu lepas.


Ini lagi depa dok sibuk nak makan.So pada yang diluar sana dedak ini boleh digunakan tanpa was was dan juga terjamin halal serta di perbuat oleh orang melayu islam bumiputra.Dah aku bentangkan diatas.Jadi Renung renungakan lah Wahai Sahabat seperjuanganku.


Permindahan Anak ayam yang berumur 2 minggu ke reban besar


Anak Ayam aku yang batch pertama telah pun melepasi umur 2 minggu lebih sikit.Jadi aku pun bersiap sedia untuk memindahkan ke reban Besar atau Grower Flock 1.Ini gambar gambar yang aku ambil untuk tatapan semua.Reban ini berlantaikan tanah.JaDi untuk mengelakan kesejukan anak anak ayam berumur 2 minggu ini,Aku masih menggunakan habuk kayu untuk mengurangkan kesejukan.Sbbnya didalam kayu ada mengandungi tenaga yang agak kuat dan tinggi juga.Selain tu ia juga menyerap air.Jadi kurang le sikit kesejukannya.
Gambar yang sebelah ni korang boleh tgk habuk2 kayu tersebut diratakan untuk menutupi lantai reban ayam ini.Baru le anak2 ayam tu selesa sikit.Untuk percubaan aku letak x banyak sbb hehhehe biasa le takut juga.Lampu brooder dan x pasang ..so aku buat experiment dulu.Letak 20 ekor je.Setelah habuk kayu dirata dan disama levelkan baru le boleh kita masukan bekas manakan dan minuman.Cuba rujuk pada gambar yang dibawah tu.Aku dah Siap meratakan semua dan juga bekas makanan dan minuman dimasukan.Supaya apa bila dimasukan anak ayam.Ia
sedia makan juka perlu.Air aku taruk 3 bekas untuk memastikan anak anak ayam aku ni cukup makan dan minum.Kalu x cukup boleh menyebabkan anak anak ayam ni lambat membesar dan menjadi ayam ketot dan terbantut lak,hhehehehe....
















Ayam Kampung yang dah berumur 6 minggu Berat telah punya mencapai 1 .1 kg.

Ini le ayam kampung yang aku bela dalam masa 6 minggu yang lalu.Mula2 aku tumpang je kat tempat Bro ini.Bila aku tgk ia agak berjaya aku pun mula le tambah sebagaimana yang korang tgk kat atas tu...ayam yang warna putih kehitaman tu agak cantik dan menarik.Baka jenis ni agak menarik kerana pembesarannya yang menberangsangkan.Menjimatkan kos dan juga masa penjagaannya.Kami juga memberikan minuman air yang bercampur dengan HRV yang kami jual.Pembesaran yang ketara.Untuk persediakan hari raya ini aku masukkan 1000 ekor anak ayam kabir.Kalu aku gunakan ayam kampung pasti x sempat raya.huhuhu lepas raya baru boleh jual..sapa nak beli dah..time raya le the best.hehehhehe..semoga tahun ni raya lebih memberangsangkan.Aku juga sarankan pada yang mempunyai market ayam proses atau yang dah sembelih.ELok gunakan ayam Baka Kabir ini.Sbb ianya cepat besar dan juga kos lebih rendah.Kalu kita pikirkan kenapa Kaum lagi satu tu boleh jual dengan harag yang murah.Ini adalah kerana mereka pakai baka jenis ni.Kita dok sibuk nak bela ayam jenis kampug ,lepas tu merunggut ayam x boleh jual,nak salahkan sapa,salahkan diri sendiri je lah.Sbb x tau nak ikut pasaran.Kaum yang lagi 1 tu depa berbeza.Apa yang depa pikirkan adalah mcm mana nak memenuhi demand tetapi lebih menguntungkan.Kita pula dok pikir mcm mana nak bagi org puas hati hati dengan kos kadang2 sampai kita rugi.Than kecoh kat goemn x mau tolong org melayu.Tapi sendiri yang tak amu nak belajar dri kaum lain.Asyik nak tegakkan kebenaran sendiri kononnya dia pandai.Kita elok le berubah mengikut zaman dan masa.Aku pernah jumpa dengan 1 taukey Cina yang agak berjaya juga dalam bidang ternakan ayam kampung niSampai aku sendiri terkejut quntity ayam kampung yang dia bela tu menjangkau 2.6juta ekor.Sapa sangka kan.....tapi tu le kenyataan.Semasa aku jual ayam frozen dari hari tu. aku hairan kenapa dia boleh bagi harga yang murah tetapi berat yang sama mcm aku bela.Bila aku dapati ayam tu aku tgk rupanya berbeza dengan rupa ayam aku bela sebelum ni..aku pun jadi pelik juga.Aku amati betul betul aku tgk paruhnya ada hitam2 dihujung.Masa tu belum tau lagi ayam jenis apa.Aku ingat diaorg potong paruh.Bila aku beli 100 ekor ayam kabir ni...baru aku tau rupanya diaorg jual tu ayam kabir.Sbb paruh ayam aku sama mcm paruh ayam yang aku beli dulu.Baru le terbongkar Rahsia alkisahnya....Tetapi ada jug tapinya hahahhaha..nak dapatkan baka ni bukan le senang sbb kaum yang menonopoli perniagaan ini x senang senag nak lepaskan baka ini pada kita.Setakat nak order 500 ekor beoleh le dia bagi kalu minta 2000 ekor jangan harap nak dapat.Dah le tu harganya mahal sikit pada ayam kampung.

Saturday, July 3, 2010

Ladang Baru Ie Agro Group Sdn Bhd






























Salam buat semua,Dalam minggu ini agak bz sbb berurusan peihal sewa ladang baru di Hulu Langat Bt 19 Kampung Sg Mampir.Alhamdulliah semuanya telah selesai just tunggu nak masukkan anak ayam minggu depan.Kawasan yang disewa termasuk 6 reban induk.4 reban anak 1 buah rumah pekerja 2 bilik,1 opis1kawasan untuk bela ayam esotik,store,peralatan seperti drinkig feeder,feed feeder,mesin cabut bulu.Harga sewa agak ok juga.Beberapa kerje perlu dilakukan disini utk membaik puih serba sedikit