NuFFnANg

Wednesday, January 20, 2010

Projek Ternakan Ayam Belanda

Di Malaysia terdapat banyak penternak penternak ayam belanda terutama di Utara Malaysia.Di Utara Malaysia Ayam Belanda tau Turkey (didalam bahasa Inggeris) lebih dikenali sebagai ayam piru.Ayam Piru di Utara Malaysia agak lama sudah dikenali.Didalam beberapa tahun kebelakangan ini ramai peminat peminat ayam belanda ni mula menternak secara serius untuk menjadikan salah satu sumber rezeki mereka.Ayam belanda ini juga mempunyai berbagai jenis breed.Diantara breed yang terkenal di Malaysia adalah Royal Plum,Bourbun Red,Black ,Spanish Black dan lain lain.Setiap breed ini mempunyai berat badan yang berbeza,
Permintaan terhadap bekalan ayam Belanda ini amatlah menggalakkan terutama ketika musim perayaan Deepavali,Cristmas dan juga Chinees New Year.Dimusim perayaan ini permintaan amatlah tinggi.Bekalan ayam belanda diMalaysia masih lagi tidak memcukupi walaupun sudah ada perternak ayam belanda ini secara serius.Kerajaan Malaysia terpaksa mengimport bekalan ayam belanda ini dari luar negara untuk memenuhi permintaan yang ini.Selain dari itu juga terdapat beberapa kilang pemproses makanan juga mempunyai permintaan ayam belanda ini.Contoh seperti Prima Agri,Lee Frozen,Kerry dan sebagainya.Kilang kilang tersebut memproses ayam belanda untuk dijadikan Smoke Turkey,Turkey Ham,Turkey Meat dan macam macam lagi produk produk turkey yang lain. Kebanyakan orang Melayu masih lagi tidak ramai yang memakan ayam belanda ini. Ayam belanda sedap sekiranya dimasak Kari ayam belanda,terdapat beberapa Restaurant Mamak Di Penang dan Seberang Prai yang menjual Kari Ayam Belanda.Kuala Kumpur masih lagi belum bergitu terkenal dikalangan kaum melayu .Tetapi yang pastinya Restaurant Mamak yang menjual kari ayam belanda ini mnendapat sambutan yang cukup luar biasa.Ini menunjukkan bahawa Ayam Belanda ini mendapat sambutan dipasaran.
Disini Saya amat mengalakkan sesiapa saja yang berminat untuk berkecimpung didalam ternakan ayam belanda.Ia adalah perniagaan yang amat menguntungkan.Sekiranya kita membeli daging ayam belanda ini di tesco harganya tidak kurang dari RM25 sekilo,seekor ayam belanda ini mempunyai berat lebih kurang 5kg ke 7kg,ini berpandu kepada jenis breed ayam belanda tersebut.Jangka masa ternak adalah sama seperti kita memternak ayam kampung ori iaitu 6 ke 7 bulan.Untuk mendapatkan benih anak ayam belanda ini tidaklah bergitu susah kerana terdapat ramai yang menjual anak ayam belanda ini di Malaysia terutama dari Pulau Pinang.Sekiranya di Utara benih benih ini boleh didapati dari En.Hamid di Kepala Batas,En.Amran di Balik Pulau,En Arif di Bukit Mertajam.Di Selangor dari En Azmi andaria dan juga dari Kami di Gombak.
Sekiranya Ternakan ini bergerak secara kumpulan,Setiap penternak mempunyai quntity 1000 ekor pasti kita dapat membekalkan ayam belanda ini dipasaran Malaysia dan juga export ke luar Negara seperti Singapura,Europa dan negara negara lain.Seperti di India mereka bergerak secara kumpulan sekarang ini mereka telah mengexport ke luar negara.Kami bersedia memasarkan kepada syarikat2 besar sekiranya ada penternak2 yang ingin bersama kami menternak ayam belanda dengan cara berkumpulan ini. Kami sedia membekalkan anak ayam belanda dan kami akan membeli semula ayam belanda yang telah matang untuk dipasarkan.Kepada yang berminat boleh hubungi kami untuk menternak secara kumpulan dengan syarikat kami.


NICHLOS 700 (Pengurusan Ladang)
Kami memperkenalkan Baka Ayam Belanda jenis Nicholas 700.Baka jenis ini atas yang terbaik untuk di ternak,Ini adalah kerana ia mempunyai berat badan yang boleh menjangkau sehingga 17kg dalam masa 20 minggu.Mempunyai Dada yang penuh dgn daging.Selain itu Nicholas 700 tidak perlu membeikan makan yang lebih kalu dibandingkan dgn ayam belanda jenis breed yang lain.Sila klik disini untuk mendapatkan permakanan Nichlos 700 ini.


AUBURN
Juga dikenali sebagai ayam belanda Light Brown . Varian Bronze. Berat jantan - 35lbs; betina - 19lbs.



SILVER AUBURN
Serupa seperti auburn; cuma cerah sedikit atau versi "bleached out" .


BUFF
Negara asal: mid-Atlantic region. Juga dikenali sebagai Jersey or New Jersey Buff.Berwarna perang kekuning-kuningan. Kerana kacukan antara "Bronze" dan "White". Warnanya kuning pucat sekata kecuali bulu terbang berwarna cerah selalunya putih dengan jaluran kuning pucat. Berat jantan dewasa 16-28lbs dan betina 8-18lbs. Negara asal: Eropah. Juga dikenali sebagai Black Spanish (US) atau Norfolk Black (England). Berwarna hitam metalik "lustrous dengan buluan kilat kehijauan . Sama saiz dengan Bourbon Reds. Berat standard jantan 30-35lbs dan betina 15-20lbs . Akan matang dan bertelur umur 9 bulan.




Bourbon RED
Negara asal: Bourbon county, Kentucky. Juga dikenali sebagai Bourbon Butternut atau Kentucky Red, Regal Red atau Arkansas Red. Bermula dari baka Jersey Buff. Warna bulu perang hingga ke merah gelap dengan warna putih di "light" dan ekor. Gelap dan versi Buff yang pekat. Bulu badan jantan tepi berwarna hitam. Warna dada dan tengkuk ialah "chestnut mahogany", Bulu disebelah bawah ialah perang kekuningan cerah hingga ke warna putih. Pial di tengkuk warna merah, hingga bertukar ke putih kebiruan dan janggut hitam. Berat jantan standard 33lbs ; betina 16-18lbs .




Broad Breasted Bronze
Mempunyai nilai komersial. Baka daging. Berat standard jantan 30-40lbs; betina 14-22lbs . Terlampau berat dan sukar untuk mengawan secara semulajadi, oleh itu memerlukan permanian beradas. Warna serupa dengan Bronze. Bulu bertukar dari warna tembaga ke keemasan bergilap apabila cahaya memancar ke atasnya .





BLACK WING BRONZE
Juga di kenali sebagai Crimson Dawn. Mempunyai dada yang panjang dan lebar. Bulu primer warna hitam. Bulu kepak sekunder garisan putih di bahagian tepi. Betina mempunyai garisan putih yang ketara di badan. Warna terang merah keemasan yang predominan akan menjadikan bulu lebih berwarna warni di cahaya matahari - oleh itu ia dinamakan Crimson Dawn. Berat jantan 25-40lbs; betina 11-26lbs.


BROZE
Tempat asalnya ialah North America. Berat standard jantan 34lbs ; betina 19lbs. Boleh mengawan secara semulajadi. Warna bulu ekor ialah hitam pucat dengan garisan selari warna perang, hujung bulu terdapat jaluran lebar berwarna hijau tembaga gangsa dan diikuti dengan jaluran nipis warna hitam dan penghujung terdapat jaluran lebar warna putih .




CALICO
Dikenali sebagai Sweetgrass. Juga dipanggil Yellow-shouldered Ronquiere di Belgium. Hasil dari kacukan Bronze dan kacukan White


ROYAL PLUM
Kecil. Berat standard jantan 15-22lbs ; betina 10-12lbs. Bahagian belakang berwarna hitam dengan garisan putih di tepi dan mempunyai saiz permukaan bulu yang lebih besar. Dada berwarna putih dan bahagian hujung setiap bulu yang terdedah mempunyai lilitan hitam dan ini menjadikan warna yang kontras hitam & putih yang menyerupai sisik ikan Kontras kombinasi hitam/putih ini membuatkan nampak bersinar . Asas corak yang sama seperti Narragansett - hanya putih digantikan dengan kelabu.


CHOCOLATE

Sama saiz dengan Black. Dari namanya dapat di ketahui warnanya. Perak kebiruan dengan bintik-bintik merah. Warna kepak putih dan ekor mempunyai lilitan merah yang lebar.



Lilac
Negara asal: Massachusetts. Berat jantan 18-20lbs; betina 10-12lbs. Serupa dengan Beltsville Whites; tapi kecil sedikit dan dada tidak berapa lebar.



Beltsville White
Negara asal: Narragansett Bay, Rhode Island, New England. Corak serupa dengan Bronze. Bulu badan berwarna hitam metalik kuat dengan lilitan kelabu besi dengan sedikit warna keemasan atau perang dan ini memberi gambaran ianya ialah burung yang berjalur. Warna ekor hitam pucat, mempunyai garisan tan yang selari dan garisan tepi warna kelabu. Saiz serupa dengan Blacks. Berat betina 18lbs dan jantan 30lbs. Kualiti daging yang terbaik dan pengeluar telur yang baik. Tahap kesuburan yang baik. Ibu yang baik. Paling tenang jika dibandingkan dengan ayam belanda yang lain.

Narragansett
Negara asal: Mexico. Kadang-kadang dipanggil Slates atau Blues atau Lavender. Satu jenis, 3 genotypes; True Blue, Slate dan Self Blue. Slate (juga dipanggil Splash) - warna slate atau ashy blue dengan bintik-bintik hitam bertaburan di bulunya. Warna Blue ialah pekat biru kelabu. Keseluruhan warna Self Blue ialah pudar. Berkaitan dengan Blacks tapi kurang biasa Saiz sama dengan Blacks. Jantan 18-27lbs; betina 14-18lbs.


WHITE HOLLAND
Negara asal: Europe. Juga dipanggil British White, Austrian White. Paling popular untuk pasaran komersial kerana karkas tidak menunjukkan bulu "pin" Holland mempunyai kaki yang panjang dan mata biru. Bulu berwarna putih salji dan kepala merah ke biru Berat standard - jantan 33lbs; betina 18lbs .
Broad-breasted Whites tidak boleh mengawan secara semulajadi serupa seperti Broad-breasted Bronze. Terbesar dengan berat jantan 30-45lbs dan betina 14-25lbs

Saturday, January 16, 2010

Projek Terbaru IE Agro Sdn.Bhd

Ayam Belanda@Turkey



Buat tatapan semua kami telah mengorak langkah lebih serius didalam industry perternakan ini.Dengan menambah koleksi ternakan dan product kami.Kini kami sedia membekalkan anak Ayam Belanda/Turkey/Piru kepada sesiapa yang berminat atau berhajat unutk mendapatkan bekalan anak ayam belanda/turkey/piru ini.Projek kami yang terbaru ini di Gombak.Gambar dibawah ini adalah koleksi baka yang kami ada didalam simpanan kami.Sesiapa yang berminat diharap dapat memberikan tempahan kepada kami terlebih awal.
Telur juga boleh kami sediakan sekiranya mempunyai bekalan ynag berlebihan.Tempahan hendaklah di buat 1 minggu lebih awal dari tarikh penghantaran.Harga adalah seperti berikut:
Anak ayam Belanda/Turkey/Piru RM15/ekor
Telur Ayam Belanda/Turkey/Piru RM 3.50/biji
Tempahan melebih ini 100 ekor akan diberikan diskaun.