NuFFnANg

Sunday, October 11, 2009

White Leghon

Ayam White Leghon For Sale
Anak Ayam Puree Breed :RM 10.00 seekor
Anak Ayam White Leghon Kacuk :RM 7.50 seekor
Teluar Ayam White Leghon :RM 3.50



Gambar yang anda lihat disebelah ni bukannye gambar ayam daging yang biasa digunakan di Malaysia.Ini adalah gambar Ayam Jenis White Leghon.Ayam jenis ini sangat popular semasa aku di Ireland dulu.Kalu Di sana kebanyakkan yang buat Free Range akan mengunakan jenis ini.Boleh refer balik blog aku yang bertajuk Lawatan ke Ladang Ahen's.Ayam jenis ini kebanyakkannya yang bertelur sebanyak 280 biji setahun.Pembiakan ayam ni sangat galak.Telur yang berwarna putih menjadi pilihan ramai penternak disana.Even di England pun ramai penternak suka bela ayam jenis ni.Berat ayam jantan boleh mencecah ke 5 ke 6kg seekor.Kalu setakat nak makan seorang tu memang tak habis le.

Ayam ni asal usulnye dari Itali.Pada tahun 1853 ayam ni pertama kalinya di bawa ke Amarika dengan nama pangillan Italians.1865 ayam ini dinamkan Leghon sehingga le sekarang.Leghon ini mempunyai berbagai warna yang di itirafkan oleh American Poultry Association (APA)dan American Batam Associtaion(ABA).Warna yang diitiraf Dunia adalah White,Red,Balck Tailed Red,Light Brown,Dark Brown,Black,Blue ,Buff,Columbian,Silver dan sebagainya.Ayam Jenis ini sangat terkenal sebagai ayam telur di Negara Barat disebbakan dia berupaya menelur dgn kadar yang banyak setahun.Di Malaysia tidak ramai yang peka bahawa breed ini sangat baik untuk pembiakan.

Anak Ayam Kampung




Baru baru ni aku ada ke Gua Musang melihat perkembangan terbaru Reban Ayam Kampung aku tu.Tak banyak perubahan yang berlaku cuma ada lah beberapa anak ayam yg dah diTetaskan.Korang boleh le lihat gambar yang aku attachkan ni.Anak ayam tersebut dari hasil incubator yang aku beli dri Abg Bidin dulu.Alhamdullilah...

Yang ini rasanye entah batch yang keberapa aku pun tak tau...ada juga yang dah dijual dan ada yang dibela sendiri untuk menambahkan stock.Memang seronok bila duduk direban ayam ni...membuat kan aku leka melihat telatah ayam ayam aku tu..dalam dok seronok tu pun ada juga berita yang sedih...ayam belanda yang aku beli dulu dan mati seekor...hanya tinggal seekor je skg ni...huhuhuhuhu..sedeh juga rasanya..tapi nak buat mcm mana kan yg hidup pasti akan mati....penyakit yang tidak diketahuai...pelik juga tu!!!


Selain dari tu aku juga diberitau ada orang dah robohkan pagar yang kami bina dulu...ini semua disebabkan sikap tak puas hati dan dengki melihat kami menjalankan projek ayam kampung di tanah tersebut.Laporan Polis dan dibuat jadi skg ni kami bawa kes ni ke Makamah.Terdapat lebih 200 ekor ayam aku hilang.Dioarang tu datang robohkan pagar tu bukan seorang tapi dekat 10 orang.Pak Cik yang jaga reban aku tu pun tak boleh nak buat apa2.Sebelum ni diaorg pernah warning dan sebagainya.Tapi tak meninggalkan kesan pada kami.Sbb tanah yang digunakan milik persendirian dan ada geran pun..tapi bila dah robohkan reban tu...mcm dah lebih le pulakan...sekarang ni dok tgh tunggu nak naik mahkamah.Doa le semoga kami menang kes..

Wednesday, August 19, 2009

Anak Ayam Kampung Untuk diJual

Anak Ayam Kampung






Anak Ayam Kampung untuk dijual.
Harga Anak Ayam Kami

Kurang 500 ekor RM 2.50/ekor
Lebih 500 ekor RM 2.30/ekor
Lebih 1000 ekor RM 2.00/ekor
Anak Ayam Kampung Kaki Hitam




Harga Anak Ayam Kampung Kaki Hitam

Kurang 500 RM 2.50/ekor
Lebih 500 ekor RM 2.40/ekor
lebih 1000 ekor RM 2.20/ekor
Kami juga Memjual Anak Ayam Kacuk.Ayam kacuk yang dibekalkan oleh Syarikat Kami ini boleh mula dijual ketika berumur 55 hari.Ia lebih menjimatkan masa dan kos makanan ayam itu sendiri.Sekiranya anda mencari peluang untuk mendapat pulangan dari pelaburan yang cepat jenis ayam kacuk ini adalah yang terbaik.



Anak Ayam Kacuk Kabir





Harga Anak Ayam Kami
Lebih 1000ekor RM 2.30/ekor
lebih 2000 ekor RM 2.10
lebih 3000 ekor RM 2.00/ekor


Anak Ayam Kacuk Red JA


Harga Anak Ayam Red JA
Lebih 1000 RM 2.30/ekor
Lebih 2000 RM 2.10/ekor
Lebih 3000 RM 2.00/ekor
Untuk membuat tempahan sila hubugi kami di Talian 016 9704360.
Pembayaran Cash
Deposit 50% untuk membuat Tempahan
25% Sebelum Tarikah Pemgambilan/Penghantaran
25% Ketika mengambil Anak Ayam Anda
Untuk Anak Ayam Kacuk bilangan bekalan sehingga 5000 ekor pada setiap 1 tempahan
Untuk Anak Ayam Kampung Kaki Hitam dan Anak ayam Kampung 1000 pada setiap 1 tempahan

Wednesday, August 12, 2009

IE Agro Group Sdn.Bhd

Buat semua yang mengikuti blog ini dan juga buat rakan-rakan seperjuangan didalam Ternakan Ayam Kampung.Agak Lama juga aku tak tulis blog ini.Ada yang bertanya,ada juga yang hantar email kat aku,suruh aku update yang terbaru.Kebelakangan ini aku agak sibuk sikit menguruskan urusan di Kuala Lumpur dan Di Ladang Aku diGua Musang.Aku dah balik Malaysia.Insyallah akan terus menetapa di Tanah Air yang tercinta ini.So disebabkan itu banyak le perkara yang aku perlu uruskan.Bukan senang nak mulakan sesuatu yang baru.

Aku sampai ke Kuala Lumpur pada 4/6/2009 pada pukul 2.30pm.Cuaca pada waktu itu agak mendung lebih kurang 32 c.Agak panas pada aku waktu tu.Berpeluh juga le.Rasa mcm baru masuk suana.Bukan Aku nak belagak tapi itu le kenyataan apabila kita menetapa lama diNegara bercuaca sejuk.Bila Balik ke Tanah Air sendiri pasti kita terasa perubahaan cuaca.(Kalu tak caya cakap aku,ko tanya le sapa2 yang menetap lama diNegara Sejuk,mesti diaorg setuju dengan aku.

Sesampai je aku di Kuala Lumpur aku telah menalifone beberapa Rakan2 BJ.Untuk perjumpaan yang pertama.Malam tu Pada pukul 9.00pm aku jumpa Ah Yun aka Yun dan Smart aka Dairul di Kawasan Rumah Aku di Bandar Sri Damansara.Banyak perkara yang kami bincangkan berkenaan ayam kampung,tukey dan sebagainya.Walaupun baru pertaman kali bertemu kami bagaikan kawan lama yang dah bertahun tak jumpa.Langsung tak de rasa kekok bila bersembang.Dairul aka Smart membawa Incubator dia yang baru beli.(tak pernah guna pun lagi pada waktu tu)AKu pun mengerahlan dia Infra Red Brooder yang dia pesan pada aku.

Selepas banyak perkara yang di bincangkan,Kami membuat rancangan untuk melawat beberapa reban ternakan Rakan2 yang lain.Tapi Dairul aka Smart tak dapat join sebab dia berkerja.Aku,Ah Yun dan Saiful aka citypull agro pergi melawat ke Tempat Pak Itam di Klang.Aku bergitu terpegun dengan Kawasan Ayam belanda Pak Itam.Menarik sekali,selama ni aku hanya mendengar ceita2 dari Rakan rakan di BJ saja.Hari tu aku tengok live tempatnye.Memang best.Sapa2 yang belum pergi..aku rasa elok lah korang membuat susulan untuk ke tempat Pak Itam.Pak Itam bergitu menerima kunjungan kami yang tak seberapa ini dengan penuh mesra.Terima Kasih Pak Itam Atas layanan yang HEBAT....


Aku ambil beberapa gambar di Tempat Pak Itam untuk tatapan aku dan rakan2 semua.Macam macam yang ada di Tempat Pak Itam.Bukan setakat Ayam Belanda.Macam macam yang ada disana seperti Ayam Arab,White Silk,Kuang dan sebagainya.Pak Itam juga memberikan Aku CD untuk panduan membuat makanan ayam.

Selepas tu kami bertolak ke Ladang Abg Arif di Bistari Jaya Kuala Selangor.Di sana Kami dapat melihat bagaimana cara cara yang di kendalikan oleh Abg Arif.Keluasan ladang yang boleh memeuatkan lebih kurang 10'000 ekor kesemuanya.Banyak juga Abg Arif bela.Yang paling menarik adalah Abg Arif ada membuat rangkain penternak dikalangan penduduk di Sana juga bersama rakannya.Idea yang Abg Arif buat tu sama mcm yang aku rancangkan cuma yang berbezanya Abg Arif dah buat Aku belum lagi......Tak apa..pasti suatu hari aku akan berjaya buat mcm Abg Arif.Insyallah...
Banyak juga yang kami belajar dari Abg Arif.Sebagai conothnye reban naka ayam.Abg Arif mengunakan reban jenis tinggi.Dengan cara ini pekerja ladang tak le payah nak membongkok ketika membuat kerja2 pemebrsihan danjuga memberi makan pada anak anak ayam ini.Mesti menarik idea Abg Arif.Sungguh teliti dan terancang.Bak kata orang orang tua jauh berjalan luas pandagan.Ini le ilmu yang aku dapt ketika di Big Valley Farm.Banyak lagi yang kami belajar dari Abg Arif.Kawsan Reban yang menarik dan bersih.Kat sini aku ada attach gambar di ladang Abg Arif.So korang boleh le tenguk sendiri macam mana kawasan reban ayamnya.Selepas kami bergerak ke tempat Saipul aka Citypullagro.Temapat dia pun terbaik juga...siap ada kerusi malas lagi...Apa taknya bukan setakat bagi makan ayam..dia pun makan dengan ayam hehehehehe..jgn marah yekkk.Aku balik dari rumah saiful lebih kurang pukul 9.00 malam...

Pada hari esoknya..aku banyak membuat urusan untuk membuaka company kami yang pertama. Nama yang kami berikan ialah
IE AGRO GROUP SDN.BHD semoga company kami ini diberkati allah dan diberikan kami rezeki juga kekuatan untuk mencapai kejayaan didalam bidang ini.Syarikat kami 100% bumiputra,Skop perniagaan adalah membekalkan Ayam Kampung hidup,Anak ayam kampung,Ayam daging hidup,Makan ayam,Peralatan dan sebagainya.Buat masa ni kami focus pada jualan Ayam Kampung ori dan juga Ayam Daging.Jadi sesiapa yang berhasrat untuk membeli barangan kami boleh terus berhubung dengan saya.No Telephone ada di Sebelah Kanan Blog ni.

Masa aku balik hari tu,aku sibuk dok mencari ayam kampung untuk ladang kami.Pesan ayam yang kami order tidak dapat dipenuhi oleh pembekal.Jadi terpaksa le aku mencari sepelusuk kampung di Gua Musang.Letih juga dibuatnya..maklum le nak cari sampai 1000 ekor.Habis semua kampung aku masuk.Kat pasar pun aku borong juga.Alhamdullilah dapt juga le sedikit.Tak capai sasaran.Cuna dapat dlm 500 ke 600 ekor sahaja.Tapi tu pun jenuh juga le aku nak mencarinye.Mana aku tak mengelabah bila oder tak boleh sampai sbb reban aku dah siap.Tapi ayam tak de so mcm mana..takkan aku nak biarkan reban kosong je.Ok lah buat masa ni tu jelah yang aku boleh berikan tatapan utk semua/Semoga berjumpa lagi dilain kali

Sunday, April 12, 2009

Free Range Farm Ayam Kampung Gua Musang Kelantan

Agak lama juga tak update blog ni.Tadi baru dapat gambar terbaru dari Gua Musang.Perkembangan Ternakkan ayam kampung kami.Alhamdullilah dah mula bergerak bebas ayam2 kampung ni.Selain dari ayam kampung kami ada membela angsa sebagai Security tempat kami.Sekarang ni angsa ni pun dah mula bertelur.Pak Cik Mohammad juga ada membela Lembu dri kawasan tersebut.Best juga ada lembu ni.Kami pun tumpang seronok juga tengok lembu tu hehehheh..biar le dulu mana le nak tau kot2 kemudian hari terasa nak bela lembu lak..boleh juga berlajar dgn Pak cik Mohamad.Sekarang ni aku dan Am sedang mengikuti Free Range Egg Production di Galway University Ireland.Course ni secara Part Time je...
Ayam ayam ni semuanya dah mula bertelur...alhamdullilah....semoga project ni berjaya dimasa depan..Kami memenag serius dalam ternakan ayam kampung ni..buat masa ni ni kami cuba utk develop dahulu..biar ayam ayam ni membiak secara semulajadi...dari sini dapat lah kami pelajari selok belok ternakan ni secara practical...bulan June ni insyallah naik lagi 1 reban ber size 20' x 50' di reban yang baru tu kami akan tempatkan sebanyak 1000 ekor ayam.Sekarang pun dok tengah pikir nak buat brooder flock juga...so senang le nanti kalu semuanya dah siap sedia..ringan le sikit bila project ni berjalan sepenuhnya...masih banyak lagi yang kami perlu pelajari....kami juga dapat bantuan nasihat dari Pak Itam,Capt Zaman,Zali dri Melaka Dhaoul dri Johor dan beberapa Otai2 yg banyak pengalaman didalam ternakan ini.Bulan ini insyallah anak2 ayam dari melaka akan tiba kami juga ada tempah dalam 10 ekor turkey(ayam Belanda)Saja suka2 nak bela....kalu menjadi bagus juga.Kami pun tak tau pasaran di Pantai Timur mcm mana...kalu ada perluang yang baik apa salahnya.Minggu lepas aku dan Am(Khairul) ada pergi ke sebuah ladang ternakan Free Range di Beuford Co Kerry(gambar akan saya uplod kemudian)tempat di simple je..kalu tenguk ayam Rhode Island red dia memang serupa sangat mcm ayam kampung kita..Tu yg buat aku lebih gairah utk membawa balik ayam baka ni.Aku pasti kalu ayam ni dikacukkan dgn ayam kampung mesti ok punya.Cuma kaki dia ni putih.....memang best ...




















Saturday, March 21, 2009

Penghuni Baru di reban Ayam Kami

Alhamdullilah..aku bersyukur sangat pada Allah swt diatas Limpah Rahmatnya keatas Usha Project Ternakan Ayam Kampung Kami.Didalam Kesukaran dan kepayahan mencari Ayam Kampung Di sekitar Gua Musang Kelantan pada 2/3 minggu lepas kerana kehabisan stock akhirnya berjaya juga Pak cik Mohamad Nor mencari beberapa Rakan baru utk diTempatkan didalam Reban Ayam Kami...Mengikut kata Pak Cik Mohamad Nor adalah 30 ke 40 ekor kesemuanya(terima kasih Pok Cik.... Usaha dan Semangat Mu tetap Kami Kenang hingga akhir hayat Kami Insyallah)Aku dan Nazri anaknya rasa gembira sangat2 walaupun dari jauh kami hanya melihat gambar je..seronok tak terkira...(Korang yg tengok ayam depan mata mesti lagi seronokan)Gambar ni aku baru je dapt email dari Malaysia....tak sabar2 terus aku Upload kat blog ni..Nak share dengan Korang semua...Seronoknya tak terhingga ..Jom kita sama2 lihat Ayam kampung aku yg baru ni....
Tadi Nazri call Ayah dia..kami dapat tau Ayam2 ni dah mula di Lepaskan...Free range le tu...So nak kena le tambah Pukat utk elakan dia terbang...Nasib baik juga harga pukat tu tak mahal sangat







Tengok le si Bapak Tu Bukan main suka dapat banyak si Dara jelita..hehhehe








Kalu korang perhatikan betul2 nampak si Bapak sabung duduk dlam kurungan..Mesti nakal tu..Tu le nakal lagi kan dan kena kurung....









Wednesday, March 18, 2009

Brinsea Ova Easy 380 Cabinet Incubator

Ova Easy 380 Cabinet Incubator
Sapa sapa nak tau harganya boleh check kat laman Web ni Wakil Brinsea di Singapore Kalu nak order dari sini boleh dihantar pakai kapal laut 2 bulan baru sampai Harga di sini termasuk kos penghantaran RM6400.00



OVA-Easy 380 Cabinet Incubator

Ideal for poultry, duck, goose, quail or pheasant eggs.
Includes upgraded OVA-Easy turning system & electronics, full set of universal egg trays and improved hatching tray.
Ova-Easy range of egg incubators are designed to offer the best possible performance at very reasonable prices.

Features

High performance, flexible incubator with integral hatcher.
High performance temperature control with digital temperature display
Includes Universal Egg Trays
Flexible egg handling to suit a wide range of egg sizes
Fully Automatic turning
Fans provide ‘Laminar Airflow" to eliminate cold spots.
Integral water tray and airflow control
Large capacity, universal trays hold multiple egg sizes.
Clear, double-glazed observation door
Sturdy metal frame, energy efficient, insulated cabinet
The Ova-easy 380 has a maximum capacity of 392 chicken eggs ( with special trays ).

The egg trays are effectively drawers which slide out for loading. The universal egg trays supplied can be adjusted to fit anything from quail eggs up to goose eggs.

There is an integral hatching tray in the bottom of the incubator (complete with a cover to stop escapees) for the last couple of days of incubation.

The unit is supplied with six universal egg trays which hold approximately 36 hen eggs each (a total of 216 chicken eggs). By also utilizing the space in the hatcher tray another 111 hen eggs can be incubated but these will require manual turning.

To achieve maximum capacity the specialist chicken egg trays can be purchased which each hold 48 hen eggs. With these trays the Ova Easy 380 will incubate 288 hen eggs with automatic turning or 392 if you choose to use the hatcher tray for incubation as well.

Total Capacities : As standard with universal egg trays supplied. Capacity can be increased by purchasing special inserts.

327 hen chicken, 800 - 850 x quail, 440 partridge / pheasant, 114 goose, 208 turkey large duck eggs. actual capacities may vary and should only be taken as a guide.

We do not reccommend hatching and setting in the same incubator for inexperienced users, you will get better results by having a seperate hatcher.

Light Sussex


Light Sussex di developed di England pada abad kurun ke 20.Nama diberika semperna nama tempat di England.Light Sussex adalah dari kacukan Dorking,India Game dan Asiatic.Jenis ini juga sangat terkenal di Amerika Syarikat,Britin dan Europe.Oa di ketegorikan sebagai Meat bird/Telur.Gunakan sebagai commercial breeding di Britin dan Europe dan skala kecil di Amerika Syarikat.

Standard Weights: Cock 4.5 kg; hen-3kg;Ayam Jantan Muda-4kgpounds; Ayam Dara 3kg.

Skin Color: White.

Egg Shell Color: Brown

Telur Setahun: 260 biji

Untuk keretangan lanjut sila klik disini

Ayam Rhode Island Red


Rhode Island Red adalah baka yang terkenal di Amerika Syarikat.Developed di Rhode Island pada 1830.Baka ni adalah dari Kacukan dari baka Leghorn, Asiatic and Malay (ayam kampung malaysia)ia di kategorikan sebagai ayam heavy Breed dari jenis Red Jungle fowl .Kegunaan ayam ini adalah untuk ayam pendaging dan ayam telur.Rhode Island Red mempunyai telur yang berwarna brown to dark brow eggs.Ia menghasilkan Telur sebanyak 270 keatas setahun.Berat untuk ayam dara lebih kurang dalam 2.5kg,ayam jantan muda boleh mencecah sehingga 3kg,Ayam jantan dewasa 4 kg ke 5 kg dan ayam betina dewasa 3.5 kg ke 4 kg.Breed jenis ini dikatakan mempunyai daging yg sedap dan berkualiti tinggi.Sangat sesuai untuk di ternak secara free range(secara lepas).Disebabkan ia mempunyai baka ayam kampung kita dari zaman dahulu kala maka ia sangat sesuai untuk di ternak di Malaysia.Jenis ini juga sangat sesuai kerana senang membiak.

*Gambar Ayam Rhode Island Red Ini di ambil di Ladang Martin.Ia berumur 7 bulan mempunyai berat 3.2 kg mengikut kata Martin O'Flynn.

Link untuk keterangan lebih lanjut mengenai ayam ini klik disini

Saturday, March 14, 2009

Reban Ayam Kami Yang Pertama

Ini adalah gambar reban ayam kami yang pertama.Reban ini di Bina di atas tanah Seluas 10 ekar di Gua Musang.Tanah Milik Ahmad Nor ayah kepada Nazri(partner Aku).DiBina Oleh Pak Cik Ahmad Nor sendiri.Kami Mengucapkan ribuan terima kasih Di atas Usaha Beliau membina reban ayam ini.Size Reban Permulaan ini adalah 10' x 30' Di Reban ini Kami akan memuatkan sebanyak 300 ekor ayam kampung sebagai percubaan kami yang pertama.Ayam ayam telah pun di order dari En Zali di Masjid Tanah Melaka sebanyak 70 ekor.150 ekor anak ayam 1 hari akan di beli di Kota Bahru.Disebabkan masih menunggu bekalan elektrik jadi kami tidak dapat memasukan anak ayam dan ayam lagi.

Ini Gambar Bangsal Untuk beristirehat.Bangsal ini akan di perbaiki dari masa ke semasa.






Pintu Pagar untuk memaksuki kawasan Ladang Tersebut.














Ini Gambar Reban Ayam Dari sisi bersize 10'
















Kelihatan didalam Gambar adalah Ibu kepada Nazri Ahmad Nor.Beliau sedang membersihkan kawasan Ladang tersebut.(terima kasih banyak2 Mak cik)





Ayam Kampung yang merasmikan Reban tersebut.Ayam ni Pak Cik Ahmad Nor ambil dari Rebannya di Rumah.





























Mak Cik beristirehat selepas penat membersihkan Ladang.Ini Adalah bangsal yang akan digunakan untuk berihat nanti.Masih banyak yg perlu ditambah lagi untuk bangsal ni.