NuFFnANg

Friday, March 13, 2009

Ladang Ternakan Ayam Kampung Organik Dan Ahern's Meldon Co Cork




<

Pada Pukul 12.00 tengah hari waktu Ireland Aku dan Nazri Bertolak dari Killarney ke Ladang Dan Ahern di Meldon Co Cork Ireland.Aku Buat Appoitment dengan Dan Ahern sejak minggu lepas.Janjinya nak gi hari Selasa tapi Nazri Kerja so aku cancel le appoitment dengan Dan Ahern.Malam tadi pukul 12.59 malam Dan Ahern hantar SMS kat aku katanya dia tak boleh nak jumpa sebab dia Meniaga Ayam dia di Thurday Market.(kat sini di pangggil Thurday Market,pasar tani le tu kalu orang kita kata)Aku balas SMS dia,aku cakap jumpa petang le dalam pukul 3.00 Perjalan kali ni mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam.Lebih kurang dalam 138km dari tempat aku dam Nazri Tinggal(nak tengok ayam punya pasal sanggup kita orang travel jauh jauh,nasib baik le minyak murah kat sini hehhehe tak sampai euro 15 pergi balik)Perjalanan nak ke tempat dia tu tak de masalah sbb lebih kurang aku tau le nak tuju ke Bandar Tempat dia tiggal tu,cuma aku tak tau kat mana lokasi ladang dia.Setelah aku sampai di Bandar Meldon lebih kurang dalam pukul 2.30pm aku pun terpusing pusing mencari arah.Alih alih aku dah tak tau arah mana nak tuju.Aku pun singgah le di Garda Station (Balai Polis le Tu)so dapat le aku pandu arah ke tempat tersebut.Garda tu bagi tau aku nanti ada sign board Organik Farm di sebelah kanan.Dari Garda Station tu nak ke Ladang Dan's lebih kurang 1/2 jam juga.Di ladang Ini Dan Ahern's membela Ayam Kampung telur secara organik dan Ayam Daging.Dia juga ada membela beberapa ekor Lembu,Turkey hanya pada bulan September untuk permintaan Xmas Sahaja.(Kami tak dapat melihat Turkey sebab tak de pada waktu ini)

Ni Gambar Sign Boardnya



Sign Board close up




Jalan Masuk ke Ladang Dan Ahern's



Setelah Parking Kereta.Kami pun menalifone Dan memberitau yang kami ni dah sampai.Tapi Dia masih berada di Market.Lebih kurang setengah jam baru juga dia sampai.

AKu bersama Dan Ahern



Nazri Bersama Dan Ahern



AKu dan Nazri di bawa berjalan jalan di sekeliling Ladang nya.Ladang Dan Ahern seluas 52 hektar.KAmi teruja apabila melihat Reban Ayam di ladang tersebut dari jauh.(cuba tengok macam mana teruja tak????)






Reban Ayam Telur





Reban Ayam Telur Reban Ayam ini bersize dalam lingkugan 10 kaki x 35 kaki di perbuat dari pada kayu.





Reban Ayam Daging Secara Organik



Walaupun Dari jauh kami sudah mula teruja melihat System Reban ayam ini.Sungguh menarik dah bersistem.Menurut kata Dan Setiap Reban Ayam ini mempunyai lebih kurang 300 ekor ayam.Mr Dan Mula berkecimpung didalam perniagaan Ternakan Ayam organik ini semenjak tahun 1999.Pada peringkat awal ia hanya menggunakan reban ayam yg diperbuat dari pada Zink sahaja.Klau di Malaysia Reban Ayam jenis ini tak pernah kita lihat



Reban ayam yg pertama digunakan di Ladang ni


Kami mula menuju ke Reban Ayam Telur untuk melihat dari dekat.Rasa tak puas hati kalu nak tengok dari jauhkan.So kami di bawa mendekati Reban reban Ayam ini.GAmbar di bawah ni adalah di Reban Ayam Telur


Ayam ayam ni mengikut aku masa tgk ambil gambar

Reban ayam yg menarik


Ayam ni di biarkan bebas secara free range



Nazri Bersaman Reban Ayam Telur Free Range






Reban Ayam Daging



Gambar gambar jelas menunjukan bahawa ayam ayam ni..di biarkan bebas tetapi net yg kelihatan tu adalah salah satu cara Penternak ni sini mengawal serangan musang dan sebagainya.Jangan cuba cuba pegang nanti kena letrik



Itu le rupa Electrict Net.Kebanyakan Ladang disini menggunakan Kaedah ini untuk mengelakkan serangan musang.


Selain dari pada Electrick net tersebut ..mereka guka menggunkan dawai yg berarus electrict yg berfungsi sebagai pagar.Di Sekeliling LAdang ini dipenuhi Dawai electrict





Geram betul tengok Ayam ayam ni...membuat hati ku tak sabar nak mempunyai Ladang Ayam yg sebergini.Harga Net tu kalu disini Dalam Euro 200.Lebih kurang kalu duit RM dalam RM900.00.Sapa sapa nak oder boleh roger aku penghantaran pakai kapal ambil masa 2 bulan KOS PENGHANTARAN Euro 50 bersamaan RM 200+
.hehehheheheh
....






Kami cuba melihat bagaimanakan keadaan didalam reban tersebut.Nak masuk dalam tapi Tuan Empunya ladang tak kasi.So apa lagi sesi Tangkap Gambar Curi le..Sebab nak bagi gambaran macam mana rupa bentuk di dalam reban tersebut ..





Yang ni kami ambil di Reban ayam yang tidak di Gunakan.Yang Nazri tengah pegang tu Drinking Electrict Feeder Automatik.Di atas bumbung tu ada Tangki air untuk supply air kepada Dringking feeder tersebut.Di bahagian lantai pula di taburkan serpihan ketam kayu untuk mandian ayam tersebut juga di letakkan daun bali kering...


Ini adalah tangki air utk Supply kepada drinking Feed







Ada banyak lagi Gambar yang akan di Uploadkan disini...Tunggu hingga sedikIt masa lagi

Saturday, March 7, 2009

Kennedy's Farm

Hari ni aku gi melawat Ladang ternakan Kennedy.Ladang ni sebenarnya adalah ladang utk pertunjukan je...ada le beberapa ekor ayam,Turkey,Kambing,burung merak,arnab dan rusa.Ayam pula terdapat beberapa jenis ayam.Jenis jenis yang terdapat di Ladang ni adalah seperti Indonesia batam,Ayam Serama,Ayam bulu terbalik dan sebagainya(aku pun tak tau nama jenis apa entah).Di LAdang Jenneday's ni kalu nak masuk tengok kena bayar.So aku dengan Nazri bayar seorg euro 8.00(kalu duit malaysia seorang RM40).Ladangan ternakkan ni Dia buat cantik juga.Kalu di Muim Summer(panas)ramai group budak-budak sekolah datang melawat.Even Pelancong pun ramai juuga yang datang.Aku sempat bersembang dengan Tuan Punya Ladang Mr kennedy tu.Dia kata Peniagaan Ternakan ini dah lebih 20 tahun.(lama juga tu,aku masih sekolah lagi waktu tu hehehhe)Tapi di Musim Winter(sejuk)Ladang ini ditutup untuk tontonan Awam.

Gambar ni Untuk Budak buadak bermain di waktu Summer




Ini adalah Ayam Batam Indonesia.Agaknya ramai orang Putih ni tak kenal Ayam Indon.DIsini MEreka PAnggil Batam Indonesia.Aku cakap kat Owner tu di Malaysia kita panggila ayam kampung.Dia pun cuba sebut AYAM KAMPUNG tapi bunyinya pelik hahahhaa














Wednesday, March 4, 2009

Lawatan Ke Ladang Martin O'Flynn Di Bantry Co.Kerry Ireland

Pada pukul 1.00 tengah hari Saya,Isteri,anak-anak saya iaitu Luqman dan Kyra Arissa serta Rakan Kongsi saya Nazri Ahmad bertolak dari Killarney co Kerry Ireland ke Ladang Organic Martin O'Flynn di Bantry Co. Cork Ireland.Cuaca agak tidak begitu baik pada hari ini.Hujan sepanjang perjalanan ke Ladang tersebut.Saya Telah membuat temujanji dengan Martin tuan punya Ladang pada hari Selasa lepas.Kami melalui jalan Kilgarvin untuk ke ladang beliau.Sebagaimana arahan yang diberikan oleh Martin...Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 min lebih kurang 75km dari tempat tinggal kami.Di sepanjang perjalanan tersebut kami melalui gunung yang agak tinggi juga la.Terdapat permandangan yang begitu menarik




Saya Tengah Memandu semasa didalam perjalan ke Ladang Martin O'Flynn







Sepanjang 4 tahun tinggal di Ireland ni, baru pertama kali saya melihat air terjun...Agak begitu menarik...walaupun jalan yang kami lalui tu agak sempit (cuma muat 1 buah kereta je)Tapi permandangannya bergitu mengkagumkan.Disebabkan saya pun tak pernah melalui jalan tersebut maka saya agak risau sbb jalan tu makin lama makin sempit..takut tersalah jalan je...so saya cuba telefon Martin...Tapi di atas Gunung tu tak de line le pulak....Demi untuk mencapai juga impian melihat Ladang ternakan di Ireland ni saya bertekad utk teruskan juga..walaupun dalam hati tu risau juga...Apabila berjalan lebih kurang 1jam 15 min setelah sampai di kawasan perkampungan di COOMHOOLN(kalu tak salah le ) Saya pun cuba telefon Martin utk minta pandu arah..setelah di berikan kan pandu arah..saya masih agak kurang jelas di mana tempat tersebut..maklum le dlm kawasan kampung irish ....cari pun cari ..agak2 dlm 1 jam termasuk dengan sesat entah ke mana ...akhirnya kami berjaya sampai ke destinasi dgn selamat.Nazri,saya dan keluarga di sambut baik oleh beliau di Ladang tersebut.Martin O'Flynn berketurunan English(Lorat British dia punya le pekat) dan isterinya Yvonne pulak keturunan Holland .Kami di bawa melawat di persekitaran Ladang beliau.Keluasan ladang beliau lebih kurang 48 ekar...termasuk le kawasan rata dan berbukit.Beliau menternak Ayam,Ayam api-api,Lembu,Kambing,Angsa dan sebagainya.Beliau juga mempunyai beberapa tanaman seperti bawang putih,carrot,tomato dan macam macam.

Ini Gambar Kedai Martin














Ini Gambar aku bersama Martin dan Luqman(anak aku le)




Nazri (Rakan Kongsi Aku)bersama Ynone




martin Owner Ladang Baru lepas kutip Telur Ayam






Ynone bersama anak kambing baru umur 1 jam






Saya ada megambil beberapa gambar di ladang tersebut
Ayam yg di ternak oleh beliu adalah dari jenis Rhode Island Red,Light Sussex,Maran dan hybrid(ayam kacuakan pendaging dari jenis Cornish dan Plymount Rock).Ayam ayam ini di bela secara free range organic so ayam ini hanya boleh disembelih/dijual selepas 90 hari.Dibawah ni Gambar gambar kjenis ayam yg terdapat di Ladang beliau


Rhode Island Red



White Sussex




Ayam Maran dan Sussex



Mix Breed yg Hitam tu Maran dan Sussex betina di dalam reban sbb hari hujan







DiLepas Secara Free Range




Anak Ayam Umur 1 Bulan Jenis Maran








Anak ayam Hybrid baru umur 3 minggu