NuFFnANg

Friday, August 20, 2010

Disini aku sertakan sedikit Tips ternakan Lembu.Kos makan semakin tinggi sekiranya kira x betul2 pikirkan jalan alternative boleh mengurangkan keuntungan.DIdalam Kajian Pihak Mardi.Jerami padai adalah slaah satu alternative untuk mengurangkan kos makan ternakan ini.Jerami padai mempunyai kandugan nurition yang Baik utk Lembu dan Kambing.Bukan sahaja harga nya yang murah malahan juga boleh mengemukkan Lembu dan kambing ini terutama yang menjalankan ternakan secara Fitlod.Bayangkan kepada penternak lembu yang mempunyai sawah padi sendiri,berapa jimatkan KOS anda????Tapi bagaimana pula yg x ada Sawah padi.Jangan risau dizaman sekarang ini Jerami mempunyai nilai komesial yang agak tinggi.Dengan ada nye permintaan dari Penternak jadi Syarikat2 Pertanian dan Pengilang mengambil inisatife untuk membekalkan kepada Penternak penternak Lembu dan Kambing yang tidak mempunyai sawah padi dapat membantu mengurangkan kos makanan untuk ternakan mereka.Harga yang dikenakan adalah sangat minima.Ianya lah harga kos pengurusan jentera pengankutan dan jentera pengulungan jerami tersebut untuk memudahkan Penghantaran kepada penetrnak.Harga yang biasa dikenakan adalah sekitar Rm110 ke rm150 harga tidak termasuk penghantaran.Sekiranya dikira dengan kos pengankutan hanya sekitar rm200 ke rm250 berpandu kepada distinasi.Jerami padi digulung sehingga seberat 350kg.

Selain dari gulugan Jerami pada Terdapat juga sebuah Kilang yang membuat makan ternakan Lembu dan Kambing dengan mengunakan Jerami pada sebagai asas Pellet makann ternamkan mereka.
Mengikut kata Penternak yang telah menggunakan produk ini.Kenaikan sebanyak 1 kg ke 1.3kg sehari.Bahan yang digunakan didalam Pallet Lembu dan Kambing adalah Jagung,Jeramai Padi,dedak padi.Fish mill,Minyak sawit,PKE dan Molass. Cara pengurusan lembu daging adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lembu tenusu. Ada empat cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging iaitu:

1. Meragut Lepas Bebas Lembu-

lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Cara ini amat sesuai bagi penternak/ pengusaha yang mempunyai keluasan padang ragut sendiri yang mencukupi. Ini memudahkan lembu-lembu membiak kerana lembu betina bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.

2. Berkurung atau Fidlot
Memelihara lembu secara intensif dalam kandang atau kurungan untuk pengeluaran lembu daging melalui pen
ingkatan berat badan atau menggemukkan lembu dengan memberi makanan bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh tertentu.

Dengan cara ini, lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5% daripada berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada waktu pagi dan dedak diberikan pada waktu petang. Ruang lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.
3. Separa Intensif
Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.

4. Integrasi Dengan Tanaman Utama
Di negara kita, kawasan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini, biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racun rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk meracun, di samping mengurangkan kos pembajaan ladang.

Sumber: Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu / e-agriculture blog

0 Viewer Comments