NuFFnANg

Wednesday, January 20, 2010

Projek Ternakan Ayam Belanda

Di Malaysia terdapat banyak penternak penternak ayam belanda terutama di Utara Malaysia.Di Utara Malaysia Ayam Belanda tau Turkey (didalam bahasa Inggeris) lebih dikenali sebagai ayam piru.Ayam Piru di Utara Malaysia agak lama sudah dikenali.Didalam beberapa tahun kebelakangan ini ramai peminat peminat ayam belanda ni mula menternak secara serius untuk menjadikan salah satu sumber rezeki mereka.Ayam belanda ini juga mempunyai berbagai jenis breed.Diantara breed yang terkenal di Malaysia adalah Royal Plum,Bourbun Red,Black ,Spanish Black dan lain lain.Setiap breed ini mempunyai berat badan yang berbeza,
Permintaan terhadap bekalan ayam Belanda ini amatlah menggalakkan terutama ketika musim perayaan Deepavali,Cristmas dan juga Chinees New Year.Dimusim perayaan ini permintaan amatlah tinggi.Bekalan ayam belanda diMalaysia masih lagi tidak memcukupi walaupun sudah ada perternak ayam belanda ini secara serius.Kerajaan Malaysia terpaksa mengimport bekalan ayam belanda ini dari luar negara untuk memenuhi permintaan yang ini.Selain dari itu juga terdapat beberapa kilang pemproses makanan juga mempunyai permintaan ayam belanda ini.Contoh seperti Prima Agri,Lee Frozen,Kerry dan sebagainya.Kilang kilang tersebut memproses ayam belanda untuk dijadikan Smoke Turkey,Turkey Ham,Turkey Meat dan macam macam lagi produk produk turkey yang lain. Kebanyakan orang Melayu masih lagi tidak ramai yang memakan ayam belanda ini. Ayam belanda sedap sekiranya dimasak Kari ayam belanda,terdapat beberapa Restaurant Mamak Di Penang dan Seberang Prai yang menjual Kari Ayam Belanda.Kuala Kumpur masih lagi belum bergitu terkenal dikalangan kaum melayu .Tetapi yang pastinya Restaurant Mamak yang menjual kari ayam belanda ini mnendapat sambutan yang cukup luar biasa.Ini menunjukkan bahawa Ayam Belanda ini mendapat sambutan dipasaran.
Disini Saya amat mengalakkan sesiapa saja yang berminat untuk berkecimpung didalam ternakan ayam belanda.Ia adalah perniagaan yang amat menguntungkan.Sekiranya kita membeli daging ayam belanda ini di tesco harganya tidak kurang dari RM25 sekilo,seekor ayam belanda ini mempunyai berat lebih kurang 5kg ke 7kg,ini berpandu kepada jenis breed ayam belanda tersebut.Jangka masa ternak adalah sama seperti kita memternak ayam kampung ori iaitu 6 ke 7 bulan.Untuk mendapatkan benih anak ayam belanda ini tidaklah bergitu susah kerana terdapat ramai yang menjual anak ayam belanda ini di Malaysia terutama dari Pulau Pinang.Sekiranya di Utara benih benih ini boleh didapati dari En.Hamid di Kepala Batas,En.Amran di Balik Pulau,En Arif di Bukit Mertajam.Di Selangor dari En Azmi andaria dan juga dari Kami di Gombak.
Sekiranya Ternakan ini bergerak secara kumpulan,Setiap penternak mempunyai quntity 1000 ekor pasti kita dapat membekalkan ayam belanda ini dipasaran Malaysia dan juga export ke luar Negara seperti Singapura,Europa dan negara negara lain.Seperti di India mereka bergerak secara kumpulan sekarang ini mereka telah mengexport ke luar negara.Kami bersedia memasarkan kepada syarikat2 besar sekiranya ada penternak2 yang ingin bersama kami menternak ayam belanda dengan cara berkumpulan ini. Kami sedia membekalkan anak ayam belanda dan kami akan membeli semula ayam belanda yang telah matang untuk dipasarkan.Kepada yang berminat boleh hubungi kami untuk menternak secara kumpulan dengan syarikat kami.


NICHLOS 700 (Pengurusan Ladang)
Kami memperkenalkan Baka Ayam Belanda jenis Nicholas 700.Baka jenis ini atas yang terbaik untuk di ternak,Ini adalah kerana ia mempunyai berat badan yang boleh menjangkau sehingga 17kg dalam masa 20 minggu.Mempunyai Dada yang penuh dgn daging.Selain itu Nicholas 700 tidak perlu membeikan makan yang lebih kalu dibandingkan dgn ayam belanda jenis breed yang lain.Sila klik disini untuk mendapatkan permakanan Nichlos 700 ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.