NuFFnANg

Sunday, October 11, 2009

White Leghon

Ayam White Leghon For Sale
Anak Ayam Puree Breed :RM 10.00 seekor
Anak Ayam White Leghon Kacuk :RM 7.50 seekor
Teluar Ayam White Leghon :RM 3.50



Gambar yang anda lihat disebelah ni bukannye gambar ayam daging yang biasa digunakan di Malaysia.Ini adalah gambar Ayam Jenis White Leghon.Ayam jenis ini sangat popular semasa aku di Ireland dulu.Kalu Di sana kebanyakkan yang buat Free Range akan mengunakan jenis ini.Boleh refer balik blog aku yang bertajuk Lawatan ke Ladang Ahen's.Ayam jenis ini kebanyakkannya yang bertelur sebanyak 280 biji setahun.Pembiakan ayam ni sangat galak.Telur yang berwarna putih menjadi pilihan ramai penternak disana.Even di England pun ramai penternak suka bela ayam jenis ni.Berat ayam jantan boleh mencecah ke 5 ke 6kg seekor.Kalu setakat nak makan seorang tu memang tak habis le.

Ayam ni asal usulnye dari Itali.Pada tahun 1853 ayam ni pertama kalinya di bawa ke Amarika dengan nama pangillan Italians.1865 ayam ini dinamkan Leghon sehingga le sekarang.Leghon ini mempunyai berbagai warna yang di itirafkan oleh American Poultry Association (APA)dan American Batam Associtaion(ABA).Warna yang diitiraf Dunia adalah White,Red,Balck Tailed Red,Light Brown,Dark Brown,Black,Blue ,Buff,Columbian,Silver dan sebagainya.Ayam Jenis ini sangat terkenal sebagai ayam telur di Negara Barat disebbakan dia berupaya menelur dgn kadar yang banyak setahun.Di Malaysia tidak ramai yang peka bahawa breed ini sangat baik untuk pembiakan.

Anak Ayam Kampung




Baru baru ni aku ada ke Gua Musang melihat perkembangan terbaru Reban Ayam Kampung aku tu.Tak banyak perubahan yang berlaku cuma ada lah beberapa anak ayam yg dah diTetaskan.Korang boleh le lihat gambar yang aku attachkan ni.Anak ayam tersebut dari hasil incubator yang aku beli dri Abg Bidin dulu.Alhamdullilah...

Yang ini rasanye entah batch yang keberapa aku pun tak tau...ada juga yang dah dijual dan ada yang dibela sendiri untuk menambahkan stock.Memang seronok bila duduk direban ayam ni...membuat kan aku leka melihat telatah ayam ayam aku tu..dalam dok seronok tu pun ada juga berita yang sedih...ayam belanda yang aku beli dulu dan mati seekor...hanya tinggal seekor je skg ni...huhuhuhuhu..sedeh juga rasanya..tapi nak buat mcm mana kan yg hidup pasti akan mati....penyakit yang tidak diketahuai...pelik juga tu!!!


Selain dari tu aku juga diberitau ada orang dah robohkan pagar yang kami bina dulu...ini semua disebabkan sikap tak puas hati dan dengki melihat kami menjalankan projek ayam kampung di tanah tersebut.Laporan Polis dan dibuat jadi skg ni kami bawa kes ni ke Makamah.Terdapat lebih 200 ekor ayam aku hilang.Dioarang tu datang robohkan pagar tu bukan seorang tapi dekat 10 orang.Pak Cik yang jaga reban aku tu pun tak boleh nak buat apa2.Sebelum ni diaorg pernah warning dan sebagainya.Tapi tak meninggalkan kesan pada kami.Sbb tanah yang digunakan milik persendirian dan ada geran pun..tapi bila dah robohkan reban tu...mcm dah lebih le pulakan...sekarang ni dok tgh tunggu nak naik mahkamah.Doa le semoga kami menang kes..