NuFFnANg

Monday, May 24, 2010

Ternakan Ayam Kampung

Salam buat semua...DIsini saya nak sambung sikit dari POST yang lepas.Kebanyakan penternak memternak ayam kampung ni untuk org cina punya market.Cina suka ayam free range.Dagingnye agak liat sikit.Tapi berapa banyak mereka boleh ambil dengan kita dlm seminggu.20 atau 30 ekor.Kalu le mereka ambil byk tu bila nak habis kalu bela 500 ekor..ini le yang menjadi masalah orang kita sbb permikiran kita telah di set kan bergitu.Sedangkan mereka sendiri ternak ayam secara kandang.Mereka nak kita bagi ayam kita makan makanan hasil buangan seperti lebihan nasi,sayur dan sebagainya.Akhirnya ayam kita x cukup zat.Kecil lambat membesar dan dada tajam.Apa bila ayam kita ada bnayk lebihan maka kita pun supply ke restaurant. Restaurant akan reject sbb ayam kita kecil.Jadi sbb tu retaurant x ambil dgn penternak melayu.Penternak Cina juga yang untung.

Jadi macam mana nak kita atasi masalah kita ?????Dan apa yang menyebabkan ayam mereka lebih baik dari kita????Di sebabkan kita nak ikut apa yang mereka nak maka kita pun bagi le lebihan makan.tapi apa bila mereka ternak ayam kampung mereka bagi dedak.sbb tu ayam mereka lebih baik dan daging nya lebih lembut.tambahan mereka ternak secara kandang dan kita ternak secara bebas.Pasaran diluar kebanyakan mereka hendakan ayam kampung yang berdaging lembut.Ini le yang saya bersembang dengan dengan pengusaha restaurant dan chef.Ayam bergini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran skg.Kita kena mengikut apa yag diperlukan oleh pasaran.Ayam kampung kandang ini lebih cepat membesar kerana mereka makan 24 jam.Makanan yang di bekalkan adalah dedak semata2.Ayam ayam ini lebih sihat dan cukup zat.Sbb itu pembesaran cepat.Sebagai penetrnak kita juga perlu lah menjadi seorang perniagaan.Sebagai seorang perniagaa kita harus memikirkan barangan yang kita jual hendak lah cepat besar berkualiti dan tidak simpan lama.Kos kematian mesti diambil kira..kalu simpan lama nanti banyak lak yg mati.
Ayam ni jagan kita bagi makanan nye yang ditaburkan di bawah.harus le kita tinggikan bekas makan tersebut.baru dadanya berisi. Ini ada dari pengalaman aku sendiri..dah mcm mcm cara aku buat akhirnya ni juga yg terbaik,,tu pun aku ikut cara seorang penternak di Sg Buloh.Dengan cara tu bukan sahaja cepat besar.FCR pun rendah.Kos untuk ayam kg kacuk yg berat 1.5 kg hanya dalam rm3.45 je.kalu campur dengan harga anak ayam rm 2.50 baru rm5.95 seekor.Harga boleh jual hingga ke RM10 sekilo..itu pun kalu jual sendiri le.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.