Buat semua yang mengikuti blog ini dan juga buat rakan-rakan seperjuangan didalam Ternakan Ayam Kampung.Agak Lama juga aku tak tulis blog ini.Ada yang bertanya,ada juga yang hantar email kat aku,suruh aku update yang terbaru.Kebelakangan ini aku agak sibuk sikit menguruskan urusan di Kuala Lumpur dan Di Ladang Aku diGua Musang.Aku dah balik Malaysia.Insyallah akan terus menetapa di Tanah Air yang tercinta ini.So disebabkan itu banyak le perkara yang aku perlu uruskan.Bukan senang nak mulakan sesuatu yang baru.
Aku sampai ke Kuala Lumpur pada 4/6/2009 pada pukul 2.30pm.Cuaca pada waktu itu agak mendung lebih kurang 32 c.Agak panas pada aku waktu tu.Berpeluh juga le.Rasa mcm baru masuk suana.Bukan Aku nak belagak tapi itu le kenyataan apabila kita menetapa lama diNegara bercuaca sejuk.Bila Balik ke Tanah Air sendiri pasti kita terasa perubahaan cuaca.(Kalu tak caya cakap aku,ko tanya le sapa2 yang menetap lama diNegara Sejuk,mesti diaorg setuju dengan aku.
Sesampai je aku di Kuala Lumpur aku telah menalifone beberapa Rakan2 BJ.Untuk perjumpaan yang pertama.Malam tu Pada pukul 9.00pm aku jumpa Ah Yun aka Yun dan Smart aka Dairul di Kawasan Rumah Aku di Bandar Sri Damansara.Banyak perkara yang kami bincangkan berkenaan ayam kampung,tukey dan sebagainya.Walaupun baru pertaman kali bertemu kami bagaikan kawan lama yang dah bertahun tak jumpa.Langsung tak de rasa kekok bila bersembang.Dairul aka Smart membawa Incubator dia yang baru beli.(tak pernah guna pun lagi pada waktu tu)AKu pun mengerahlan dia Infra Red Brooder yang dia pesan pada aku.
Selepas banyak perkara yang di bincangkan,Kami membuat rancangan untuk melawat beberapa reban ternakan Rakan2 yang lain.Tapi Dairul aka Smart tak dapat join sebab dia berkerja.Aku,Ah Yun dan Saiful aka citypull agro pergi melawat ke Tempat Pak Itam di Klang.Aku bergitu terpegun dengan Kawasan Ayam belanda Pak Itam.Menarik sekali,selama ni aku hanya mendengar ceita2 dari Rakan rakan di BJ saja.Hari tu aku tengok live tempatnye.Memang best.Sapa2 yang belum pergi..aku rasa elok lah korang membuat susulan untuk ke tempat Pak Itam.Pak Itam bergitu menerima kunjungan kami yang tak seberapa ini dengan penuh mesra.Terima Kasih Pak Itam Atas layanan yang HEBAT....
Aku ambil beberapa gambar di Tempat Pak Itam untuk tatapan aku dan rakan2 semua.Macam macam yang ada di Tempat Pak Itam.Bukan setakat Ayam Belanda.Macam macam yang ada disana seperti Ayam Arab,White Silk,Kuang dan sebagainya.Pak Itam juga memberikan Aku CD untuk panduan membuat makanan ayam.
Selepas tu kami bertolak ke Ladang Abg Arif di Bistari Jaya Kuala Selangor.Di sana Kami dapat melihat bagaimana cara cara yang di kendalikan oleh Abg Arif.Keluasan ladang yang boleh memeuatkan lebih kurang 10'000 ekor kesemuanya.Banyak juga Abg Arif bela.Yang paling menarik adalah Abg Arif ada membuat rangkain penternak dikalangan penduduk di Sana juga bersama rakannya.Idea yang Abg Arif buat tu sama mcm yang aku rancangkan cuma yang berbezanya Abg Arif dah buat Aku belum lagi......Tak apa..pasti suatu hari aku akan berjaya buat mcm Abg Arif.Insyallah...
Banyak juga yang kami belajar dari Abg Arif.Sebagai conothnye reban naka ayam.Abg Arif mengunakan reban jenis tinggi.Dengan cara ini pekerja ladang tak le payah nak membongkok ketika membuat kerja2 pemebrsihan danjuga memberi makan pada anak anak ayam ini.Mesti menarik idea Abg Arif.Sungguh teliti dan terancang.Bak kata orang orang tua jauh berjalan luas pandagan.Ini le ilmu yang aku dapt ketika di Big Valley Farm.Banyak lagi yang kami belajar dari Abg Arif.Kawsan Reban yang menarik dan bersih.Kat sini aku ada attach gambar di ladang Abg Arif.So korang boleh le tenguk sendiri macam mana kawasan reban ayamnya.Selepas kami bergerak ke tempat Saipul aka Citypullagro.Temapat dia pun terbaik juga...siap ada kerusi malas lagi...Apa taknya bukan setakat bagi makan ayam..dia pun makan dengan ayam hehehehehe..jgn marah yekkk.Aku balik dari rumah saiful lebih kurang pukul 9.00 malam...
Pada hari esoknya..aku banyak membuat urusan untuk membuaka company kami yang pertama. Nama yang kami berikan ialah
IE AGRO GROUP SDN.BHD semoga company kami ini diberkati allah dan diberikan kami rezeki juga kekuatan untuk mencapai kejayaan didalam bidang ini.Syarikat kami 100% bumiputra,Skop perniagaan adalah membekalkan Ayam Kampung hidup,Anak ayam kampung,Ayam daging hidup,Makan ayam,Peralatan dan sebagainya.Buat masa ni kami focus pada jualan Ayam Kampung ori dan juga Ayam Daging.Jadi sesiapa yang berhasrat untuk membeli barangan kami boleh terus berhubung dengan saya.No Telephone ada di Sebelah Kanan Blog ni.
Masa aku balik hari tu,aku sibuk dok mencari ayam kampung untuk ladang kami.Pesan ayam yang kami order tidak dapat dipenuhi oleh pembekal.Jadi terpaksa le aku mencari sepelusuk kampung di Gua Musang.Letih juga dibuatnya..maklum le nak cari sampai 1000 ekor.Habis semua kampung aku masuk.Kat pasar pun aku borong juga.Alhamdullilah dapt juga le sedikit.Tak capai sasaran.Cuna dapat dlm 500 ke 600 ekor sahaja.Tapi tu pun jenuh juga le aku nak mencarinye.Mana aku tak mengelabah bila oder tak boleh sampai sbb reban aku dah siap.Tapi ayam tak de so mcm mana..takkan aku nak biarkan reban kosong je.Ok lah buat masa ni tu jelah yang aku boleh berikan tatapan utk semua/Semoga berjumpa lagi dilain kali
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.