NuFFnANg

Wednesday, March 4, 2009

Lawatan Ke Ladang Martin O'Flynn Di Bantry Co.Kerry Ireland

Pada pukul 1.00 tengah hari Saya,Isteri,anak-anak saya iaitu Luqman dan Kyra Arissa serta Rakan Kongsi saya Nazri Ahmad bertolak dari Killarney co Kerry Ireland ke Ladang Organic Martin O'Flynn di Bantry Co. Cork Ireland.Cuaca agak tidak begitu baik pada hari ini.Hujan sepanjang perjalanan ke Ladang tersebut.Saya Telah membuat temujanji dengan Martin tuan punya Ladang pada hari Selasa lepas.Kami melalui jalan Kilgarvin untuk ke ladang beliau.Sebagaimana arahan yang diberikan oleh Martin...Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 min lebih kurang 75km dari tempat tinggal kami.Di sepanjang perjalanan tersebut kami melalui gunung yang agak tinggi juga la.Terdapat permandangan yang begitu menarik




Saya Tengah Memandu semasa didalam perjalan ke Ladang Martin O'Flynn







Sepanjang 4 tahun tinggal di Ireland ni, baru pertama kali saya melihat air terjun...Agak begitu menarik...walaupun jalan yang kami lalui tu agak sempit (cuma muat 1 buah kereta je)Tapi permandangannya bergitu mengkagumkan.Disebabkan saya pun tak pernah melalui jalan tersebut maka saya agak risau sbb jalan tu makin lama makin sempit..takut tersalah jalan je...so saya cuba telefon Martin...Tapi di atas Gunung tu tak de line le pulak....Demi untuk mencapai juga impian melihat Ladang ternakan di Ireland ni saya bertekad utk teruskan juga..walaupun dalam hati tu risau juga...Apabila berjalan lebih kurang 1jam 15 min setelah sampai di kawasan perkampungan di COOMHOOLN(kalu tak salah le ) Saya pun cuba telefon Martin utk minta pandu arah..setelah di berikan kan pandu arah..saya masih agak kurang jelas di mana tempat tersebut..maklum le dlm kawasan kampung irish ....cari pun cari ..agak2 dlm 1 jam termasuk dengan sesat entah ke mana ...akhirnya kami berjaya sampai ke destinasi dgn selamat.Nazri,saya dan keluarga di sambut baik oleh beliau di Ladang tersebut.Martin O'Flynn berketurunan English(Lorat British dia punya le pekat) dan isterinya Yvonne pulak keturunan Holland .Kami di bawa melawat di persekitaran Ladang beliau.Keluasan ladang beliau lebih kurang 48 ekar...termasuk le kawasan rata dan berbukit.Beliau menternak Ayam,Ayam api-api,Lembu,Kambing,Angsa dan sebagainya.Beliau juga mempunyai beberapa tanaman seperti bawang putih,carrot,tomato dan macam macam.

Ini Gambar Kedai Martin














Ini Gambar aku bersama Martin dan Luqman(anak aku le)




Nazri (Rakan Kongsi Aku)bersama Ynone




martin Owner Ladang Baru lepas kutip Telur Ayam






Ynone bersama anak kambing baru umur 1 jam






Saya ada megambil beberapa gambar di ladang tersebut
Ayam yg di ternak oleh beliu adalah dari jenis Rhode Island Red,Light Sussex,Maran dan hybrid(ayam kacuakan pendaging dari jenis Cornish dan Plymount Rock).Ayam ayam ini di bela secara free range organic so ayam ini hanya boleh disembelih/dijual selepas 90 hari.Dibawah ni Gambar gambar kjenis ayam yg terdapat di Ladang beliau


Rhode Island Red



White Sussex




Ayam Maran dan Sussex



Mix Breed yg Hitam tu Maran dan Sussex betina di dalam reban sbb hari hujan







DiLepas Secara Free Range




Anak Ayam Umur 1 Bulan Jenis Maran








Anak ayam Hybrid baru umur 3 minggu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.