NuFFnANg

Monday, March 8, 2010

Keperluan dan perhatian kepada anak Ayam Kampung

Bagaimanakan Haba boleh memberikan keuntungan dan kerugian kepada Penternak.Ramai penternak tidak faham dan mungkin hanya memikirkan bahawa haba yang dibekalkan kepada anak ayam hanya sekadar untuk memanaskan anak ayam mereka dan mengelak dari kematian.Sebenarnya selain daripada mengekalkan kepanasan dan juga tahap kehidupan ada juga sebab sebab lain.Saya akan cuba terangkan disini apakah efect kepada anak ayam sekiranya haba yang dibekalkan tidak mencukupi selain daripada kematian.(sambung kejap lagi)

Apakah kesan pada suhu yang berbeza mempegaruhi productiviti.

Kesan dari suhu Sejuk
1.Ayam akan berkumpul diantara satu sama lain.Ia untuk memanaskan badan.Apa bila ia berkumpul akan menyebabkan banyak kematian.
2.Memakan lebih banyak dari biasa.makan yang dimakan adalah lebih kepada untuk memanaskan badan.Maka makanan yang sepatutnya menjadi daging bertukar kepada haba.Ini akan menyebabkan Fcr bertambah dan pembesaran terbantut.
3.Bila suhu bertambah sejuk bulu anak ayam akan berkembang.Ia menampakan seolah olah badan bertambah besar

Kesan dari terlebih panas
1.Ayam akan menjarakan diantara satu sama lain.Bertujuan untuk mengurangkan haba dari badan.
2.Bulu dirapatkan kebadan bagi megurangkan insulasi
3.sayap dijatuhkan atau diangkat
4.Minum air lebih dari biasa dan kurang makan.Ini untuk mengurangkan hasilan haba dari makan yang dimakan.
5.sebahagian dari ayam mengcungap.pembesaran ayam kan lebih terencat.

Kesan dari terlalu Panas
1.Hampir semua atau semua akan akan menguncap.
2.Bahagian kulit yang sederhana merah(pink) bertukar kepada merah pekat akibat peningkatan aliran darah ke permukaan kulit bagi pembuangan haba panas.
3.pengambilan makan yamg kurang atau berhenti makan.

ini menyebabkan anak ayam akan lebih stress dari tekanan suhu.pembesaran jugakan tergugat dengan lebih teruk dan juga kadar kematian yang tinggi.

Sekiranya kita kurang mengambil berat terhadap Haba yang dibekalkan makan akan banyak kerugian berlaku dari segi makan dan kematian.Semestinya harus le kita memberikan tumpuan yang lebih berat terhadap haba yang diberikan pada anak anak ayam kita bagi mengikatkan productivity dan juga keuntungan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.