NuFFnANg

Friday, March 19, 2010

ANak AyaM KamPuNG YanG AkU JuAl



Salam Buat semua ini le rupa anak ayam kampung yang aku jual.....Baka Ayam Kampung yang berkualiti berkaki kuning dan hitam pendek.Kebanyakan Pembeli yang beli anak ayam kampung dari aku semuanya puas hati.Kadar kematian yang kurang(tu pun penjagaan kena betul le)So far x de yang complint.Alhamdulilah pesanan semakin banyak.Ini menunjukkan bahawa pasaran ayam kampung amat menggalakkan.Kalu anda nak oder jangan segan2 call aku...no aku korang boleh dpt disebelah kiri blog ni.Anak ayam kampung yang dalam gambar ni bukan anak ayam kampung asli..tapi kacuk..kalu tengok rupanya sama mcm yang asli.Ini adalah kerana anak ayam ni dikacukakan dengan baka ayam ori dan ayam kampung baka europe yang telah dikacukkan dgn ayam kampung asli.Sbb tu rupanya agak seiras ayam kampung asli..Kalu yang baru pertama kali tgk ayam pasti x boleh beza kan.Tambahan pulak anak ayam ni boleh terbang. dan mempunyai sifat2 ayam kampung asli.Kalu kacuk yang kebanyakkan dibela x boleh terbang dan berkaki kuning tebal panjang sbb tu customer banyak puas hati kerana diaorg boleh jual sebagai ayam kampung.Harga nya boleh le dijual lebih sedikit berbanding ayam kampung kaki tebal panjang.Yang anak ayam kacuk ni menjadi rebutan perniaga perniaga cina.Katanya ia berkualiti...tu yang dikatakan oleh penternak yang ambil anak ayam dgn aku.Sebagai Breeder aku amat berpuas hati

Monday, March 8, 2010

Ayam Kampung Asli Dan Ayam Kampung Kacuk

Setelah aku berkecimpung didalam bidang ternakan ayam kampung ni.Aku mula terpikir2 yang manakah lebih baik.Kacuk atau Ori.Masa tu aku kat Ireland so mana le nak tau mana yang bagus.Jadi berpandukan internet aku mula Google untuk mencari info didalam internet.Jadi banyak le info yang aku dapat bahawa sesungguhnya ayam kampung asli lebih baik dan banyak permintaan dari kaum cina.Harga pun mahal juga.So aku pun mula le bagi tau kat partner aku beli ayam kampung asli(.huhuuhhu..yang asli pun aku tak kenal inikan kacuk..pandai cakap je masa tu).Keran ilmu yang sedikit maka aku mengambil keputusan untuk membeli induk sbb kurang sikit kematian.dan kami juga beli le anak kacuk dalam 20 ekor untuk mencuba. Disebabkan x de pengetahuan kami memelihara ayam kampung asli dgn harapan dapat memberikan pulangan yang cepat dan lumayan.Tapi selepas 1 tahun belum dapat pulangan.Kami memambah bilangan ayam kg kacuk apabila melihat anak ayam kg kacuk 20 ekor tu mula memberikan pulangan yang berpatutkan.Anak ayam kampung kacuk itu dibeli dari Pulau Pinang.Pembesaran yang sekata dan juga kadar kematian yang rendah.Masa tu takut juga sbb ramai yang cakap ayam kacuk ni tak de pasaran.tetapi apabila ku dah buat kacuk rasanya alhamdullilah.Pasarnya lebih besar dari yang asli sbb ramai yang mampu membeli berbandaingkan asli.Yang asli ni kebanyakkannya Orang Cina je yang suka.Dengan harga kacuk berpatutan sbb tu orang kita mampu untuk membeli.Aku sendiri pun kalu x bela x rasa le ayam kg asli ni....Sebagaimana yang kita tau ayam kampung kacuk ini lebih cepat membesar berbandingkan ayam kampung asli.Kadar pembesaran hanya 3 bulan dah boleh jual.Ayam kampung asli pula memerlukan masa sehingga 6 ke 7 bulan untuk mendapatkan purata 1.2kg tetapi sekiranya dalam masa 6 bulan tersebut anak ayam yg dibela mati disebabkan serangan musuh atau pun dapat penyakit mcm mana...seekor ayam kg asli boleh dijual dengan harga rm12kg...pada umur 5 bulan purata lebih kurang 700 ke 800 grm..bermakna kita dah kerugian rm9 ke rm10.Ayam kacuk pulak hanya 3 bulan penjagaan..jadi kita atk perlu tunggu lama untuk menjualnya....risiko lebih rendah....

Sebagai Penternak kita juga harus mempunyai permikiran sebagai Ahli Perniagaan.Kita kena le pikirkan untung rugi.Kalu memternak tapi hasilnya x seberapa.... baik kerje makan gaji je..dapat gaji bulan.So sebagai penternak kena berpikiran jauh dan cretive sikit.(Nanti sambug ye nak ke Banting lihat anak ayam kampung yang aku supplier hari tu kat sana,rasanya dah besar lebih sebulan aku htr kat dia,bagi nasihat sikit kongsi pengetahuan dan pengalaman)

Kesimpulannya pasaran ayam kampung kacuk lebih meluas dari dibandingkan dgn yang asli.Sbb nya yang asli ni cuma org yg mampu saja beli..yg x mampu x beli le...
Penternak sering keliru. Mereka beli anak ayam kampung kat kedai-kedai pets, pasar-pasar hari dan dari pembekal-pembekal dengan harapan bahawa ayam itu akan membesar macam ayam kampung asli yang biasa dipelihara di kampung-kampung. Bila dah besar depa tengok awat ayam depa tak macam ayam kampung ori tu.
Sebenarnya sama ada ori atau kacukan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada motif kita menternak: untuk jual daging atau jual telur atau kedua-duanya.




Saya memetik artikel dari ANGSADARIA yang menyatakan:
Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!
Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong.
Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.
Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari ciri-ciri terbaik seekor ayam, ingat pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.
Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;
* Kadar kematiannya kurang 5%* Kaki dan kulit warna kuning* Paruh tidak dipotong* Tumbesarannya sekata* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.Kalau nak ternak untuk jual daging, baik pilih yang kacukan sebab lebih berat ( 2 – 3 bulan : >1.5 kg ), kalau bela yang ori kena tunggu 6-7 bulan, itu pun lebih ringan kecuali kalau guna baka sabung atau baka komersial seperti KH B1 (Super Kedah). Ada penternak yang saya jumpa boleh menjual telur ayam dari ayam kacukan dengan harga sebiji 45 sen. Dia cuma bela kurang lebih 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Tiap-tiap hari pengeluaran telur memberangsangkan dan tauke restoran cina dah siap booking lagi.
Terpulanglah pada kita nak pilih yang mana. kalau saya, dua-dua saya pilih sebab saya nak jual daging ayam kampung kacukan dan ayam kampung ori saya jual telur dan tetaskan anak. Kalau bela ayam kampung ori semata-mata nak jual daging saya rasa tak banyak mana yang boleh kecuali kalau biar dia cari makan sendiri. Tapi, kalau dah beratus-ratus ekor, semua ulat-ulat,cacing-cacing,rumput-rumput dan lain-lain makanan semulajadi yang ada kat sekitar ladang pun tak cukup jugak. Nanti mesti depa bising sebab lapar. Terpaksa juga belikan makanan untuk depa walau sekadar temukut atau cari sisa makanan free kat restoran2 atau kantin2. Ramai penternak give up sebab kes nak bagi makan ni la…..last-last jual semua ayam dan tak nak bela dah. Sapa yang rugi?
Sebagai alternatif yang terbaik, jadikan yang kacukan sebagai induk betina dan cari pejantan dari baka sabung. Mesti hasilnya memuaskan. Ramai yang berjaya dengan cara ni.

yang penting ialah telur...

Keperluan dan perhatian kepada anak Ayam Kampung

Bagaimanakan Haba boleh memberikan keuntungan dan kerugian kepada Penternak.Ramai penternak tidak faham dan mungkin hanya memikirkan bahawa haba yang dibekalkan kepada anak ayam hanya sekadar untuk memanaskan anak ayam mereka dan mengelak dari kematian.Sebenarnya selain daripada mengekalkan kepanasan dan juga tahap kehidupan ada juga sebab sebab lain.Saya akan cuba terangkan disini apakah efect kepada anak ayam sekiranya haba yang dibekalkan tidak mencukupi selain daripada kematian.(sambung kejap lagi)

Apakah kesan pada suhu yang berbeza mempegaruhi productiviti.

Kesan dari suhu Sejuk
1.Ayam akan berkumpul diantara satu sama lain.Ia untuk memanaskan badan.Apa bila ia berkumpul akan menyebabkan banyak kematian.
2.Memakan lebih banyak dari biasa.makan yang dimakan adalah lebih kepada untuk memanaskan badan.Maka makanan yang sepatutnya menjadi daging bertukar kepada haba.Ini akan menyebabkan Fcr bertambah dan pembesaran terbantut.
3.Bila suhu bertambah sejuk bulu anak ayam akan berkembang.Ia menampakan seolah olah badan bertambah besar

Kesan dari terlebih panas
1.Ayam akan menjarakan diantara satu sama lain.Bertujuan untuk mengurangkan haba dari badan.
2.Bulu dirapatkan kebadan bagi megurangkan insulasi
3.sayap dijatuhkan atau diangkat
4.Minum air lebih dari biasa dan kurang makan.Ini untuk mengurangkan hasilan haba dari makan yang dimakan.
5.sebahagian dari ayam mengcungap.pembesaran ayam kan lebih terencat.

Kesan dari terlalu Panas
1.Hampir semua atau semua akan akan menguncap.
2.Bahagian kulit yang sederhana merah(pink) bertukar kepada merah pekat akibat peningkatan aliran darah ke permukaan kulit bagi pembuangan haba panas.
3.pengambilan makan yamg kurang atau berhenti makan.

ini menyebabkan anak ayam akan lebih stress dari tekanan suhu.pembesaran jugakan tergugat dengan lebih teruk dan juga kadar kematian yang tinggi.

Sekiranya kita kurang mengambil berat terhadap Haba yang dibekalkan makan akan banyak kerugian berlaku dari segi makan dan kematian.Semestinya harus le kita memberikan tumpuan yang lebih berat terhadap haba yang diberikan pada anak anak ayam kita bagi mengikatkan productivity dan juga keuntungan.