NuFFnANg

Sunday, December 26, 2010

Pertubuhan Penternak Unggas Kecil Malaysia

Didalam era Penternakan Bumiputra hari ini.Kita boleh melihat bergitu ramai diantara mengusaha tani bumiputra yang Berkecimpung didalam Arena Penternakan Unggas.Kebanyakkan Kita membuat secara kecil kecilan.Jikalau hendak di ketegorikan kebanyakkannya tertumpu kepada Ayam Kampung,Itik Telur,Ayam Belanda dan Ayam Mutiara.Tetapi boleh saya katakan kebanyakan ayam mutiara dibela sebagi Pet sahaja.Kemanakah arah yang hendak dituju oleh Penternak Unggas Kecil ini? Adakah mereka mendapat perhatian dari golongan kerajaan dengan sepenuhnya..adakah bantuan dari segi ilmu,pemasaran.kewangan disalurkan kepada mereka.Jawapannyan TIDAK..Dimanakan hendak mereka pasarkan barangan Hasil ternakan mereka....Jawapannya Anda yang membuat secara kecil2an ini terpaksa mencari Pasaran sendiri dan juga bersaing dengan penternak yang membuat lebih besar dari Anda.Harga?????Kita bersaing sesama sendiri.Jikalau Penternak ayam kampung yang membuat pusingan sebanyak 10'000 ekor akan memberikan harga yang murah kepada Pelanggan mereka.KENAPA?????Jawapanyan mereka mempunyai kos makan yang rendah sedikit berbanding yang membela secara kecil2 ini.Apakan akan terjadi kepada penternak kecil...tutup reban dan lupakan sahaja niat murni anda...Disini lah masalah yang banyak dikeluhkan oleh penternak kecil.Tiada Pasaran,Harga Makan Mahal,Tidak mendapat Pulangan yang menguntungkan.Jadi apakah yang dapat membantu mereka ini.....

Masalah Penternak Kecil ini telah Aku memikirkan.Tapi apakan daya aku hanya seorang insan kecil.Pada 25/12/2010 semasa semua Penduduk Malaysia sibuk menikmati cuti Aku,Iskandar,HAsnul,Capt Zaman,Zul Mardi,Nazim dan Humayun berbincang untuk menubuhkan Pertubuhan Penternak Unggas Kecil Malaysia.Kami berharap dengan tertubuhnya Pertubuhan ini akan mendapat sambutan dari setiap penternak unggas kecil kecilan bersama kami memperjuangkan dan mempersuarakan rasa hati kepada semua Pihak.Selain itu juga kita ingin menyelaraskan Harga Ayam Kampung dan lain2 supaya mempunyai persaingan sihat diantara penternak.Selain itu juga dengan adanya Pertubuhan ini kita dapat menawasi dan mempunyai inventory figure berapa bilangan ternakan yang terdapat dari ahli2 pertubuhan supaya dapat kita membekalan kepada pengusaha Restaurant atau Perniada Pasar sekiranya mereka inginkan bekalan dari petubuhan,Kita juga dapat berbincang bersama dengan pengusaha dedak dan makan ternakan agar mereka dapat memberikan harga yang terbaik kepada kita sekiranya kita membeli dengan Quntity yang banyak.Insyallah Pertubuhan Penternak Unggas Kecil ini boleh memainkan Peranan didalam permasalah yang kita hadapi sekarang....

Niat Murni kami diharap mendapat sambutan dikalangan Penternak Penternak Unggas Kecil Di seluruh Malaysia.Ia akan memberikan banyak menafaat kepada kita semua.Sekurang kurangnya kita mendapat berbincang masalah yang kita hadapi.Kami akan membawa Pertubuhan ini kepada MOA supaya mereka mengetaui kehadiran persatuan ini di Malaysia.

Kepada Yang ingin menjadi Ahli Pertubuhan ini Boleh menghubungi Saya di talian 0169704360 atau Iskandar di Talian016 9056969

Sumbangan anda Kepada Pertubuhan Akan Menbawa Menafaat Kepada Semua. AMIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.