NuFFnANg

Sunday, December 26, 2010

Pertubuhan Penternak Unggas Kecil Malaysia

Didalam era Penternakan Bumiputra hari ini.Kita boleh melihat bergitu ramai diantara mengusaha tani bumiputra yang Berkecimpung didalam Arena Penternakan Unggas.Kebanyakkan Kita membuat secara kecil kecilan.Jikalau hendak di ketegorikan kebanyakkannya tertumpu kepada Ayam Kampung,Itik Telur,Ayam Belanda dan Ayam Mutiara.Tetapi boleh saya katakan kebanyakan ayam mutiara dibela sebagi Pet sahaja.Kemanakah arah yang hendak dituju oleh Penternak Unggas Kecil ini? Adakah mereka mendapat perhatian dari golongan kerajaan dengan sepenuhnya..adakah bantuan dari segi ilmu,pemasaran.kewangan disalurkan kepada mereka.Jawapannyan TIDAK..Dimanakan hendak mereka pasarkan barangan Hasil ternakan mereka....Jawapannya Anda yang membuat secara kecil2an ini terpaksa mencari Pasaran sendiri dan juga bersaing dengan penternak yang membuat lebih besar dari Anda.Harga?????Kita bersaing sesama sendiri.Jikalau Penternak ayam kampung yang membuat pusingan sebanyak 10'000 ekor akan memberikan harga yang murah kepada Pelanggan mereka.KENAPA?????Jawapanyan mereka mempunyai kos makan yang rendah sedikit berbanding yang membela secara kecil2 ini.Apakan akan terjadi kepada penternak kecil...tutup reban dan lupakan sahaja niat murni anda...Disini lah masalah yang banyak dikeluhkan oleh penternak kecil.Tiada Pasaran,Harga Makan Mahal,Tidak mendapat Pulangan yang menguntungkan.Jadi apakah yang dapat membantu mereka ini.....

Masalah Penternak Kecil ini telah Aku memikirkan.Tapi apakan daya aku hanya seorang insan kecil.Pada 25/12/2010 semasa semua Penduduk Malaysia sibuk menikmati cuti Aku,Iskandar,HAsnul,Capt Zaman,Zul Mardi,Nazim dan Humayun berbincang untuk menubuhkan Pertubuhan Penternak Unggas Kecil Malaysia.Kami berharap dengan tertubuhnya Pertubuhan ini akan mendapat sambutan dari setiap penternak unggas kecil kecilan bersama kami memperjuangkan dan mempersuarakan rasa hati kepada semua Pihak.Selain itu juga kita ingin menyelaraskan Harga Ayam Kampung dan lain2 supaya mempunyai persaingan sihat diantara penternak.Selain itu juga dengan adanya Pertubuhan ini kita dapat menawasi dan mempunyai inventory figure berapa bilangan ternakan yang terdapat dari ahli2 pertubuhan supaya dapat kita membekalan kepada pengusaha Restaurant atau Perniada Pasar sekiranya mereka inginkan bekalan dari petubuhan,Kita juga dapat berbincang bersama dengan pengusaha dedak dan makan ternakan agar mereka dapat memberikan harga yang terbaik kepada kita sekiranya kita membeli dengan Quntity yang banyak.Insyallah Pertubuhan Penternak Unggas Kecil ini boleh memainkan Peranan didalam permasalah yang kita hadapi sekarang....

Niat Murni kami diharap mendapat sambutan dikalangan Penternak Penternak Unggas Kecil Di seluruh Malaysia.Ia akan memberikan banyak menafaat kepada kita semua.Sekurang kurangnya kita mendapat berbincang masalah yang kita hadapi.Kami akan membawa Pertubuhan ini kepada MOA supaya mereka mengetaui kehadiran persatuan ini di Malaysia.

Kepada Yang ingin menjadi Ahli Pertubuhan ini Boleh menghubungi Saya di talian 0169704360 atau Iskandar di Talian016 9056969

Sumbangan anda Kepada Pertubuhan Akan Menbawa Menafaat Kepada Semua. AMIN

Tuesday, December 7, 2010

Ayam Kampung Dan Ayam Kacuk

Salam buat semua
Lama juga aku x update blog ni.Ye lah dua tiga bulan yang lalu agak sibuk denganurusan Ladang hinggakan terlupa dengan Blog aku ni huhuhuhu..Kesian dia dan juga penunjung blog aku yang setia.
Dalam masa beberapa bulan yang lalu,aku uga sibuk dengan Seminar-seminar yang aku kunjungi.Buka apa sekadar nak menambahkan ilmu aku yang x banyak mana ni.Hari ni agak tidak sibuk dengan urusan2 tersebut.Selain tu aku juga terpukul dengan panggilan dari rakan2 ternak berkenaan ayam kampung Asli dan Kacuk.Masih ramai diantara kita yang masih tidak mengetaui perbezaan anyam kampung asli dan kacuk.

Kalu diikutkan sebenarnya AYAM KAMPUNG ASLI sudah tidak ujud lagi diTanah Melayu tercinta ini.Ia adalah kerana pada kurun ke 18 ayam kampung asli ini telah berkacuk dgn ayam ayam yang dibawa boleh Inggris ke TANAH MELAYU.Jadi Baka Baka Asli yang ada sekarang ini telah terkacuk secara langsung atau tidak langsung pada masa itu.Jadi ingin saya tekankan disini AYAM KAMPUNG ASLI sudah tidak ada lagi di TANAH MELAYU.Apa yang adalah hanya lah ayam kampung yang ditetaskan secara semulajadi.Disini lah perbezaannya.

Apabila panggilan dari Rakan Ternak tentang ayam belaan saya,Ia menjadi satu kesusahan unutk saya menjawap soalan tersebut.Biasanya merekan akan tanya "saudara bela ayan kampung asli ke atau kacuk" bila saya jawap kacuk mereka akan berkata oooooooooo....

Pada pandagan mereka ayam kampung kacuk adalah ayam kampung merah.Sebenarnya ayam kampung mempunyai 4 ketegori.

1)Ayam Kampung tetas semula jadi
2)Ayam Kampung Incubator@7 color Chicken yang dikacukan dgn Ayam Laga supaya mendapat Pembesaran yang cepat
3) Ayam Kampung Merah@Brolier Red Color
4) Ayam Kampung Botak@ Red JA Naked Neck

Diatas adalah ayam kmpung yang diiktirafkan oleh MARDI sebagai ayam kampung.

Ayam Kampung yang terdapat dipasaran dan diternak oleh kebanyakan Komesial Bumiputra Farm adalah ayam kampung@7 color.Ia mempunyai ciri ciri ayam kampung yang biasa terdapat dibelakang rumah di kampung2.AYam jenis ini mempunyai komesial value yang tinggi dimana,Ia mempunyai ciri ciri yang sama dengan ayam kampung biasa.Ia juga mudah didapati dengan banyak dari trader trader anak ayam kampung.Ayam kampung ini sekiranya anda ingin mebuat fram yang melebihi 10000 ekor juga tidak mempunyai masalah.Tetapi ayam kampung belakang umah amatlah susah untuk mendapat benih walaupun hanya 500 ekor anak ayam.

Selain itu juga sekiranya anda ingin membuat komesil ia mempunyai nilai yang rendah.KENAPE!!!!!!

1) Anda perlu menunggu sehingga 6 bulan untuk mendapatkan pembesaran yang cukup
2) Berat ketika umur 6 bulan sekitar 900grm ke 1.kg
3) Pembiakan yang lembab.Dimana hanya sekitar 10 biji sahaja bertelur dalam sebulan.Berkemungkinan hanya 4 ekor je yang menetas.
4) Nilai harga jualan hampir sama dengan ayam kampung 7 color.Sekitar RM12 ke RM18
5) Mempunyai rupa dan wajah yang sama dengan ayam kampung 7 color

Lima point diatas adalah perbezaan diantara ayam kampung 7 color dan ayam kampung belakang umah.

Selain itu ayam kampung 7 color ini mempunyai pembesaran 3 bulan untuk mendapat berat sekitar 1.3kg ke 2kg.Dengan ini nilai komesial adalah lebih baik ntuk menternak ayam kampung 7 color berbandingkan ayam kampung belakang umah.

Saya berharap ramai yang tidak tertipu dengan ayam kampung 7 color dan ayam kampung belkang umah.Ada juga segelintir penternak ayam kampung yang tidak jujur mengaku ayam kampung yang mereka ternak adalah ayam kampung asli.Jadi disini saya berharap anda tidak tertipu.Secara logiknya tidak mungkin ada penternak ayam kampung belakang umah boleh mebela lebih dari 300 ekor dalam 1 masa.Sebab benih anak ayam ini adalah sangat sukar untuk didapati.JADI BERHATI HATI ketika membeli ayam tersebut.

Ayam Kampung Bolier red color atau RED Ja Naked Neck adalah ayam kampung kacuk yang memang diperbuat untuk mendapatkan pembelaan yang cepat.Hanya dalam 45 ke 50 hari berat ayam tersebut boleh mencecah ke 1.5kg.

Walau bagaimana pun keempat2 ayam kampung diatas telah diterima dipasaran.Jadi tidak ada masalah untuk anda menternak salah satu diantaranya.Hanya perbezaan adalah dari segi harganya sahaja.

Monday, October 11, 2010

Ilmu dan Masalah Penternaka Ayam Kampung....dedak naik lagi

Lama juga ku x update blog ni. Bukannya x nak update tapi x de cerita yang terbaru.Sekarang ni baru je balik dari Institute Unggas Alor Gajah Melaka. Pada 3/10/2010 aku telah pun mendaftarkan diri di Institute Unggas Alor Gajah setelah mendapat surat tawaran untuk mengikuti Khursus Ternakan Ayam Kampung Komesial Sesi 09/10.Lama juga aku memohon Khursus tersebut dari bulan February 2010.Ingatkan dah x dapat...Rupanya ramai yang memohon Khursus tersebut sehingga hampir 1000 orang.Masih ada 300 permohonan yang belum dipanggil.Bergitu ramai yang memohon.Pada yang masih belum dapat harap dapat bersabar.Walaupun aku te
lah menghadiri khursus seumpama ini di Ireland dulu tapi pada aku masih banyak perkara yang aku perlu pelajari.Ilmu ada penyuluh kehidupan kita.Tanpa Ilmu kita seumpama berjalan didalam gelap.Bergitu juga le sekiranya kita x mempelajari ilmu didalam bidang yang kita ceburi maka kita akan hilang arah tuju.Semasa di Melaka bergitu banyak ilmu yang aku dapat.Sama ada yang telah aku ketahui atau pun yang belum pernah aku ketahui. Contohnya dari segi perundangan dan pengeraman.Selama ni aku x tau pun yang lain negeri mempunyai undang-undang yang berbeza didalam ternakan ayam kampung atau pun ayam daging.Selain dari itu kita juga mendapat kenalan ternakan yang kita ceburi.Lebih kurang 38 peserta yang menghadiri khursus tersebut maka 38 kenalan baru le yang aku dapat.Baik dari kedah hingga lah ke johor kelantan dan terengganu.Adalah sangat penting bagi kita untuk mengenali rakan rakan ternak seperjuangan.Ini membolehkan kita bertukar tukar fikiran dan bersama memajukan insdustri ayam kampung ini.Banyak juga perkara yang kami perbincangkan.Salah satunya bagaimana untuk memajukan insdustri ayam kampung bagi penternak melayu dan juga masalah masalah yang dihadapi oleh setiap penternak.

Sekarang ini sedar x sedar harga dedak dah semakin naik.Bagaimana hendak kita hadapi.Harga jualan masih ditakuk lama.
.Semakin hari kos operasi semakin tinggi.Kalu Penternak ayam daging ok le juga sebab diaorg ad
a Persatuan.Penternak ayam kampung sama nak tolong jawapkan.Kita semakin tersepet ditengah tengah..diantara pembekal dedak dan juga membeli ayam kampung.Sekiranyan kita bersatu aku yakin kita dapat mengatasi maslaah ini.Yang penting sekarang ni harga dedak perlu dipikirkan.Harga s
emakin tinggi..kena cari jalan alternative untuk perkara tersebut kerana 70% kos operasi adalah dedak ayam kampung.Harga dedak
telah naik rm3,menjadi rm97 untuk starter gold coin..Sekiranyan kita membeli dedak ayam kampung dengan pengilang bumiputra mungkin kita masih boleh bersaing..kalu x tutup kandang le kita....tetapi perjuangan harus diteruskan.....Ie Agro sedang berbincang dengan sebu
ah kilang Bumiputra untuk bergabung supaya dapat kita mneghatasi masalah yang sedia ada.

Lepas habis khursus ternakan ayam kampung komesial 2 orang perserta telah datang mela
wat ladang ternakan ayam kampung kami di Ulu Langat.Kami bertukar2 pikir sambil bersantai.EN Suhaimi dari Ampang d
an Juga EN Shahrul dari Tapah telah sudi singgah diLadang kami.Aku meberikan sedikit penerangan berkenaan projek ayam kampung yang aku jalankan.Diharap dapat memberikan sedikit panduan sebelum mereka start projek ayam kampung....Aku pun bukannya pandai sangat sikit2 boleh le...

Sunday, September 26, 2010

Didalam dunia Perniagaan berbagai rintangan dan halangan harus kita tempuhi.Cabaran demi cabaran harus diharungi demi mencari sebuah kejayaan.Bergitu le juga didalam dunia ternakan.Cabaran didalam Ushawan Ternak lebih mencabar dari perniagaan yang pernah aku ceburi.Berbagai dugaan datang untuk menguji kesabaran dah kecekalan.Kekadang cabaran yang tidak pernah ditempuhi sebelum ini.Apa apa yang aku x pasti aku bertanya dengan rakan2 ternak yang lebih berpengalaman.Maklum le kan aku ni baru dua tahun jagung...Masih mentah didalam arena ini.Dengan izi allah dapt le juga sedikit ilmu dari rakan rakan ternak.
Ini le pentingnya kita mengenali kalangan penternak yang lain..Selain dari kita dapat kenalan dapat le juga kita berkongsi ilmu.Selain tu kita dapat mempeluaskan jaringan perniagaan kita.Tetapi jangan le kita mengambil kesempatan diatas rakan rakan ternak kita.

Kebaikan Jaringan Penternkan
1.

Friday, September 3, 2010

ProJek Penternakan Ayam KampUng Berkelompok IE AGRO AK Farm

Permintaan Ayam Kampung Kini mempunyai permintaan yang Sangat tinggi dipasaran sekarang.Dimana Ayam Kampung tidak mencukupi untuk Keperluaan Pengguna,Selain daripada masalah halal yang tidak diambil berat oleh Penternak Cina telah Memdorong kepada Kami Berkecimpung dengan seriusnya didalam bidang ternakan ini.Ramai penternak Melayu gagal didalam Bidang Ini kerana tidak mempunyai pasara dan pengetahuan yang cukup.

Sekarang Anda Jangan Risau!!!!Bersama Ie Agrop Group Kami sedia membantu anda.

Kami dri Ie Agro Group Sdn Bhd,Telah Pun menyiapkan 1 proposal projek untuk Projek Ayam Kampung Berkelompok.Syrikat Kami sedang mencari Peserta yang berminat untuk membuat Pelaburan didalam Projek ini.

Kelebihan ProjekTernakan ayam kampung berkelompok Bersama Ie Agro Group Sdn Bhd.
1)Sistem reban Ayam Bereffecian dan bersih.
2)Menyediakan Teknologi yang terkini didalam Penternakan Ayam Kampung dan kadar kematian yang rendah
2)Kami menjaminkan Pulangan yang tinggi didalam perlaburan tersebut.
3)Kerta kerja untuk memohon Pinjaman Bank di Sediakan Oleh pihak Kami.
4)Tunjuk ajar dan panduan serta kihmat nasihat dri tenaga yang berpengalaman
5)Membekalkan anak ayam dan Dedak ayam Dengan harga yang murah
6)Perjanjian Pembelian semula Ayam kampung yang diternak dengan harga yang tinggi.
7)Perserta tidak perlu memikirkan pasaran.
8)Tempat disediakan Oleh Pihak Ie Agro Group Sdn Bhd di Hulu Langat Selangor
Berminat Hubungi Kami

Rohaizan Shafie
0169704360
Business Development Manager
Ie Agro Group Sdn Bhd
Kuala Lumpur

Friday, August 20, 2010

Disini aku sertakan sedikit Tips ternakan Lembu.Kos makan semakin tinggi sekiranya kira x betul2 pikirkan jalan alternative boleh mengurangkan keuntungan.DIdalam Kajian Pihak Mardi.Jerami padai adalah slaah satu alternative untuk mengurangkan kos makan ternakan ini.Jerami padai mempunyai kandugan nurition yang Baik utk Lembu dan Kambing.Bukan sahaja harga nya yang murah malahan juga boleh mengemukkan Lembu dan kambing ini terutama yang menjalankan ternakan secara Fitlod.Bayangkan kepada penternak lembu yang mempunyai sawah padi sendiri,berapa jimatkan KOS anda????Tapi bagaimana pula yg x ada Sawah padi.Jangan risau dizaman sekarang ini Jerami mempunyai nilai komesial yang agak tinggi.Dengan ada nye permintaan dari Penternak jadi Syarikat2 Pertanian dan Pengilang mengambil inisatife untuk membekalkan kepada Penternak penternak Lembu dan Kambing yang tidak mempunyai sawah padi dapat membantu mengurangkan kos makanan untuk ternakan mereka.Harga yang dikenakan adalah sangat minima.Ianya lah harga kos pengurusan jentera pengankutan dan jentera pengulungan jerami tersebut untuk memudahkan Penghantaran kepada penetrnak.Harga yang biasa dikenakan adalah sekitar Rm110 ke rm150 harga tidak termasuk penghantaran.Sekiranya dikira dengan kos pengankutan hanya sekitar rm200 ke rm250 berpandu kepada distinasi.Jerami padi digulung sehingga seberat 350kg.

Selain dari gulugan Jerami pada Terdapat juga sebuah Kilang yang membuat makan ternakan Lembu dan Kambing dengan mengunakan Jerami pada sebagai asas Pellet makann ternamkan mereka.
Mengikut kata Penternak yang telah menggunakan produk ini.Kenaikan sebanyak 1 kg ke 1.3kg sehari.Bahan yang digunakan didalam Pallet Lembu dan Kambing adalah Jagung,Jeramai Padi,dedak padi.Fish mill,Minyak sawit,PKE dan Molass. Cara pengurusan lembu daging adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lembu tenusu. Ada empat cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging iaitu:

1. Meragut Lepas Bebas Lembu-

lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Cara ini amat sesuai bagi penternak/ pengusaha yang mempunyai keluasan padang ragut sendiri yang mencukupi. Ini memudahkan lembu-lembu membiak kerana lembu betina bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.

2. Berkurung atau Fidlot
Memelihara lembu secara intensif dalam kandang atau kurungan untuk pengeluaran lembu daging melalui pen
ingkatan berat badan atau menggemukkan lembu dengan memberi makanan bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh tertentu.

Dengan cara ini, lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5% daripada berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada waktu pagi dan dedak diberikan pada waktu petang. Ruang lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.
3. Separa Intensif
Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.

4. Integrasi Dengan Tanaman Utama
Di negara kita, kawasan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini, biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racun rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk meracun, di samping mengurangkan kos pembajaan ladang.

Sumber: Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu / e-agriculture blog

0 Viewer Comments

Friday, July 23, 2010

Ie Agro BackYard PoulTry FaRm UpDate

Ie AgRO BackYard PoulTry FaRm Kawasan Baru

Dah Mula Pasarkan Dedak Yang Terbaru


Buat Tatapan Semua yang melawat Laman Blog saya.Terima Kasih diatas sokongan anda semua,tanpa Sokongan anda saya pasti Reban saya yang terbaru tidak dapat dilaksanakan.Dan juga ucapan ribuan terima kasih pada yang telah membeli produk produk yang dijual oleh syarikat kami.Tanpa anda siapa lah kami.Sekarang ini kami telah mula memasarkan dedak Dimana kami telah dilantik sebagai Pengedar dan Pemborong Tunggal Malaysia bagi setiap produk makanan ternakan yang dikeluaran oleh Syarikat Mereka seperti Pellet Lembu,Pellet Kambing,Dedak Pelengkap Ayam Kampung dan Dedak Ikan Keli Pelengkap.Pada Sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan boleh le hubungi Kami di talian yang tertulis diatas.Serba ringkas tentang makan ternakan ayam kampung ini adalah.










Dedak Starte yang kami bekalkan adalah mempunyai protien 21%.Anyway anak ayam kampung kami nampak sihat je selepas 2 minggu makan makanan tersebut.Harganya agak mahal sedikit,Tetapi masih lagi murah kalu di bandingkan dgn Gold Coin,Cargill dan lain-lain.Harga sekitar rm91/50kg cuma rm1.82/kg je..kalu dibandingkan dengan Gold Coin RM96/50kg sekilo = rm1.92/kg,Perbezaan untuk starter dalam 10sen.Nampak kecil tapi kalu bela sampai 1000 ekor atas kegunaan dedak adalah 7 tan keseluruhan projek,banyak juga tu kan.Dedak Grower pula kami jual dengan harga rm 91/50kg,rm1.82/kg je....gold coin rm94/50,rm1.88/kg perbezaan sebanyak rm6sen.kalu kita ambil kira cost the whole project,

kegunaan dedak 7 tan. rm1.92 x 7000 = rm13440
Kegunaan dedak kami 7 tan rm1.82 x 7000 =rm12740
Perbezaan dari segi nilai adalah rm700

Nilai rm700 akan terus masuk ke poket anda berbandingkan anda menggunakan dedak yang terkenal tersebut,Perkara yang paling penting,jgn kurangkan makanan yang diberikan tetapi mencari product yang lebih effection untuk ternakan kita cuma kita tidak menanggung kerugian ayam mati dan sebagainya.Selain itu product yang dipasarkan oleh kami adalah terjamin berqulity dan halal,diperbuat oleh bumiputra yang sangat menagambil berat tentang Halal Dan Haram
Ini Adalah rupa dedak yang Kami Pasarkan.Berwarna hitam,bahan yang kami gunakan adalah sama juga le seperti dedak dedak keluaran jenama yang terkenal.Selain dari itu dedak ini juga dicampur dengan EM dan Molasses.Aku rasa ramai yang dan tau apa kegunaan kedua dua bahan tersebut didalam makanan ayam kampung ini.Reban aku pun x le berbau sejak gunakan dedak ini.Aku bukan sekadar jual tetapi aku pun pakai sendiri.Jadi kalu korang takut nak gunakan produk aku tengak gambar seterusnya.Anak ayam aku galak memakan dedak yang baru ini.Walaupun agak kasar sedikit.Tapi aku bagi juga pada anak ayam aku yang berumur baru 3 hari..X de masalah pun...


Ini adalah gambar anak ayam aku yang berumur 3 hari galak memakan dedak ayam kampung yang aku pasarkan tu.So x le ada masalah apa2.Walaupun ia agak kasar sedikit dari Dedak yang jenama terkenal.Ye le lagi pun dedak Murah bukannya dedak mahal.Karang aku buat sebiji mcm gold coin...harga pun naik..habis semua orang marah lak..sebb jual dedak mahal.Jadi harap harap korang pun Paham le juga ye.Untuk mendapatkan dedak dgn kos yang rendah kita kena gunakan bahan bahan yang tidak perlu di import dari luar negara.Dalam Malaysia pun sebenarnaya banyak juga bahan yang boeh digunakkan.Yang penting Nutritionnya cukup untuk pembesaran dan pengemukan ayam ayam tersebut.
Tengok le sendiri anak anak ayam yang tengah galak memakan dedak ayam kampung ini..Ini menunjukkan perkembangan yang baik.Jadi aku pun x le risau sangat bila nak jual pada org pun.Sbb kalu anak anak ayam aku boleh makan dan tidak bermasalah,takkan ayam ayam yang lain ada masalahkan.So sbb tu aku bagimakan kat 1500 ekor anak ayam aku yang aku masukkan 2minggu lepas.


Ini lagi depa dok sibuk nak makan.So pada yang diluar sana dedak ini boleh digunakan tanpa was was dan juga terjamin halal serta di perbuat oleh orang melayu islam bumiputra.Dah aku bentangkan diatas.Jadi Renung renungakan lah Wahai Sahabat seperjuanganku.


Permindahan Anak ayam yang berumur 2 minggu ke reban besar


Anak Ayam aku yang batch pertama telah pun melepasi umur 2 minggu lebih sikit.Jadi aku pun bersiap sedia untuk memindahkan ke reban Besar atau Grower Flock 1.Ini gambar gambar yang aku ambil untuk tatapan semua.Reban ini berlantaikan tanah.JaDi untuk mengelakan kesejukan anak anak ayam berumur 2 minggu ini,Aku masih menggunakan habuk kayu untuk mengurangkan kesejukan.Sbbnya didalam kayu ada mengandungi tenaga yang agak kuat dan tinggi juga.Selain tu ia juga menyerap air.Jadi kurang le sikit kesejukannya.
Gambar yang sebelah ni korang boleh tgk habuk2 kayu tersebut diratakan untuk menutupi lantai reban ayam ini.Baru le anak2 ayam tu selesa sikit.Untuk percubaan aku letak x banyak sbb hehhehe biasa le takut juga.Lampu brooder dan x pasang ..so aku buat experiment dulu.Letak 20 ekor je.Setelah habuk kayu dirata dan disama levelkan baru le boleh kita masukan bekas manakan dan minuman.Cuba rujuk pada gambar yang dibawah tu.Aku dah Siap meratakan semua dan juga bekas makanan dan minuman dimasukan.Supaya apa bila dimasukan anak ayam.Ia
sedia makan juka perlu.Air aku taruk 3 bekas untuk memastikan anak anak ayam aku ni cukup makan dan minum.Kalu x cukup boleh menyebabkan anak anak ayam ni lambat membesar dan menjadi ayam ketot dan terbantut lak,hhehehehe....
















Ayam Kampung yang dah berumur 6 minggu Berat telah punya mencapai 1 .1 kg.

Ini le ayam kampung yang aku bela dalam masa 6 minggu yang lalu.Mula2 aku tumpang je kat tempat Bro ini.Bila aku tgk ia agak berjaya aku pun mula le tambah sebagaimana yang korang tgk kat atas tu...ayam yang warna putih kehitaman tu agak cantik dan menarik.Baka jenis ni agak menarik kerana pembesarannya yang menberangsangkan.Menjimatkan kos dan juga masa penjagaannya.Kami juga memberikan minuman air yang bercampur dengan HRV yang kami jual.Pembesaran yang ketara.Untuk persediakan hari raya ini aku masukkan 1000 ekor anak ayam kabir.Kalu aku gunakan ayam kampung pasti x sempat raya.huhuhu lepas raya baru boleh jual..sapa nak beli dah..time raya le the best.hehehhehe..semoga tahun ni raya lebih memberangsangkan.Aku juga sarankan pada yang mempunyai market ayam proses atau yang dah sembelih.ELok gunakan ayam Baka Kabir ini.Sbb ianya cepat besar dan juga kos lebih rendah.Kalu kita pikirkan kenapa Kaum lagi satu tu boleh jual dengan harag yang murah.Ini adalah kerana mereka pakai baka jenis ni.Kita dok sibuk nak bela ayam jenis kampug ,lepas tu merunggut ayam x boleh jual,nak salahkan sapa,salahkan diri sendiri je lah.Sbb x tau nak ikut pasaran.Kaum yang lagi 1 tu depa berbeza.Apa yang depa pikirkan adalah mcm mana nak memenuhi demand tetapi lebih menguntungkan.Kita pula dok pikir mcm mana nak bagi org puas hati hati dengan kos kadang2 sampai kita rugi.Than kecoh kat goemn x mau tolong org melayu.Tapi sendiri yang tak amu nak belajar dri kaum lain.Asyik nak tegakkan kebenaran sendiri kononnya dia pandai.Kita elok le berubah mengikut zaman dan masa.Aku pernah jumpa dengan 1 taukey Cina yang agak berjaya juga dalam bidang ternakan ayam kampung niSampai aku sendiri terkejut quntity ayam kampung yang dia bela tu menjangkau 2.6juta ekor.Sapa sangka kan.....tapi tu le kenyataan.Semasa aku jual ayam frozen dari hari tu. aku hairan kenapa dia boleh bagi harga yang murah tetapi berat yang sama mcm aku bela.Bila aku dapati ayam tu aku tgk rupanya berbeza dengan rupa ayam aku bela sebelum ni..aku pun jadi pelik juga.Aku amati betul betul aku tgk paruhnya ada hitam2 dihujung.Masa tu belum tau lagi ayam jenis apa.Aku ingat diaorg potong paruh.Bila aku beli 100 ekor ayam kabir ni...baru aku tau rupanya diaorg jual tu ayam kabir.Sbb paruh ayam aku sama mcm paruh ayam yang aku beli dulu.Baru le terbongkar Rahsia alkisahnya....Tetapi ada jug tapinya hahahhaha..nak dapatkan baka ni bukan le senang sbb kaum yang menonopoli perniagaan ini x senang senag nak lepaskan baka ini pada kita.Setakat nak order 500 ekor beoleh le dia bagi kalu minta 2000 ekor jangan harap nak dapat.Dah le tu harganya mahal sikit pada ayam kampung.

Saturday, July 3, 2010

Ladang Baru Ie Agro Group Sdn Bhd






























Salam buat semua,Dalam minggu ini agak bz sbb berurusan peihal sewa ladang baru di Hulu Langat Bt 19 Kampung Sg Mampir.Alhamdulliah semuanya telah selesai just tunggu nak masukkan anak ayam minggu depan.Kawasan yang disewa termasuk 6 reban induk.4 reban anak 1 buah rumah pekerja 2 bilik,1 opis1kawasan untuk bela ayam esotik,store,peralatan seperti drinkig feeder,feed feeder,mesin cabut bulu.Harga sewa agak ok juga.Beberapa kerje perlu dilakukan disini utk membaik puih serba sedikit

Tuesday, June 15, 2010

Pentingnya Ubat dan Vitamin Kepada Ternakan Ayam Kampung

Salam buat semua pembaca blog aku yang setia...hehhehehhe..ada ke yang setia kat sini!!!!!Aku nak bagi tau kat semua...sepanjang menternak ayam kampung ni aku rasa bukan aku sorang je yang mengalami masalah ayam mati,ayam x cukup berat,masalah heat stress dan sebagainya.Selain dari masalah tu ada juga yang ayam mati sebab dipatuk buntut boleh rakan2 ayam yang lain.Kat jeram ni le masalah yang aku hadapi.Puas le akudok pikir mcm mana nak buat...terutama masalah ayam patuk buntuk..habis mati beberapa ekor ayam kampung yang aku bela.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memberikan dedak semata2 kat depa...semenjak tu kurang le masalah ayam aku mati pasal patuk buntut ini...Sebelum ni pun aku pernah highlight pasal ini...kebanyakan penternak terlalu sayang sangta nak keluar duit akhirnya rugi sendiri disebabkan kemataian ayam2 yang dah agak berat dlm 1 kg...baik le sayangkan ayam tu dri mati lagi banyak ruginya...selain dri tu ramai juga yang kurang perihatain utk memberikan vitamin dan ubat ubatan utk ayam sekiranya ayam kita sakit.Paling x pun depa beli ubat merah tu.
Aku skg ni pakai Coollic-Plus.ia bukan sahaja boleh mengilangkan penyakit seperti demam malahan juga sebagai agent antibody dan anti stress.Kalu musim panas biasanya ayam2 kita akan cepat monyok kerana heat stress...so COOLIC-PLUS ni menang bagus..apabila kita perihatin dengan ayam ternakan kita baru le boleh kita maxmiumkan keuntungan.Sayang kalu ayam tersebut mati diseparuh jalan sebelum kita menjual..banyak ruginya.Kegunaannya senang je.1 paket tu berat dalam 500grm.untuk setiap 100 liter air kita cuma masukan 30grm je serbuk COOLLIC-PLUS ini.Harga cuma RM 50 sahaja.Pada aku biar le belanja lebih sikit asalkan ayam x mati....


Selain vitamin ini aku juga gunakan Multi Vitamin Vita Pak harga nya rm35.Yang ni aku bagi setiap 2 hari sekali.Ini bagi megelakankan berak keras kat buntut,melancarkan penghadaman selepas makan,menghilangkan cacing dan sebagainya.Sejak aku pakai ayam2 aku nampak mula chargas!!!!kalu x hampesss..mcm org hilang bini je rupanya..Kegunaannya ialah 1 pkt 141 grm dicampur dengan air 969 litter air.Tapi aku selalu kasi 1/2 sudu tea untuk 1 gallon air.(bekas air minum tu je).Vita Pak ini memang bagus digunakan bagi mengelakkan penyakit.ia juga bertindak sebagai anti stress.Ramai juga penternak beli VITA PAK ni dari aku.Yang ni memang le aku recomen sangat....


Yang paling utama...selalu sangat kita menghadapi ayam kurang berat,Aku baru je jumpa benda alah ni...harga boleh tahan,RM120.Dengan mengunakan Hidro Rex Vital Aminoacidos ini boleh menambah berat ayam yang di ternak.Hidro Rex Vital Aminoacdos ini di perbuat dari pada vegetarian.Mengandungi banyak vitamin didalamnya dan juga amino acid yang bertujuan untuk memberikan penambahan berat kepada ayam kita.Aku baru pakai dalam seminggu ayam ada menunjukkan perubahan dri segi berat.Walaupun harganya mahal tetapi mengunakan amat lah baik.KIta hanya mengunakan 0.25 ml untuk dicampurkan kedalam air minuman yang sebnayak 1 liter.1 boleh tu ada 1 liter so kira le sendiri berapa banyak boleh pakai...memang menguntungkan.Selain dari ayam tu mendapat berat yang lebih dia juga menjaga kesihatan ayam2 kita..memang berbaloi.


Sebarang sesiapa yang hendakkan 3 Product di atas boleh hubungi Saya di Talinan 0169704360

Monday, June 7, 2010

Gabungan Penternak Ayam Kampung

Semalam aku ada berjumpa dengan rakan ternak aku di Pucong.didalam perjumpaan tu adalah beberapa perkara yang disebut.Seperti harga pasaran ayam kampung,gabungan penternak,masalah makan mahal dan sebagainya.So berminat sangat dengan gabungan penternak tu.Sebabnya di siyu kita boleh tetapkan harga pasaran ayam dimana semua penetrnak menjula dengan harga yang seragam.Selain darim tu kita boleh juga tetapkan kawasan....contohnya kalu kawasan Petaling si A punya kawasan..jadi sapa2 yang dapat customer kat kawasan tu beri semula pada A. dan A akan beri le sedikit ganjaran.Dengan cara ini kurang sikit saingan dan juga kita boleh tetapkan harga...mcm mcm kita boleh buat sekiranya ada gabungan mcm ni..selain penternak boleh juga kita ajak orang yang buat dedak join sekali..boleh juga kurangkan kos..sbb boleh dpt murah sikit..kalu beli banyak2.

Mai le kita renung renung kan kalu ada yang berminat boleh tinggalkan comment dan hp no kita bolehj call untuk buta meting nanti

INI SEKADAR CADANGAN DARI SAYA DAN RAKAN SAYA>SEMOGA MAJIU JAYA PADA SEMUA PENTERNAK BUMIPUTRA TERUTAMA MELAYU

Friday, May 28, 2010

Apa Dah Jadi Yeop!!!!!!!!

Apa Dah JAdi Yeop!!!!! Tu le tajuk yang aku nak ceritakan hari ni.
Ini adalah sambungan dari tulis aku yang lalu.Sebelum ni pun pernah aku saranan..sebagai penternak perlu lah kita pandai merancang ladang kita.Kalu nak buat ternakan kena ada juga kira2nya jangan hentam koromok je.Tapi ini le yang banyak berlaku...Bila tengaok org berjaya buat kambing so masing masing nak buat kambing,bila ada lak yang berjaya buat lembu semua dok cakap pasal lembu..lintah pun mcm tu juga,tak kurang juga dengan ayam kampung.Ramai yang sibuk nak buat ayam kampung..tetapai disebabkan dak ada perancangan maka semua yang diaorg buat tergendala atau rugi.MOdal dah banyak keluar tapi hasil x de.So bercerita le 1 kampugn yang buat ternakkan ni dak de untung.PAdahal org lain buat boleh berjaya je...kita ni terlalu banyak sangat budaya ikut mengikut....tapi ilmu x de..kosong..so mcm mana nak berjaya.

Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum nak buat sesuatu projek..sama le juga mcm bila kita buat projek binaan....kebanyakan mereka ni ambil mudah je..jadi mcm mana nak berjaya.Seseorang yang nak berjaya perlu le ambil kira semua aspek termasuk kos binaan reban,kos anak ayam.kos makan.kos perkerja,masalah2 ladang.pasaran,rotation produk dan sebagainya.Bukan nye ambil mudah...mungkin org2 ni diaorg pikir ternakan ni bisness leceh kot x de class,Tapi mereka lupa..banyak penternak yang kaya raya di luar sana.Contohnya..CP punya company..tukey dia tu jual ayam je..tapi mempunyai rumah yang besar sampai 6 tingkat.Ayamas pun kaya juga focus kat dlm ternkan ayam daging,peladang2 MAt salleh kat eropa,amerika dan cebagianya..semua kaya2...sbb apa????? Depa merancang dgn teliti.... sbb tu depa berjaya.Most of US belasah je....tu le masalahnya.

Aku ada kenal seorang penetrnak ini...idea bagus,barang pun bagus,yang x bagusnya rotation ayam x de.Mula dia start dengan 4000 ekor..very good planning....tapi bila dah nak havest..lupa lak nak masukkan yang baru....jadi skg ini yang 4000 ekor dah habis....yang tinggal cuma 2000 ekor ..tapi anak lagi baru 3 minggu.So mcm mana nak supply ke pasar2..bila dah putus...ini le cerita menag bagus ada 4000 ekor tapi planning x de...rotation hacur...kalu cutsomer lari mcm mana..bukan senang nak dapat market abng...so bila dah jadi mcm ni...sapa berani ambil dengan depa lagi/// sbb takut nanti pun x cukup juga...Benda mcm ni kena plan betul2 jgn hentam komok je.Pernah aku order barang tapi x boleh siap dalam waktu ynag ditetapkan..tapi x boleh meet the requirement..sbb nya staff x de..so mcm mana ni bro..Apa dah JAdi Yeop!!!!!!

Ini le yang perlu kita ambil berat..kiat teliti dlm kos dan pengurusan..bukan main belasah je.LAgi pun skg ni kan zaman penternak dan pertani moden..JADI KALU RASA X TAU MCM BELA AYAM..GI KRUSUS KAT mELAKA....KALU X PANDAI MERANCANG KENA LE AMBIL ORG YG BOLEH MEMBERIKAN KEUNTUNGNA PADA SYARIKAT BUKAN NYE BELASAH KOROMOK

Monday, May 24, 2010

Ternakan Ayam Kampung

Salam buat semua...DIsini saya nak sambung sikit dari POST yang lepas.Kebanyakan penternak memternak ayam kampung ni untuk org cina punya market.Cina suka ayam free range.Dagingnye agak liat sikit.Tapi berapa banyak mereka boleh ambil dengan kita dlm seminggu.20 atau 30 ekor.Kalu le mereka ambil byk tu bila nak habis kalu bela 500 ekor..ini le yang menjadi masalah orang kita sbb permikiran kita telah di set kan bergitu.Sedangkan mereka sendiri ternak ayam secara kandang.Mereka nak kita bagi ayam kita makan makanan hasil buangan seperti lebihan nasi,sayur dan sebagainya.Akhirnya ayam kita x cukup zat.Kecil lambat membesar dan dada tajam.Apa bila ayam kita ada bnayk lebihan maka kita pun supply ke restaurant. Restaurant akan reject sbb ayam kita kecil.Jadi sbb tu retaurant x ambil dgn penternak melayu.Penternak Cina juga yang untung.

Jadi macam mana nak kita atasi masalah kita ?????Dan apa yang menyebabkan ayam mereka lebih baik dari kita????Di sebabkan kita nak ikut apa yang mereka nak maka kita pun bagi le lebihan makan.tapi apa bila mereka ternak ayam kampung mereka bagi dedak.sbb tu ayam mereka lebih baik dan daging nya lebih lembut.tambahan mereka ternak secara kandang dan kita ternak secara bebas.Pasaran diluar kebanyakan mereka hendakan ayam kampung yang berdaging lembut.Ini le yang saya bersembang dengan dengan pengusaha restaurant dan chef.Ayam bergini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran skg.Kita kena mengikut apa yag diperlukan oleh pasaran.Ayam kampung kandang ini lebih cepat membesar kerana mereka makan 24 jam.Makanan yang di bekalkan adalah dedak semata2.Ayam ayam ini lebih sihat dan cukup zat.Sbb itu pembesaran cepat.Sebagai penetrnak kita juga perlu lah menjadi seorang perniagaan.Sebagai seorang perniagaa kita harus memikirkan barangan yang kita jual hendak lah cepat besar berkualiti dan tidak simpan lama.Kos kematian mesti diambil kira..kalu simpan lama nanti banyak lak yg mati.
Ayam ni jagan kita bagi makanan nye yang ditaburkan di bawah.harus le kita tinggikan bekas makan tersebut.baru dadanya berisi. Ini ada dari pengalaman aku sendiri..dah mcm mcm cara aku buat akhirnya ni juga yg terbaik,,tu pun aku ikut cara seorang penternak di Sg Buloh.Dengan cara tu bukan sahaja cepat besar.FCR pun rendah.Kos untuk ayam kg kacuk yg berat 1.5 kg hanya dalam rm3.45 je.kalu campur dengan harga anak ayam rm 2.50 baru rm5.95 seekor.Harga boleh jual hingga ke RM10 sekilo..itu pun kalu jual sendiri le.....

Ternakan Ayam Kampung

Salam buat semua,Saya nak bersambung sikit dari POST yang lalu.Kenapa kebanyakan pentrenak ayam kampung mempunyai jalan buntu.Sebagaimana yang telah saya terangkan serba sedikit di post yang lalu penternak banyak didedahkan dgn cara ternakan bebas.Ini disebabkan kita terlalu mengharap untuk Cina beli dengan kita.Tapi pernah ke kita tanya berapa banyak dia boleh ambil seminggu.Harga yang daiorg ambil memang le mahal sikit sekitar rm 8 ke rm 9 sekilo atau sekor.Tapi Kita sendiri terpaksa bela dengan masa yang agak lama.Bila mereka nak beli ayam dari kita mereka nak yang slow grower.Tapi apa bila mereka ternak dan jual dipasar mereka gunakan kaedah fast grower.KENAPA MACAM TU YEKKKKK??????Itu le mantelity yang diaorg masukan ke dalam otak kita.So bila kita jual kat restaurant semua reject sbb terlalu liat.Apa katanya kita supply ayam tua..Maka hilang le customer ..huhuhuhu...So kemana kah mereka perngusha restaurant ni dpt kan bekalan???Mereka akan cari org cina untuk membekal kepada mereka.Jadi Sapa yang rugi..kita juga yang rugi..alih2 tutup kedai...jadi mereka juga yang untung.

Macam mana nak kita atasi masalah ini.?????Kebanyakkan restaurant yang mengunakan ayam kampung mereka suka ayam kampung yang berdaging lembut.Ini lah yang saya dapati apabila bersembang dengan pengusaha Restaurant ayam kampung dan Chef di Restauant2 tersebut.Jadi baru le saya paham jenis market ayam kampung ni.Dulu saya pun x reti langsung.

Saturday, May 22, 2010

Masalah Penjualan Ayam Kampung

Salam buat semua.Ramai penternak bumiputra diluar sana mempunyai masalah untuk memeasarkan ternakan ayam kampung mereka.Apakah sebab sebabnya menjadikan Pasaran Ayam Kampung mereka lembab???Soalan bergini selalu menjadi persoalan kepada kita.Adakah Pasaran Ayam Kampung ni x de teruatma ayam kampung kacuk...Sbb tu ramai penternak beralih kepada ayam kampung asli..akhirnya terpaksa menangung rugi kerana ayam x boleh jual..ayam asli lak terlalu lama membesar.Tetapi adakah betul x de pasaran.Setelah aku lebih kurang 1 bulan mencari pasaran ayam kampung kacuk akhirnya terjawap juga serba sedikit persoalan tersebut.
1.Masalah pasaran adalah tidak timbul kerana pasaran sentiasa ada.Boleh gi ke Pasar Borong Selayang.Ayam Kampung kacuk dijual dengan harga rm15 seekor.Sentiasa ada yang membeli.
2.Stock pasaran adalah tidak cukup.Kerana org melayu?bumiputra hanya memternak lebih kurang 500 ekor ke 1000 ekor.Permintaan pasaran adalah lebih.Jadi Perniaga pasar borong x berani ambil dengan penternak melayu kerana takut x boleh supply kepada mereka.sesebuah kedai ayam di pasar borong selayang memerlukan sekurang2nya seminggu 200 ekor.sekiranya hanya ada 1000 ekor,dalam masa 1 bulan dah habis.lepas tu nak supply mcm mana.Masalah utama ni le dia.
3.Kebanyakan penternak x suka cari pasaran hanya tunggu di reban harapkan org dtg bli..so bila nak habis????
4.Kebanyakan advertise secara online sahaja sehingga terlupa offline marketing juga penting.
5.Cara ternakan yang tidak betul atau tidak terancang.kita masalah utama penternak melayu.
6.Terlalu contol cost makan sehinggakan pembesaran ayam lambat dan dada yang nipis.Ini memyebabkan perniaga tidak suka membeli dari penternak kita.Dan Juga memyebabkan susah nak jual.Kalu supply ke resturant2 mereka nak yang dada ada isi bukan yang dada tajam.Kalu anda dah ternak cuba tgk ada ayam anda.Adakah berisi atau dada tajam.????

Diatas tu adalah sbb2 kenapa pernternak kita mendapat jalan buntu.Apa yang perlu kita lakukan???berubah mengikut perubahan.Kita kena ikut permintaan pasaran bukan mereka yang ikut kita.Bagaimanakah kita boleh membantu penternak pernternak kecil???Pada pandagan saya sebagai orang berkecimpung didalam pasaran ayam kampung kacuk ini,kita harus lah ada jaringan penternak.Setiap penternak pelu mempunyai seorang pembekal ayamkampung yang berkecimpung secara serius didalam Permasaran ayam kampung ini.Jadi dapat lah mereka memasarkan ternakan mereka kepada pasaran yang sedia ada .Harga yang dibekalkan kepada pembekal hendaklah membolehkan pembekal mendapat keuntungan tetapi harus ingat jagan sampai penetrnak mengalami kerugiaan.Penternak juga harus perihatin terhadap berapa kos pembelaan dari anak sehingga dewasa....(Cara penjagaan amat lah penting untutk mendapatkan ayam kampung yang berkualiti.
Yang pasti pasaran ayam kampung tidak mencukupi.Sehingaa kadang2 saya sendiri pun kena ambil pada penternak2 kecil ini.Kepada sesiapa yang tidak ada pasaran ayam kampung boleh hubugi saya.Insyallah saya dapat memberikan bantuan dari segi pasaran..Ingatlah kita membekalan ayam kampung yang halal untuk org muslim.

Wednesday, April 21, 2010

Jualan Ayam Kampung Bermula

Salam buat semua blogger dan tetamu saya.Sekarang ni anak anak ayam yang dijual ke penternak yang membeli dengan saya 2 ke 3 bulan lepas dah mula havest.So saya pun tumpang sibuk menjual dan mencari pasaran ayam kampung untuk mereka.Alhamdulliah setelah penat mencari dapat le sedikit membekal ke Pasar Borong Selayang.Boleh le seminggu dalam 300 ke 400 ekor.Masih lagi mencari pasaran2 yang lain sebabnya stock in hand dok ada
sekitar 3000 ke 4000 ekor yang telah matang.Kalu ada le pembeli ayam kampung disini jgan segan2 call saya.Kami boleh bekalkan siap penghnataran kalu nak 10 ke 20 ekor pun kami layan.Stock di Jeram je dok ada 300 ekor...so sapa2 sekitar Jeram mai kat kami...boleh je no hal...harga boleh runding tgk pada quntity sekitar rm7.00kg ke rm10kg.Semalam aku gi hantar ayam kampung di Pasar Borong Selayang depa order kat aku 100 ekor..alahmdulliah le rezeki anak2..Hari ni baru balik dari Kepong ada Customer nak Ayam Kampung juga.Yang menghairankan aku.Ramai org cakap ayam kampung kacuk x de pasal.Tetapi apabila aku cari market ni..rasa nya rata2 yang aku tengok semuanyanye kacuk,Dan lagi lagi best aku ada juga yang nak beli size 1.8kg ke 2.5kg.Agak2 le kalu ada pembaca yang menternak ayam kampung dan mempunyai size besar mcm tu x boleh nak jual bagi tau aku..inyallah aku tolong jualkan..tapi harga mau cantik le hehehhehehe...lagi 1 perkara depa nak yang bertina sahaja..pelik..tapi benar..itu le alkisahnya..jadi pada penternak2 yang ada dijual jangan risau sgt sekiranya anda menternak ayam kampung kacuk.Kerana Pasaran pasti ada..cuma u kena usha le sikit..harga mungkin murah tapi havest time lebih cepat...dari segi makan tu..lepas umur sebulan pandai2 le cari jalan macam mana nak save cost.Yang pastinya anda x rugi sekiranya anda bijak menguruskannya.DIzaman era sekarang ni penternak bukan mcm zaman datuk kita...Sekarang ni most penternak semuanya ada kelulusan yang tinggi..Jadi dah ada kelulusan tu x kan x reti nak pikirkan....
Ini ayam Maran kalu sapa2 yang pandai ini le rupanya.Tapi bukan Ori..sudah kacuk dengan ayam kampung jadi sizenya kecil..huhuhu..rugi betul kalu puree breed pasti mahalkan

Thursday, April 1, 2010

Lavendar Dan Rakan Rakan

Ni Ayam Yokohama Red yang aku baru beli.1 jantan 2 betina.Baka Asli kalu buka buku baka jenis ni memang ada.Harganya Jangan tanya le Boleh tahan le mahal.Aku nak beli pun tergaru kepala.By the terima kasih kepada yang menjual pada aku.Tak pun pernah terpikir nak beli ayam exotic jenis ni.Kira Rezeki le tu.Skg ni aku simpan di Rumah Pak Cik Aku di Jeram Kuala Selangor.Kiranya tempat projek baru aku buat semantara le.Kat situ Aku bela Ayam Belanda kat sini aku ada letak gambar anak ayam yang aku beli hari tu.Beli 50 ekor dah mati 15 ekor.Lavendar dan Pearl Ayam Mutiara pun aku ada..hehehe baru le belinya pun..sepasang je dapat dari Shah Alam Adik yang jula kat aku tu baru umur 14 tahun je....heheheh dah pandai berurus niaga.Tu pun jenuh juga le aku mintak tawar kat dia










Anak Ayam Belanda aku yang dah besar.Masa aku ambil gambar tu ada 8 ekor..skg ni dah tinggal 4 ekor je yang besar yang 4 lagi dah kena beli dik lkawan dari Pekan Pahang







Yang niBaru umur dalam 3 minggu yg jenis ni le ada yang mati..beberapa ekor juga le...









Ini le yang aku beli hari tu









Lanvendar Aku
Pearl yang aku beli.....bukan apa nak tambah collection.tadi beli
anak lavendar tapi x sempat ambil gambar..esok nak hantar ke Jeram.Esok le aku a,bil gamba besar umur 2 bulan ..ada ehehhee
Ni anak lavendar yang aku beli hari tu..hehehhehe dah
2 bulan pun
heee