buat Semua Penternak dan Bakal penternak,Terima Kasih di Atas kesudian Melawati Laman Blog Kami.IE Agro Gorup Sdn.Bhd 100% milik Bumiputra.Kami sedia membekal Anak Ayam Kampung,anak Ayam Belanda,Anak Ayam Mutiara,Anak itik Seranti Dan Anak itik telur kepada yang berminat untuk menternak.
NuFFnANg
Sunday, December 26, 2010
Pertubuhan Penternak Unggas Kecil Malaysia
Masalah Penternak Kecil ini telah Aku memikirkan.Tapi apakan daya aku hanya seorang insan kecil.Pada 25/12/2010 semasa semua Penduduk Malaysia sibuk menikmati cuti Aku,Iskandar,HAsnul,Capt Zaman,Zul Mardi,Nazim dan Humayun berbincang untuk menubuhkan Pertubuhan Penternak Unggas Kecil Malaysia.Kami berharap dengan tertubuhnya Pertubuhan ini akan mendapat sambutan dari setiap penternak unggas kecil kecilan bersama kami memperjuangkan dan mempersuarakan rasa hati kepada semua Pihak.Selain itu juga kita ingin menyelaraskan Harga Ayam Kampung dan lain2 supaya mempunyai persaingan sihat diantara penternak.Selain itu juga dengan adanya Pertubuhan ini kita dapat menawasi dan mempunyai inventory figure berapa bilangan ternakan yang terdapat dari ahli2 pertubuhan supaya dapat kita membekalan kepada pengusaha Restaurant atau Perniada Pasar sekiranya mereka inginkan bekalan dari petubuhan,Kita juga dapat berbincang bersama dengan pengusaha dedak dan makan ternakan agar mereka dapat memberikan harga yang terbaik kepada kita sekiranya kita membeli dengan Quntity yang banyak.Insyallah Pertubuhan Penternak Unggas Kecil ini boleh memainkan Peranan didalam permasalah yang kita hadapi sekarang....
Niat Murni kami diharap mendapat sambutan dikalangan Penternak Penternak Unggas Kecil Di seluruh Malaysia.Ia akan memberikan banyak menafaat kepada kita semua.Sekurang kurangnya kita mendapat berbincang masalah yang kita hadapi.Kami akan membawa Pertubuhan ini kepada MOA supaya mereka mengetaui kehadiran persatuan ini di Malaysia.
Kepada Yang ingin menjadi Ahli Pertubuhan ini Boleh menghubungi Saya di talian 0169704360 atau Iskandar di Talian016 9056969
Sumbangan anda Kepada Pertubuhan Akan Menbawa Menafaat Kepada Semua. AMIN
Tuesday, December 7, 2010
Ayam Kampung Dan Ayam Kacuk
Lama juga aku x update blog ni.Ye lah dua tiga bulan yang lalu agak sibuk denganurusan Ladang hinggakan terlupa dengan Blog aku ni huhuhuhu..Kesian dia dan juga penunjung blog aku yang setia.
Dalam masa beberapa bulan yang lalu,aku uga sibuk dengan Seminar-seminar yang aku kunjungi.Buka apa sekadar nak menambahkan ilmu aku yang x banyak mana ni.Hari ni agak tidak sibuk dengan urusan2 tersebut.Selain tu aku juga terpukul dengan panggilan dari rakan2 ternak berkenaan ayam kampung Asli dan Kacuk.Masih ramai diantara kita yang masih tidak mengetaui perbezaan anyam kampung asli dan kacuk.
Kalu diikutkan sebenarnya AYAM KAMPUNG ASLI sudah tidak ujud lagi diTanah Melayu tercinta ini.Ia adalah kerana pada kurun ke 18 ayam kampung asli ini telah berkacuk dgn ayam ayam yang dibawa boleh Inggris ke TANAH MELAYU.Jadi Baka Baka Asli yang ada sekarang ini telah terkacuk secara langsung atau tidak langsung pada masa itu.Jadi ingin saya tekankan disini AYAM KAMPUNG ASLI sudah tidak ada lagi di TANAH MELAYU.Apa yang adalah hanya lah ayam kampung yang ditetaskan secara semulajadi.Disini lah perbezaannya.
Apabila panggilan dari Rakan Ternak tentang ayam belaan saya,Ia menjadi satu kesusahan unutk saya menjawap soalan tersebut.Biasanya merekan akan tanya "saudara bela ayan kampung asli ke atau kacuk" bila saya jawap kacuk mereka akan berkata oooooooooo....
Pada pandagan mereka ayam kampung kacuk adalah ayam kampung merah.Sebenarnya ayam kampung mempunyai 4 ketegori.
1)Ayam Kampung tetas semula jadi
2)Ayam Kampung Incubator@7 color Chicken yang dikacukan dgn Ayam Laga supaya mendapat Pembesaran yang cepat
3) Ayam Kampung Merah@Brolier Red Color
4) Ayam Kampung Botak@ Red JA Naked Neck
Diatas adalah ayam kmpung yang diiktirafkan oleh MARDI sebagai ayam kampung.
Ayam Kampung yang terdapat dipasaran dan diternak oleh kebanyakan Komesial Bumiputra Farm adalah ayam kampung@7 color.Ia mempunyai ciri ciri ayam kampung yang biasa terdapat dibelakang rumah di kampung2.AYam jenis ini mempunyai komesial value yang tinggi dimana,Ia mempunyai ciri ciri yang sama dengan ayam kampung biasa.Ia juga mudah didapati dengan banyak dari trader trader anak ayam kampung.Ayam kampung ini sekiranya anda ingin mebuat fram yang melebihi 10000 ekor juga tidak mempunyai masalah.Tetapi ayam kampung belakang umah amatlah susah untuk mendapat benih walaupun hanya 500 ekor anak ayam.
Selain itu juga sekiranya anda ingin membuat komesil ia mempunyai nilai yang rendah.KENAPE!!!!!!
1) Anda perlu menunggu sehingga 6 bulan untuk mendapatkan pembesaran yang cukup
2) Berat ketika umur 6 bulan sekitar 900grm ke 1.kg
3) Pembiakan yang lembab.Dimana hanya sekitar 10 biji sahaja bertelur dalam sebulan.Berkemungkinan hanya 4 ekor je yang menetas.
4) Nilai harga jualan hampir sama dengan ayam kampung 7 color.Sekitar RM12 ke RM18
5) Mempunyai rupa dan wajah yang sama dengan ayam kampung 7 color
Lima point diatas adalah perbezaan diantara ayam kampung 7 color dan ayam kampung belakang umah.
Selain itu ayam kampung 7 color ini mempunyai pembesaran 3 bulan untuk mendapat berat sekitar 1.3kg ke 2kg.Dengan ini nilai komesial adalah lebih baik ntuk menternak ayam kampung 7 color berbandingkan ayam kampung belakang umah.
Saya berharap ramai yang tidak tertipu dengan ayam kampung 7 color dan ayam kampung belkang umah.Ada juga segelintir penternak ayam kampung yang tidak jujur mengaku ayam kampung yang mereka ternak adalah ayam kampung asli.Jadi disini saya berharap anda tidak tertipu.Secara logiknya tidak mungkin ada penternak ayam kampung belakang umah boleh mebela lebih dari 300 ekor dalam 1 masa.Sebab benih anak ayam ini adalah sangat sukar untuk didapati.JADI BERHATI HATI ketika membeli ayam tersebut.
Ayam Kampung Bolier red color atau RED Ja Naked Neck adalah ayam kampung kacuk yang memang diperbuat untuk mendapatkan pembelaan yang cepat.Hanya dalam 45 ke 50 hari berat ayam tersebut boleh mencecah ke 1.5kg.
Walau bagaimana pun keempat2 ayam kampung diatas telah diterima dipasaran.Jadi tidak ada masalah untuk anda menternak salah satu diantaranya.Hanya perbezaan adalah dari segi harganya sahaja.
Monday, October 11, 2010
Ilmu dan Masalah Penternaka Ayam Kampung....dedak naik lagi

i.Ilmu ada penyuluh kehidupan kita.Tanpa Ilmu kita seumpama berjalan didalam gelap.Bergitu juga le sekiranya kita x mempelajari ilmu didalam bidang yang kita ceburi maka kita akan hilang arah tuju.Semasa di Melaka bergitu banyak ilmu yang aku dapat.Sama ada yang telah aku ketahui atau pun yang belum pernah aku ketahui. Contohnya dari segi perundangan dan pengeraman.Selama ni aku x tau pun yang lain negeri mempunyai undang-undang yang berbeza didalam ternakan ayam kampung atau pun ayam daging.Selain dari itu kita juga mendapat kenalan ternakan yang kita ceburi.Lebih kurang 38 peserta yang menghadiri khursus tersebut maka 38 kenalan baru le yang aku dapat.Baik dari kedah hingga lah ke johor kelantan dan terengganu.Adalah sangat penting bagi kita untuk mengenali rakan rakan
ternak seperjuangan.Ini membolehkan kita bertukar tukar fikiran dan bersama memajukan insdustri ayam kampung ini.Banyak juga perkara yang kami perbincangkan.Salah satunya bagaimana untuk memajukan insdustri ayam kampung bagi penternak melayu dan juga masalah masalah yang dihadapi oleh setiap penternak.

Sunday, September 26, 2010
Friday, September 3, 2010
ProJek Penternakan Ayam KampUng Berkelompok IE AGRO AK Farm
Sekarang Anda Jangan Risau!!!!Bersama Ie Agrop Group Kami sedia membantu anda.
Kami dri Ie Agro Group Sdn Bhd,Telah Pun menyiapkan 1 proposal projek untuk Projek Ayam Kampung Berkelompok.Syrikat Kami sedang mencari Peserta yang berminat untuk membuat Pelaburan didalam Projek ini.
Kelebihan ProjekTernakan ayam kampung berkelompok Bersama Ie Agro Group Sdn Bhd.
1)Sistem reban Ayam Bereffecian dan bersih.
2)Menyediakan Teknologi yang terkini didalam Penternakan Ayam Kampung dan kadar kematian yang rendah
2)Kami menjaminkan Pulangan yang tinggi didalam perlaburan tersebut.
3)Kerta kerja untuk memohon Pinjaman Bank di Sediakan Oleh pihak Kami.
4)Tunjuk ajar dan panduan serta kihmat nasihat dri tenaga yang berpengalaman
5)Membekalkan anak ayam dan Dedak ayam Dengan harga yang murah
6)Perjanjian Pembelian semula Ayam kampung yang diternak dengan harga yang tinggi.
7)Perserta tidak perlu memikirkan pasaran.
8)Tempat disediakan Oleh Pihak Ie Agro Group Sdn Bhd di Hulu Langat Selangor
Berminat Hubungi Kami
Rohaizan Shafie
0169704360
Business Development Manager
Ie Agro Group Sdn Bhd
Kuala Lumpur
Friday, August 20, 2010
Disini aku sertakan sedikit Tips ternakan Lembu.Kos makan semakin tinggi sekiranya kira x betul2 pikirkan jalan alternative boleh mengurangkan keuntungan.DIdalam Kajian Pihak Mardi.Jerami padai adalah slaah satu alternative untuk mengurangkan kos makan ternakan ini.Jerami padai mempunyai kandugan nurition yang Baik utk Lembu dan Kambing.Bukan sahaja harga nya yang murah malahan juga boleh mengemukkan Lembu dan kambing ini terutama yang menjalankan ternakan secara Fitlod.Bayangkan kepada penternak lembu yang mempunyai sawah padi sendiri,berapa jimatkan KOS anda????Tapi bagaimana pula yg x ada Sawah padi.Jangan risau dizaman sekarang ini Jerami mempunyai nilai komesial yang agak tinggi.Dengan ada nye permintaan dari Penternak jadi Syarikat2 Pertanian dan Pengilang mengambil inisatife untuk membekalkan kepada Penternak penternak Lembu dan Kambing yang tidak mempunyai sawah padi dapat membantu mengurangkan kos makanan untuk ternakan mereka.Harga yang dikenakan adalah sangat minima.Ianya lah harga kos pengurusan jentera pengankutan dan jentera pengulungan jerami tersebut untuk memudahkan Penghantaran kepada penetrnak.Harga yang biasa dikenakan adalah sekitar Rm110 ke rm150 harga tidak termasuk penghantaran.Sekiranya dikira dengan kos pengankutan hanya sekitar rm200 ke rm250 berpandu kepada distinasi.Jerami padi digulung sehingga seberat 350kg. 
1. Meragut Lepas Bebas Lembu-
lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Cara ini amat sesuai bagi penternak/ pengusaha yang mempunyai keluasan padang ragut sendiri yang mencukupi. Ini memudahkan lembu-lembu membiak kerana lembu betina bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.
2. Berkurung atau Fidlot
Memelihara lembu secara intensif dalam kandang atau kurungan untuk pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan atau menggemukkan lembu dengan memberi makanan bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh tertentu.
Dengan cara ini, lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5% daripada berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada waktu pagi dan dedak diberikan pada waktu petang. Ruang lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.
3. Separa Intensif
Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.
4. Integrasi Dengan Tanaman Utama
Di negara kita, kawasan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini, biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racun rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk meracun, di samping mengurangkan kos pembajaan ladang.
Sumber: Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu / e-agriculture blog
Friday, July 23, 2010
Ie Agro BackYard PoulTry FaRm UpDate
Dah Mula Pasarkan Dedak Yang Terbaru
Buat Tatapan Semua yang melawat Laman Blog saya.Terima Kasih diatas sokongan anda semua,tanpa Sokongan anda saya pasti Reban saya yang terbaru tidak dapat dilaksanakan.Dan juga ucapan ribuan terima kasih pada yang telah membeli produk produk yang dijual oleh syarikat kami.Tanpa anda siapa lah kami.Sekarang ini kami telah mula memasarkan dedak Dimana kami telah dilantik sebagai Pengedar dan Pemborong Tunggal Malaysia bagi setiap produk makanan ternakan yang dikeluaran oleh Syarikat Mereka seperti Pellet Lembu,Pellet Kambing,Dedak Pelengkap Ayam Kampung dan Dedak Ikan Keli Pelengkap.Pada Sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan boleh le hubungi Kami di talian yang tertulis diatas.Serba ringkas tentang makan ternakan ayam kampung ini adalah.


Dedak Starte yang kami bekalkan adalah mempunyai protien 21%.Anyway anak ayam kampung kami nampak sihat je selepas 2 minggu makan makanan tersebut.Harganya agak mahal sedikit,Tetapi masih lagi murah kalu di bandingkan dgn Gold Coin,Cargill dan lain-lain.Harga sekitar rm91/50kg cuma rm1.82/kg je..kalu dibandingkan dengan Gold Coin RM96/50kg sekilo = rm1.92/kg,Perbezaan untuk starter dalam 10sen.Nampak kecil tapi kalu bela sampai 1000 ekor atas kegunaan dedak adalah 7 tan keseluruhan projek,banyak juga tu kan.Dedak Grower pula kami jual dengan harga rm 91/50kg,rm1.82/kg je....gold coin rm94/50,rm1.88/kg perbezaan sebanyak rm6sen.kalu kita ambil kira cost the whole project,
kegunaan dedak 7 tan. rm1.92 x 7000 = rm13440
Kegunaan dedak kami 7 tan rm1.82 x 7000 =rm12740
Perbezaan dari segi nilai adalah rm700
Nilai rm700 akan terus masuk ke poket anda berbandingkan anda menggunakan dedak yang terkenal tersebut,Perkara yang paling penting,jgn kurangkan makanan yang diberikan tetapi mencari product yang lebih effection untuk ternakan kita cuma kita tidak menanggung kerugian ayam mati dan sebagainya.Selain itu product yang dipasarkan oleh kami adalah terjamin berqulity dan halal,diperbuat oleh bumiputra yang sangat menagambil berat tentang Halal Dan Haram
Ini Adalah rupa dedak yang Kami Pasarkan.Berwarna hitam,bahan yang kami gunakan adalah sama juga le seperti dedak dedak keluaran jenama yang terkenal.Selain dari itu dedak ini juga dicampur dengan EM dan Molasses.Aku rasa ramai yang dan tau apa kegunaan kedua dua bahan tersebut didalam makanan ayam kampung ini.Reban aku pun x le berbau sejak gunakan dedak ini.Aku bukan sekadar jual tetapi aku pun pakai sendiri.Jadi kalu korang takut nak gunakan produk aku tengak gambar seterusnya.Anak ayam aku galak memakan dedak yang baru ini.Walaupun agak kasar sedikit.Tapi aku bagi juga pada anak ayam aku yang berumur baru 3 hari..X de masalah pun...
Ini adalah gambar anak ayam aku yang berumur 3 hari galak memakan dedak ayam kampung yang aku pasarkan tu.So x le ada masalah apa2.Walaupun ia agak kasar sedikit dari Dedak yang jenama terkenal.Ye le lagi pun dedak Murah bukannya dedak mahal.Karang aku buat sebiji mcm gold coin...harga pun naik..habis semua orang marah lak..sebb jual dedak mahal.Jadi harap harap korang pun Paham le juga ye.Untuk mendapatkan dedak dgn kos yang rendah kita kena gunakan bahan bahan yang tidak perlu di import dari luar negara.Dalam Malaysia pun sebenarnaya banyak juga bahan yang boeh digunakkan.Yang penting Nutritionnya cukup untuk pembesaran dan pengemukan ayam ayam tersebut.
Tengok le sendiri anak anak ayam yang tengah galak memakan dedak ayam kampung ini..Ini menunjukkan perkembangan yang baik.Jadi aku pun x le risau sangat bila nak jual pada org pun.Sbb kalu anak anak ayam aku boleh makan dan tidak bermasalah,takkan ayam ayam yang lain ada masalahkan.So sbb tu aku bagimakan kat 1500 ekor anak ayam aku yang aku masukkan 2minggu lepas.
Ini lagi depa dok sibuk nak makan.So pada yang diluar sana dedak ini boleh digunakan tanpa was was dan juga terjamin halal serta di perbuat oleh orang melayu islam bumiputra.Dah aku bentangkan diatas.Jadi Renung renungakan lah Wahai Sahabat seperjuanganku.Permindahan Anak ayam yang berumur 2 minggu ke reban besar
Anak Ayam aku yang batch pertama telah pun melepasi umur 2 minggu lebih sikit.Jadi aku pun bersiap sedia untuk memindahkan ke reban Besar atau Grower Flock 1.Ini gambar gambar yang aku ambil untuk tatapan semua.Reban ini berlantaikan tanah.JaDi untuk mengelakan kesejukan anak anak ayam berumur 2 minggu ini,Aku masih menggunakan habuk kayu untuk mengurangkan kesejukan.Sbbnya didalam kayu ada mengandungi tenaga yang agak kuat dan tinggi juga.Selain tu ia juga menyerap air.Jadi kurang le sikit kesejukannya.
Gambar yang sebelah ni korang boleh tgk habuk2 kayu tersebut diratakan untuk menutupi lantai reban ayam ini.Baru le anak2 ayam tu selesa sikit.Untuk percubaan aku letak x banyak sbb hehhehe biasa le takut juga.Lampu brooder dan x pasang ..so aku buat experiment dulu.Letak 20 ekor je.Setelah habuk kayu dirata dan disama levelkan baru le boleh kita masukan bekas manakan dan minuman.Cuba rujuk pada gambar yang dibawah tu.Aku dah Siap meratakan semua dan juga bekas makanan dan minuman dimasukan.Supaya apa bila dimasukan anak ayam.Ia
sedia makan juka perlu.Air aku taruk 3 bekas untuk memastikan anak anak ayam aku ni cukup makan dan minum.Kalu x cukup boleh menyebabkan anak anak ayam ni lambat membesar dan menjadi ayam ketot dan terbantut lak,hhehehehe....


Ayam Kampung yang dah berumur 6 minggu Berat telah punya mencapai 1 .1 kg.
Ini le ayam kampung yang aku bela dalam masa 6 minggu yang lalu.Mula2 aku tumpang je kat tempat Bro ini.Bila aku tgk ia agak berjaya aku pun mula le tambah sebagaimana yang korang tgk kat atas tu...ayam yang warna putih kehitaman tu agak cantik dan menarik.Baka jenis ni agak menarik kerana pembesarannya yang menberangsangkan.Menjimatkan kos dan juga masa penjagaannya.Kami juga memberikan minuman air yang bercampur dengan HRV yang kami jual.Pembesaran yang ketara.Untuk persediakan hari raya ini aku masukkan 1000 ekor anak ayam kabir.Kalu aku gunakan ayam kampung pasti x sempat raya.huhuhu lepas raya baru boleh jual..sapa nak beli dah..time raya le the best.hehehhehe..semoga tahun ni raya lebih memberangsangkan.Aku juga sarankan pada yang mempunyai market ayam proses atau yang dah sembelih.ELok gunakan ayam Baka Kabir ini.Sbb ianya cepat besar dan juga kos lebih rendah.Kalu kita pikirkan kenapa Kaum lagi satu tu boleh jual dengan harag yang murah.Ini adalah kerana mereka pakai baka jenis ni.Kita dok sibuk nak bela ayam jenis kampug ,lepas tu merunggut ayam x boleh jual,nak salahkan sapa,salahkan diri sendiri je lah.Sbb x tau nak ikut pasaran.Kaum yang lagi 1 tu depa berbeza.Apa yang depa pikirkan adalah mcm mana nak memenuhi demand tetapi lebih menguntungkan.Kita pula dok pikir mcm mana nak bagi org puas hati hati dengan kos kadang2 sampai kita rugi.Than kecoh kat goemn x mau tolong org melayu.Tapi sendiri yang tak amu nak belajar dri kaum lain.Asyik nak tegakkan kebenaran sendiri kononnya dia pandai.Kita elok le berubah mengikut zaman dan masa.Aku pernah jumpa dengan 1 taukey Cina yang agak berjaya juga dalam bidang ternakan ayam kampung niSampai aku sendiri terkejut quntity ayam kampung yang dia bela tu menjangkau 2.6juta ekor.Sapa sangka kan.....tapi tu le kenyataan.Semasa aku jual ayam frozen dari hari tu. aku hairan kenapa dia boleh bagi harga yang murah tetapi berat yang sama mcm aku bela.Bila aku dapati ayam tu aku tgk rupanya berbeza dengan rupa ayam aku bela sebelum ni..aku pun jadi pelik juga.Aku amati betul betul aku tgk paruhnya ada hitam2 dihujung.Masa tu belum tau lagi ayam jenis apa.Aku ingat diaorg potong paruh.Bila aku beli 100 ekor ayam kabir ni...baru aku tau rupanya diaorg jual tu ayam kabir.Sbb paruh ayam aku sama mcm paruh ayam yang aku beli dulu.Baru le terbongkar Rahsia alkisahnya....Tetapi ada jug tapinya hahahhaha..nak dapatkan baka ni bukan le senang sbb kaum yang menonopoli perniagaan ini x senang senag nak lepaskan baka ini pada kita.Setakat nak order 500 ekor beoleh le dia bagi kalu minta 2000 ekor jangan harap nak dapat.Dah le tu harganya mahal sikit pada ayam kampung. 


