NuFFnANg

Showing posts with label ayam kampung. Show all posts
Showing posts with label ayam kampung. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

IE Agro Group Sdn.Bhd

Buat semua yang mengikuti blog ini dan juga buat rakan-rakan seperjuangan didalam Ternakan Ayam Kampung.Agak Lama juga aku tak tulis blog ini.Ada yang bertanya,ada juga yang hantar email kat aku,suruh aku update yang terbaru.Kebelakangan ini aku agak sibuk sikit menguruskan urusan di Kuala Lumpur dan Di Ladang Aku diGua Musang.Aku dah balik Malaysia.Insyallah akan terus menetapa di Tanah Air yang tercinta ini.So disebabkan itu banyak le perkara yang aku perlu uruskan.Bukan senang nak mulakan sesuatu yang baru.

Aku sampai ke Kuala Lumpur pada 4/6/2009 pada pukul 2.30pm.Cuaca pada waktu itu agak mendung lebih kurang 32 c.Agak panas pada aku waktu tu.Berpeluh juga le.Rasa mcm baru masuk suana.Bukan Aku nak belagak tapi itu le kenyataan apabila kita menetapa lama diNegara bercuaca sejuk.Bila Balik ke Tanah Air sendiri pasti kita terasa perubahaan cuaca.(Kalu tak caya cakap aku,ko tanya le sapa2 yang menetap lama diNegara Sejuk,mesti diaorg setuju dengan aku.

Sesampai je aku di Kuala Lumpur aku telah menalifone beberapa Rakan2 BJ.Untuk perjumpaan yang pertama.Malam tu Pada pukul 9.00pm aku jumpa Ah Yun aka Yun dan Smart aka Dairul di Kawasan Rumah Aku di Bandar Sri Damansara.Banyak perkara yang kami bincangkan berkenaan ayam kampung,tukey dan sebagainya.Walaupun baru pertaman kali bertemu kami bagaikan kawan lama yang dah bertahun tak jumpa.Langsung tak de rasa kekok bila bersembang.Dairul aka Smart membawa Incubator dia yang baru beli.(tak pernah guna pun lagi pada waktu tu)AKu pun mengerahlan dia Infra Red Brooder yang dia pesan pada aku.

Selepas banyak perkara yang di bincangkan,Kami membuat rancangan untuk melawat beberapa reban ternakan Rakan2 yang lain.Tapi Dairul aka Smart tak dapat join sebab dia berkerja.Aku,Ah Yun dan Saiful aka citypull agro pergi melawat ke Tempat Pak Itam di Klang.Aku bergitu terpegun dengan Kawasan Ayam belanda Pak Itam.Menarik sekali,selama ni aku hanya mendengar ceita2 dari Rakan rakan di BJ saja.Hari tu aku tengok live tempatnye.Memang best.Sapa2 yang belum pergi..aku rasa elok lah korang membuat susulan untuk ke tempat Pak Itam.Pak Itam bergitu menerima kunjungan kami yang tak seberapa ini dengan penuh mesra.Terima Kasih Pak Itam Atas layanan yang HEBAT....


Aku ambil beberapa gambar di Tempat Pak Itam untuk tatapan aku dan rakan2 semua.Macam macam yang ada di Tempat Pak Itam.Bukan setakat Ayam Belanda.Macam macam yang ada disana seperti Ayam Arab,White Silk,Kuang dan sebagainya.Pak Itam juga memberikan Aku CD untuk panduan membuat makanan ayam.

Selepas tu kami bertolak ke Ladang Abg Arif di Bistari Jaya Kuala Selangor.Di sana Kami dapat melihat bagaimana cara cara yang di kendalikan oleh Abg Arif.Keluasan ladang yang boleh memeuatkan lebih kurang 10'000 ekor kesemuanya.Banyak juga Abg Arif bela.Yang paling menarik adalah Abg Arif ada membuat rangkain penternak dikalangan penduduk di Sana juga bersama rakannya.Idea yang Abg Arif buat tu sama mcm yang aku rancangkan cuma yang berbezanya Abg Arif dah buat Aku belum lagi......Tak apa..pasti suatu hari aku akan berjaya buat mcm Abg Arif.Insyallah...
Banyak juga yang kami belajar dari Abg Arif.Sebagai conothnye reban naka ayam.Abg Arif mengunakan reban jenis tinggi.Dengan cara ini pekerja ladang tak le payah nak membongkok ketika membuat kerja2 pemebrsihan danjuga memberi makan pada anak anak ayam ini.Mesti menarik idea Abg Arif.Sungguh teliti dan terancang.Bak kata orang orang tua jauh berjalan luas pandagan.Ini le ilmu yang aku dapt ketika di Big Valley Farm.Banyak lagi yang kami belajar dari Abg Arif.Kawsan Reban yang menarik dan bersih.Kat sini aku ada attach gambar di ladang Abg Arif.So korang boleh le tenguk sendiri macam mana kawasan reban ayamnya.Selepas kami bergerak ke tempat Saipul aka Citypullagro.Temapat dia pun terbaik juga...siap ada kerusi malas lagi...Apa taknya bukan setakat bagi makan ayam..dia pun makan dengan ayam hehehehehe..jgn marah yekkk.Aku balik dari rumah saiful lebih kurang pukul 9.00 malam...

Pada hari esoknya..aku banyak membuat urusan untuk membuaka company kami yang pertama. Nama yang kami berikan ialah
IE AGRO GROUP SDN.BHD semoga company kami ini diberkati allah dan diberikan kami rezeki juga kekuatan untuk mencapai kejayaan didalam bidang ini.Syarikat kami 100% bumiputra,Skop perniagaan adalah membekalkan Ayam Kampung hidup,Anak ayam kampung,Ayam daging hidup,Makan ayam,Peralatan dan sebagainya.Buat masa ni kami focus pada jualan Ayam Kampung ori dan juga Ayam Daging.Jadi sesiapa yang berhasrat untuk membeli barangan kami boleh terus berhubung dengan saya.No Telephone ada di Sebelah Kanan Blog ni.

Masa aku balik hari tu,aku sibuk dok mencari ayam kampung untuk ladang kami.Pesan ayam yang kami order tidak dapat dipenuhi oleh pembekal.Jadi terpaksa le aku mencari sepelusuk kampung di Gua Musang.Letih juga dibuatnya..maklum le nak cari sampai 1000 ekor.Habis semua kampung aku masuk.Kat pasar pun aku borong juga.Alhamdullilah dapt juga le sedikit.Tak capai sasaran.Cuna dapat dlm 500 ke 600 ekor sahaja.Tapi tu pun jenuh juga le aku nak mencarinye.Mana aku tak mengelabah bila oder tak boleh sampai sbb reban aku dah siap.Tapi ayam tak de so mcm mana..takkan aku nak biarkan reban kosong je.Ok lah buat masa ni tu jelah yang aku boleh berikan tatapan utk semua/Semoga berjumpa lagi dilain kali

Saturday, March 14, 2009

Reban Ayam Kami Yang Pertama

Ini adalah gambar reban ayam kami yang pertama.Reban ini di Bina di atas tanah Seluas 10 ekar di Gua Musang.Tanah Milik Ahmad Nor ayah kepada Nazri(partner Aku).DiBina Oleh Pak Cik Ahmad Nor sendiri.Kami Mengucapkan ribuan terima kasih Di atas Usaha Beliau membina reban ayam ini.Size Reban Permulaan ini adalah 10' x 30' Di Reban ini Kami akan memuatkan sebanyak 300 ekor ayam kampung sebagai percubaan kami yang pertama.Ayam ayam telah pun di order dari En Zali di Masjid Tanah Melaka sebanyak 70 ekor.150 ekor anak ayam 1 hari akan di beli di Kota Bahru.Disebabkan masih menunggu bekalan elektrik jadi kami tidak dapat memasukan anak ayam dan ayam lagi.

Ini Gambar Bangsal Untuk beristirehat.Bangsal ini akan di perbaiki dari masa ke semasa.






Pintu Pagar untuk memaksuki kawasan Ladang Tersebut.














Ini Gambar Reban Ayam Dari sisi bersize 10'
















Kelihatan didalam Gambar adalah Ibu kepada Nazri Ahmad Nor.Beliau sedang membersihkan kawasan Ladang tersebut.(terima kasih banyak2 Mak cik)





Ayam Kampung yang merasmikan Reban tersebut.Ayam ni Pak Cik Ahmad Nor ambil dari Rebannya di Rumah.





























Mak Cik beristirehat selepas penat membersihkan Ladang.Ini Adalah bangsal yang akan digunakan untuk berihat nanti.Masih banyak yg perlu ditambah lagi untuk bangsal ni.



Friday, March 13, 2009

Ladang Ternakan Ayam Kampung Organik Dan Ahern's Meldon Co Cork




<

Pada Pukul 12.00 tengah hari waktu Ireland Aku dan Nazri Bertolak dari Killarney ke Ladang Dan Ahern di Meldon Co Cork Ireland.Aku Buat Appoitment dengan Dan Ahern sejak minggu lepas.Janjinya nak gi hari Selasa tapi Nazri Kerja so aku cancel le appoitment dengan Dan Ahern.Malam tadi pukul 12.59 malam Dan Ahern hantar SMS kat aku katanya dia tak boleh nak jumpa sebab dia Meniaga Ayam dia di Thurday Market.(kat sini di pangggil Thurday Market,pasar tani le tu kalu orang kita kata)Aku balas SMS dia,aku cakap jumpa petang le dalam pukul 3.00 Perjalan kali ni mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam.Lebih kurang dalam 138km dari tempat aku dam Nazri Tinggal(nak tengok ayam punya pasal sanggup kita orang travel jauh jauh,nasib baik le minyak murah kat sini hehhehe tak sampai euro 15 pergi balik)Perjalanan nak ke tempat dia tu tak de masalah sbb lebih kurang aku tau le nak tuju ke Bandar Tempat dia tiggal tu,cuma aku tak tau kat mana lokasi ladang dia.Setelah aku sampai di Bandar Meldon lebih kurang dalam pukul 2.30pm aku pun terpusing pusing mencari arah.Alih alih aku dah tak tau arah mana nak tuju.Aku pun singgah le di Garda Station (Balai Polis le Tu)so dapat le aku pandu arah ke tempat tersebut.Garda tu bagi tau aku nanti ada sign board Organik Farm di sebelah kanan.Dari Garda Station tu nak ke Ladang Dan's lebih kurang 1/2 jam juga.Di ladang Ini Dan Ahern's membela Ayam Kampung telur secara organik dan Ayam Daging.Dia juga ada membela beberapa ekor Lembu,Turkey hanya pada bulan September untuk permintaan Xmas Sahaja.(Kami tak dapat melihat Turkey sebab tak de pada waktu ini)

Ni Gambar Sign Boardnya



Sign Board close up




Jalan Masuk ke Ladang Dan Ahern's



Setelah Parking Kereta.Kami pun menalifone Dan memberitau yang kami ni dah sampai.Tapi Dia masih berada di Market.Lebih kurang setengah jam baru juga dia sampai.

AKu bersama Dan Ahern



Nazri Bersama Dan Ahern



AKu dan Nazri di bawa berjalan jalan di sekeliling Ladang nya.Ladang Dan Ahern seluas 52 hektar.KAmi teruja apabila melihat Reban Ayam di ladang tersebut dari jauh.(cuba tengok macam mana teruja tak????)






Reban Ayam Telur





Reban Ayam Telur Reban Ayam ini bersize dalam lingkugan 10 kaki x 35 kaki di perbuat dari pada kayu.





Reban Ayam Daging Secara Organik



Walaupun Dari jauh kami sudah mula teruja melihat System Reban ayam ini.Sungguh menarik dah bersistem.Menurut kata Dan Setiap Reban Ayam ini mempunyai lebih kurang 300 ekor ayam.Mr Dan Mula berkecimpung didalam perniagaan Ternakan Ayam organik ini semenjak tahun 1999.Pada peringkat awal ia hanya menggunakan reban ayam yg diperbuat dari pada Zink sahaja.Klau di Malaysia Reban Ayam jenis ini tak pernah kita lihat



Reban ayam yg pertama digunakan di Ladang ni


Kami mula menuju ke Reban Ayam Telur untuk melihat dari dekat.Rasa tak puas hati kalu nak tengok dari jauhkan.So kami di bawa mendekati Reban reban Ayam ini.GAmbar di bawah ni adalah di Reban Ayam Telur


Ayam ayam ni mengikut aku masa tgk ambil gambar

Reban ayam yg menarik


Ayam ni di biarkan bebas secara free range



Nazri Bersaman Reban Ayam Telur Free Range






Reban Ayam Daging



Gambar gambar jelas menunjukan bahawa ayam ayam ni..di biarkan bebas tetapi net yg kelihatan tu adalah salah satu cara Penternak ni sini mengawal serangan musang dan sebagainya.Jangan cuba cuba pegang nanti kena letrik



Itu le rupa Electrict Net.Kebanyakan Ladang disini menggunakan Kaedah ini untuk mengelakkan serangan musang.


Selain dari pada Electrick net tersebut ..mereka guka menggunkan dawai yg berarus electrict yg berfungsi sebagai pagar.Di Sekeliling LAdang ini dipenuhi Dawai electrict





Geram betul tengok Ayam ayam ni...membuat hati ku tak sabar nak mempunyai Ladang Ayam yg sebergini.Harga Net tu kalu disini Dalam Euro 200.Lebih kurang kalu duit RM dalam RM900.00.Sapa sapa nak oder boleh roger aku penghantaran pakai kapal ambil masa 2 bulan KOS PENGHANTARAN Euro 50 bersamaan RM 200+
.hehehheheheh
....






Kami cuba melihat bagaimanakan keadaan didalam reban tersebut.Nak masuk dalam tapi Tuan Empunya ladang tak kasi.So apa lagi sesi Tangkap Gambar Curi le..Sebab nak bagi gambaran macam mana rupa bentuk di dalam reban tersebut ..





Yang ni kami ambil di Reban ayam yang tidak di Gunakan.Yang Nazri tengah pegang tu Drinking Electrict Feeder Automatik.Di atas bumbung tu ada Tangki air untuk supply air kepada Dringking feeder tersebut.Di bahagian lantai pula di taburkan serpihan ketam kayu untuk mandian ayam tersebut juga di letakkan daun bali kering...


Ini adalah tangki air utk Supply kepada drinking Feed







Ada banyak lagi Gambar yang akan di Uploadkan disini...Tunggu hingga sedikIt masa lagi