NuFFnANg

Sunday, December 26, 2010

Pertubuhan Penternak Unggas Kecil Malaysia

Didalam era Penternakan Bumiputra hari ini.Kita boleh melihat bergitu ramai diantara mengusaha tani bumiputra yang Berkecimpung didalam Arena Penternakan Unggas.Kebanyakkan Kita membuat secara kecil kecilan.Jikalau hendak di ketegorikan kebanyakkannya tertumpu kepada Ayam Kampung,Itik Telur,Ayam Belanda dan Ayam Mutiara.Tetapi boleh saya katakan kebanyakan ayam mutiara dibela sebagi Pet sahaja.Kemanakah arah yang hendak dituju oleh Penternak Unggas Kecil ini? Adakah mereka mendapat perhatian dari golongan kerajaan dengan sepenuhnya..adakah bantuan dari segi ilmu,pemasaran.kewangan disalurkan kepada mereka.Jawapannyan TIDAK..Dimanakan hendak mereka pasarkan barangan Hasil ternakan mereka....Jawapannya Anda yang membuat secara kecil2an ini terpaksa mencari Pasaran sendiri dan juga bersaing dengan penternak yang membuat lebih besar dari Anda.Harga?????Kita bersaing sesama sendiri.Jikalau Penternak ayam kampung yang membuat pusingan sebanyak 10'000 ekor akan memberikan harga yang murah kepada Pelanggan mereka.KENAPA?????Jawapanyan mereka mempunyai kos makan yang rendah sedikit berbanding yang membela secara kecil2 ini.Apakan akan terjadi kepada penternak kecil...tutup reban dan lupakan sahaja niat murni anda...Disini lah masalah yang banyak dikeluhkan oleh penternak kecil.Tiada Pasaran,Harga Makan Mahal,Tidak mendapat Pulangan yang menguntungkan.Jadi apakah yang dapat membantu mereka ini.....

Masalah Penternak Kecil ini telah Aku memikirkan.Tapi apakan daya aku hanya seorang insan kecil.Pada 25/12/2010 semasa semua Penduduk Malaysia sibuk menikmati cuti Aku,Iskandar,HAsnul,Capt Zaman,Zul Mardi,Nazim dan Humayun berbincang untuk menubuhkan Pertubuhan Penternak Unggas Kecil Malaysia.Kami berharap dengan tertubuhnya Pertubuhan ini akan mendapat sambutan dari setiap penternak unggas kecil kecilan bersama kami memperjuangkan dan mempersuarakan rasa hati kepada semua Pihak.Selain itu juga kita ingin menyelaraskan Harga Ayam Kampung dan lain2 supaya mempunyai persaingan sihat diantara penternak.Selain itu juga dengan adanya Pertubuhan ini kita dapat menawasi dan mempunyai inventory figure berapa bilangan ternakan yang terdapat dari ahli2 pertubuhan supaya dapat kita membekalan kepada pengusaha Restaurant atau Perniada Pasar sekiranya mereka inginkan bekalan dari petubuhan,Kita juga dapat berbincang bersama dengan pengusaha dedak dan makan ternakan agar mereka dapat memberikan harga yang terbaik kepada kita sekiranya kita membeli dengan Quntity yang banyak.Insyallah Pertubuhan Penternak Unggas Kecil ini boleh memainkan Peranan didalam permasalah yang kita hadapi sekarang....

Niat Murni kami diharap mendapat sambutan dikalangan Penternak Penternak Unggas Kecil Di seluruh Malaysia.Ia akan memberikan banyak menafaat kepada kita semua.Sekurang kurangnya kita mendapat berbincang masalah yang kita hadapi.Kami akan membawa Pertubuhan ini kepada MOA supaya mereka mengetaui kehadiran persatuan ini di Malaysia.

Kepada Yang ingin menjadi Ahli Pertubuhan ini Boleh menghubungi Saya di talian 0169704360 atau Iskandar di Talian016 9056969

Sumbangan anda Kepada Pertubuhan Akan Menbawa Menafaat Kepada Semua. AMIN

Tuesday, December 7, 2010

Ayam Kampung Dan Ayam Kacuk

Salam buat semua
Lama juga aku x update blog ni.Ye lah dua tiga bulan yang lalu agak sibuk denganurusan Ladang hinggakan terlupa dengan Blog aku ni huhuhuhu..Kesian dia dan juga penunjung blog aku yang setia.
Dalam masa beberapa bulan yang lalu,aku uga sibuk dengan Seminar-seminar yang aku kunjungi.Buka apa sekadar nak menambahkan ilmu aku yang x banyak mana ni.Hari ni agak tidak sibuk dengan urusan2 tersebut.Selain tu aku juga terpukul dengan panggilan dari rakan2 ternak berkenaan ayam kampung Asli dan Kacuk.Masih ramai diantara kita yang masih tidak mengetaui perbezaan anyam kampung asli dan kacuk.

Kalu diikutkan sebenarnya AYAM KAMPUNG ASLI sudah tidak ujud lagi diTanah Melayu tercinta ini.Ia adalah kerana pada kurun ke 18 ayam kampung asli ini telah berkacuk dgn ayam ayam yang dibawa boleh Inggris ke TANAH MELAYU.Jadi Baka Baka Asli yang ada sekarang ini telah terkacuk secara langsung atau tidak langsung pada masa itu.Jadi ingin saya tekankan disini AYAM KAMPUNG ASLI sudah tidak ada lagi di TANAH MELAYU.Apa yang adalah hanya lah ayam kampung yang ditetaskan secara semulajadi.Disini lah perbezaannya.

Apabila panggilan dari Rakan Ternak tentang ayam belaan saya,Ia menjadi satu kesusahan unutk saya menjawap soalan tersebut.Biasanya merekan akan tanya "saudara bela ayan kampung asli ke atau kacuk" bila saya jawap kacuk mereka akan berkata oooooooooo....

Pada pandagan mereka ayam kampung kacuk adalah ayam kampung merah.Sebenarnya ayam kampung mempunyai 4 ketegori.

1)Ayam Kampung tetas semula jadi
2)Ayam Kampung Incubator@7 color Chicken yang dikacukan dgn Ayam Laga supaya mendapat Pembesaran yang cepat
3) Ayam Kampung Merah@Brolier Red Color
4) Ayam Kampung Botak@ Red JA Naked Neck

Diatas adalah ayam kmpung yang diiktirafkan oleh MARDI sebagai ayam kampung.

Ayam Kampung yang terdapat dipasaran dan diternak oleh kebanyakan Komesial Bumiputra Farm adalah ayam kampung@7 color.Ia mempunyai ciri ciri ayam kampung yang biasa terdapat dibelakang rumah di kampung2.AYam jenis ini mempunyai komesial value yang tinggi dimana,Ia mempunyai ciri ciri yang sama dengan ayam kampung biasa.Ia juga mudah didapati dengan banyak dari trader trader anak ayam kampung.Ayam kampung ini sekiranya anda ingin mebuat fram yang melebihi 10000 ekor juga tidak mempunyai masalah.Tetapi ayam kampung belakang umah amatlah susah untuk mendapat benih walaupun hanya 500 ekor anak ayam.

Selain itu juga sekiranya anda ingin membuat komesil ia mempunyai nilai yang rendah.KENAPE!!!!!!

1) Anda perlu menunggu sehingga 6 bulan untuk mendapatkan pembesaran yang cukup
2) Berat ketika umur 6 bulan sekitar 900grm ke 1.kg
3) Pembiakan yang lembab.Dimana hanya sekitar 10 biji sahaja bertelur dalam sebulan.Berkemungkinan hanya 4 ekor je yang menetas.
4) Nilai harga jualan hampir sama dengan ayam kampung 7 color.Sekitar RM12 ke RM18
5) Mempunyai rupa dan wajah yang sama dengan ayam kampung 7 color

Lima point diatas adalah perbezaan diantara ayam kampung 7 color dan ayam kampung belakang umah.

Selain itu ayam kampung 7 color ini mempunyai pembesaran 3 bulan untuk mendapat berat sekitar 1.3kg ke 2kg.Dengan ini nilai komesial adalah lebih baik ntuk menternak ayam kampung 7 color berbandingkan ayam kampung belakang umah.

Saya berharap ramai yang tidak tertipu dengan ayam kampung 7 color dan ayam kampung belkang umah.Ada juga segelintir penternak ayam kampung yang tidak jujur mengaku ayam kampung yang mereka ternak adalah ayam kampung asli.Jadi disini saya berharap anda tidak tertipu.Secara logiknya tidak mungkin ada penternak ayam kampung belakang umah boleh mebela lebih dari 300 ekor dalam 1 masa.Sebab benih anak ayam ini adalah sangat sukar untuk didapati.JADI BERHATI HATI ketika membeli ayam tersebut.

Ayam Kampung Bolier red color atau RED Ja Naked Neck adalah ayam kampung kacuk yang memang diperbuat untuk mendapatkan pembelaan yang cepat.Hanya dalam 45 ke 50 hari berat ayam tersebut boleh mencecah ke 1.5kg.

Walau bagaimana pun keempat2 ayam kampung diatas telah diterima dipasaran.Jadi tidak ada masalah untuk anda menternak salah satu diantaranya.Hanya perbezaan adalah dari segi harganya sahaja.