NuFFnANg

Monday, March 8, 2010

Ayam Kampung Asli Dan Ayam Kampung Kacuk

Setelah aku berkecimpung didalam bidang ternakan ayam kampung ni.Aku mula terpikir2 yang manakah lebih baik.Kacuk atau Ori.Masa tu aku kat Ireland so mana le nak tau mana yang bagus.Jadi berpandukan internet aku mula Google untuk mencari info didalam internet.Jadi banyak le info yang aku dapat bahawa sesungguhnya ayam kampung asli lebih baik dan banyak permintaan dari kaum cina.Harga pun mahal juga.So aku pun mula le bagi tau kat partner aku beli ayam kampung asli(.huhuuhhu..yang asli pun aku tak kenal inikan kacuk..pandai cakap je masa tu).Keran ilmu yang sedikit maka aku mengambil keputusan untuk membeli induk sbb kurang sikit kematian.dan kami juga beli le anak kacuk dalam 20 ekor untuk mencuba. Disebabkan x de pengetahuan kami memelihara ayam kampung asli dgn harapan dapat memberikan pulangan yang cepat dan lumayan.Tapi selepas 1 tahun belum dapat pulangan.Kami memambah bilangan ayam kg kacuk apabila melihat anak ayam kg kacuk 20 ekor tu mula memberikan pulangan yang berpatutkan.Anak ayam kampung kacuk itu dibeli dari Pulau Pinang.Pembesaran yang sekata dan juga kadar kematian yang rendah.Masa tu takut juga sbb ramai yang cakap ayam kacuk ni tak de pasaran.tetapi apabila ku dah buat kacuk rasanya alhamdullilah.Pasarnya lebih besar dari yang asli sbb ramai yang mampu membeli berbandaingkan asli.Yang asli ni kebanyakkannya Orang Cina je yang suka.Dengan harga kacuk berpatutan sbb tu orang kita mampu untuk membeli.Aku sendiri pun kalu x bela x rasa le ayam kg asli ni....Sebagaimana yang kita tau ayam kampung kacuk ini lebih cepat membesar berbandingkan ayam kampung asli.Kadar pembesaran hanya 3 bulan dah boleh jual.Ayam kampung asli pula memerlukan masa sehingga 6 ke 7 bulan untuk mendapatkan purata 1.2kg tetapi sekiranya dalam masa 6 bulan tersebut anak ayam yg dibela mati disebabkan serangan musuh atau pun dapat penyakit mcm mana...seekor ayam kg asli boleh dijual dengan harga rm12kg...pada umur 5 bulan purata lebih kurang 700 ke 800 grm..bermakna kita dah kerugian rm9 ke rm10.Ayam kacuk pulak hanya 3 bulan penjagaan..jadi kita atk perlu tunggu lama untuk menjualnya....risiko lebih rendah....

Sebagai Penternak kita juga harus mempunyai permikiran sebagai Ahli Perniagaan.Kita kena le pikirkan untung rugi.Kalu memternak tapi hasilnya x seberapa.... baik kerje makan gaji je..dapat gaji bulan.So sebagai penternak kena berpikiran jauh dan cretive sikit.(Nanti sambug ye nak ke Banting lihat anak ayam kampung yang aku supplier hari tu kat sana,rasanya dah besar lebih sebulan aku htr kat dia,bagi nasihat sikit kongsi pengetahuan dan pengalaman)

Kesimpulannya pasaran ayam kampung kacuk lebih meluas dari dibandingkan dgn yang asli.Sbb nya yang asli ni cuma org yg mampu saja beli..yg x mampu x beli le...
Penternak sering keliru. Mereka beli anak ayam kampung kat kedai-kedai pets, pasar-pasar hari dan dari pembekal-pembekal dengan harapan bahawa ayam itu akan membesar macam ayam kampung asli yang biasa dipelihara di kampung-kampung. Bila dah besar depa tengok awat ayam depa tak macam ayam kampung ori tu.
Sebenarnya sama ada ori atau kacukan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada motif kita menternak: untuk jual daging atau jual telur atau kedua-duanya.




Saya memetik artikel dari ANGSADARIA yang menyatakan:
Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!
Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong.
Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.
Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari ciri-ciri terbaik seekor ayam, ingat pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.
Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;
* Kadar kematiannya kurang 5%* Kaki dan kulit warna kuning* Paruh tidak dipotong* Tumbesarannya sekata* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.Kalau nak ternak untuk jual daging, baik pilih yang kacukan sebab lebih berat ( 2 – 3 bulan : >1.5 kg ), kalau bela yang ori kena tunggu 6-7 bulan, itu pun lebih ringan kecuali kalau guna baka sabung atau baka komersial seperti KH B1 (Super Kedah). Ada penternak yang saya jumpa boleh menjual telur ayam dari ayam kacukan dengan harga sebiji 45 sen. Dia cuma bela kurang lebih 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Tiap-tiap hari pengeluaran telur memberangsangkan dan tauke restoran cina dah siap booking lagi.
Terpulanglah pada kita nak pilih yang mana. kalau saya, dua-dua saya pilih sebab saya nak jual daging ayam kampung kacukan dan ayam kampung ori saya jual telur dan tetaskan anak. Kalau bela ayam kampung ori semata-mata nak jual daging saya rasa tak banyak mana yang boleh kecuali kalau biar dia cari makan sendiri. Tapi, kalau dah beratus-ratus ekor, semua ulat-ulat,cacing-cacing,rumput-rumput dan lain-lain makanan semulajadi yang ada kat sekitar ladang pun tak cukup jugak. Nanti mesti depa bising sebab lapar. Terpaksa juga belikan makanan untuk depa walau sekadar temukut atau cari sisa makanan free kat restoran2 atau kantin2. Ramai penternak give up sebab kes nak bagi makan ni la…..last-last jual semua ayam dan tak nak bela dah. Sapa yang rugi?
Sebagai alternatif yang terbaik, jadikan yang kacukan sebagai induk betina dan cari pejantan dari baka sabung. Mesti hasilnya memuaskan. Ramai yang berjaya dengan cara ni.

yang penting ialah telur...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.