NuFFnANg

Friday, July 23, 2010

Ie Agro BackYard PoulTry FaRm UpDate

Ie AgRO BackYard PoulTry FaRm Kawasan Baru

Dah Mula Pasarkan Dedak Yang Terbaru


Buat Tatapan Semua yang melawat Laman Blog saya.Terima Kasih diatas sokongan anda semua,tanpa Sokongan anda saya pasti Reban saya yang terbaru tidak dapat dilaksanakan.Dan juga ucapan ribuan terima kasih pada yang telah membeli produk produk yang dijual oleh syarikat kami.Tanpa anda siapa lah kami.Sekarang ini kami telah mula memasarkan dedak Dimana kami telah dilantik sebagai Pengedar dan Pemborong Tunggal Malaysia bagi setiap produk makanan ternakan yang dikeluaran oleh Syarikat Mereka seperti Pellet Lembu,Pellet Kambing,Dedak Pelengkap Ayam Kampung dan Dedak Ikan Keli Pelengkap.Pada Sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan boleh le hubungi Kami di talian yang tertulis diatas.Serba ringkas tentang makan ternakan ayam kampung ini adalah.










Dedak Starte yang kami bekalkan adalah mempunyai protien 21%.Anyway anak ayam kampung kami nampak sihat je selepas 2 minggu makan makanan tersebut.Harganya agak mahal sedikit,Tetapi masih lagi murah kalu di bandingkan dgn Gold Coin,Cargill dan lain-lain.Harga sekitar rm91/50kg cuma rm1.82/kg je..kalu dibandingkan dengan Gold Coin RM96/50kg sekilo = rm1.92/kg,Perbezaan untuk starter dalam 10sen.Nampak kecil tapi kalu bela sampai 1000 ekor atas kegunaan dedak adalah 7 tan keseluruhan projek,banyak juga tu kan.Dedak Grower pula kami jual dengan harga rm 91/50kg,rm1.82/kg je....gold coin rm94/50,rm1.88/kg perbezaan sebanyak rm6sen.kalu kita ambil kira cost the whole project,

kegunaan dedak 7 tan. rm1.92 x 7000 = rm13440
Kegunaan dedak kami 7 tan rm1.82 x 7000 =rm12740
Perbezaan dari segi nilai adalah rm700

Nilai rm700 akan terus masuk ke poket anda berbandingkan anda menggunakan dedak yang terkenal tersebut,Perkara yang paling penting,jgn kurangkan makanan yang diberikan tetapi mencari product yang lebih effection untuk ternakan kita cuma kita tidak menanggung kerugian ayam mati dan sebagainya.Selain itu product yang dipasarkan oleh kami adalah terjamin berqulity dan halal,diperbuat oleh bumiputra yang sangat menagambil berat tentang Halal Dan Haram
Ini Adalah rupa dedak yang Kami Pasarkan.Berwarna hitam,bahan yang kami gunakan adalah sama juga le seperti dedak dedak keluaran jenama yang terkenal.Selain dari itu dedak ini juga dicampur dengan EM dan Molasses.Aku rasa ramai yang dan tau apa kegunaan kedua dua bahan tersebut didalam makanan ayam kampung ini.Reban aku pun x le berbau sejak gunakan dedak ini.Aku bukan sekadar jual tetapi aku pun pakai sendiri.Jadi kalu korang takut nak gunakan produk aku tengak gambar seterusnya.Anak ayam aku galak memakan dedak yang baru ini.Walaupun agak kasar sedikit.Tapi aku bagi juga pada anak ayam aku yang berumur baru 3 hari..X de masalah pun...


Ini adalah gambar anak ayam aku yang berumur 3 hari galak memakan dedak ayam kampung yang aku pasarkan tu.So x le ada masalah apa2.Walaupun ia agak kasar sedikit dari Dedak yang jenama terkenal.Ye le lagi pun dedak Murah bukannya dedak mahal.Karang aku buat sebiji mcm gold coin...harga pun naik..habis semua orang marah lak..sebb jual dedak mahal.Jadi harap harap korang pun Paham le juga ye.Untuk mendapatkan dedak dgn kos yang rendah kita kena gunakan bahan bahan yang tidak perlu di import dari luar negara.Dalam Malaysia pun sebenarnaya banyak juga bahan yang boeh digunakkan.Yang penting Nutritionnya cukup untuk pembesaran dan pengemukan ayam ayam tersebut.
Tengok le sendiri anak anak ayam yang tengah galak memakan dedak ayam kampung ini..Ini menunjukkan perkembangan yang baik.Jadi aku pun x le risau sangat bila nak jual pada org pun.Sbb kalu anak anak ayam aku boleh makan dan tidak bermasalah,takkan ayam ayam yang lain ada masalahkan.So sbb tu aku bagimakan kat 1500 ekor anak ayam aku yang aku masukkan 2minggu lepas.


Ini lagi depa dok sibuk nak makan.So pada yang diluar sana dedak ini boleh digunakan tanpa was was dan juga terjamin halal serta di perbuat oleh orang melayu islam bumiputra.Dah aku bentangkan diatas.Jadi Renung renungakan lah Wahai Sahabat seperjuanganku.


Permindahan Anak ayam yang berumur 2 minggu ke reban besar


Anak Ayam aku yang batch pertama telah pun melepasi umur 2 minggu lebih sikit.Jadi aku pun bersiap sedia untuk memindahkan ke reban Besar atau Grower Flock 1.Ini gambar gambar yang aku ambil untuk tatapan semua.Reban ini berlantaikan tanah.JaDi untuk mengelakan kesejukan anak anak ayam berumur 2 minggu ini,Aku masih menggunakan habuk kayu untuk mengurangkan kesejukan.Sbbnya didalam kayu ada mengandungi tenaga yang agak kuat dan tinggi juga.Selain tu ia juga menyerap air.Jadi kurang le sikit kesejukannya.
Gambar yang sebelah ni korang boleh tgk habuk2 kayu tersebut diratakan untuk menutupi lantai reban ayam ini.Baru le anak2 ayam tu selesa sikit.Untuk percubaan aku letak x banyak sbb hehhehe biasa le takut juga.Lampu brooder dan x pasang ..so aku buat experiment dulu.Letak 20 ekor je.Setelah habuk kayu dirata dan disama levelkan baru le boleh kita masukan bekas manakan dan minuman.Cuba rujuk pada gambar yang dibawah tu.Aku dah Siap meratakan semua dan juga bekas makanan dan minuman dimasukan.Supaya apa bila dimasukan anak ayam.Ia
sedia makan juka perlu.Air aku taruk 3 bekas untuk memastikan anak anak ayam aku ni cukup makan dan minum.Kalu x cukup boleh menyebabkan anak anak ayam ni lambat membesar dan menjadi ayam ketot dan terbantut lak,hhehehehe....
















Ayam Kampung yang dah berumur 6 minggu Berat telah punya mencapai 1 .1 kg.

Ini le ayam kampung yang aku bela dalam masa 6 minggu yang lalu.Mula2 aku tumpang je kat tempat Bro ini.Bila aku tgk ia agak berjaya aku pun mula le tambah sebagaimana yang korang tgk kat atas tu...ayam yang warna putih kehitaman tu agak cantik dan menarik.Baka jenis ni agak menarik kerana pembesarannya yang menberangsangkan.Menjimatkan kos dan juga masa penjagaannya.Kami juga memberikan minuman air yang bercampur dengan HRV yang kami jual.Pembesaran yang ketara.Untuk persediakan hari raya ini aku masukkan 1000 ekor anak ayam kabir.Kalu aku gunakan ayam kampung pasti x sempat raya.huhuhu lepas raya baru boleh jual..sapa nak beli dah..time raya le the best.hehehhehe..semoga tahun ni raya lebih memberangsangkan.Aku juga sarankan pada yang mempunyai market ayam proses atau yang dah sembelih.ELok gunakan ayam Baka Kabir ini.Sbb ianya cepat besar dan juga kos lebih rendah.Kalu kita pikirkan kenapa Kaum lagi satu tu boleh jual dengan harag yang murah.Ini adalah kerana mereka pakai baka jenis ni.Kita dok sibuk nak bela ayam jenis kampug ,lepas tu merunggut ayam x boleh jual,nak salahkan sapa,salahkan diri sendiri je lah.Sbb x tau nak ikut pasaran.Kaum yang lagi 1 tu depa berbeza.Apa yang depa pikirkan adalah mcm mana nak memenuhi demand tetapi lebih menguntungkan.Kita pula dok pikir mcm mana nak bagi org puas hati hati dengan kos kadang2 sampai kita rugi.Than kecoh kat goemn x mau tolong org melayu.Tapi sendiri yang tak amu nak belajar dri kaum lain.Asyik nak tegakkan kebenaran sendiri kononnya dia pandai.Kita elok le berubah mengikut zaman dan masa.Aku pernah jumpa dengan 1 taukey Cina yang agak berjaya juga dalam bidang ternakan ayam kampung niSampai aku sendiri terkejut quntity ayam kampung yang dia bela tu menjangkau 2.6juta ekor.Sapa sangka kan.....tapi tu le kenyataan.Semasa aku jual ayam frozen dari hari tu. aku hairan kenapa dia boleh bagi harga yang murah tetapi berat yang sama mcm aku bela.Bila aku dapati ayam tu aku tgk rupanya berbeza dengan rupa ayam aku bela sebelum ni..aku pun jadi pelik juga.Aku amati betul betul aku tgk paruhnya ada hitam2 dihujung.Masa tu belum tau lagi ayam jenis apa.Aku ingat diaorg potong paruh.Bila aku beli 100 ekor ayam kabir ni...baru aku tau rupanya diaorg jual tu ayam kabir.Sbb paruh ayam aku sama mcm paruh ayam yang aku beli dulu.Baru le terbongkar Rahsia alkisahnya....Tetapi ada jug tapinya hahahhaha..nak dapatkan baka ni bukan le senang sbb kaum yang menonopoli perniagaan ini x senang senag nak lepaskan baka ini pada kita.Setakat nak order 500 ekor beoleh le dia bagi kalu minta 2000 ekor jangan harap nak dapat.Dah le tu harganya mahal sikit pada ayam kampung.

Saturday, July 3, 2010

Ladang Baru Ie Agro Group Sdn Bhd






























Salam buat semua,Dalam minggu ini agak bz sbb berurusan peihal sewa ladang baru di Hulu Langat Bt 19 Kampung Sg Mampir.Alhamdulliah semuanya telah selesai just tunggu nak masukkan anak ayam minggu depan.Kawasan yang disewa termasuk 6 reban induk.4 reban anak 1 buah rumah pekerja 2 bilik,1 opis1kawasan untuk bela ayam esotik,store,peralatan seperti drinkig feeder,feed feeder,mesin cabut bulu.Harga sewa agak ok juga.Beberapa kerje perlu dilakukan disini utk membaik puih serba sedikit

Tuesday, June 15, 2010

Pentingnya Ubat dan Vitamin Kepada Ternakan Ayam Kampung

Salam buat semua pembaca blog aku yang setia...hehhehehhe..ada ke yang setia kat sini!!!!!Aku nak bagi tau kat semua...sepanjang menternak ayam kampung ni aku rasa bukan aku sorang je yang mengalami masalah ayam mati,ayam x cukup berat,masalah heat stress dan sebagainya.Selain dari masalah tu ada juga yang ayam mati sebab dipatuk buntut boleh rakan2 ayam yang lain.Kat jeram ni le masalah yang aku hadapi.Puas le akudok pikir mcm mana nak buat...terutama masalah ayam patuk buntuk..habis mati beberapa ekor ayam kampung yang aku bela.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memberikan dedak semata2 kat depa...semenjak tu kurang le masalah ayam aku mati pasal patuk buntut ini...Sebelum ni pun aku pernah highlight pasal ini...kebanyakan penternak terlalu sayang sangta nak keluar duit akhirnya rugi sendiri disebabkan kemataian ayam2 yang dah agak berat dlm 1 kg...baik le sayangkan ayam tu dri mati lagi banyak ruginya...selain dri tu ramai juga yang kurang perihatain utk memberikan vitamin dan ubat ubatan utk ayam sekiranya ayam kita sakit.Paling x pun depa beli ubat merah tu.
Aku skg ni pakai Coollic-Plus.ia bukan sahaja boleh mengilangkan penyakit seperti demam malahan juga sebagai agent antibody dan anti stress.Kalu musim panas biasanya ayam2 kita akan cepat monyok kerana heat stress...so COOLIC-PLUS ni menang bagus..apabila kita perihatin dengan ayam ternakan kita baru le boleh kita maxmiumkan keuntungan.Sayang kalu ayam tersebut mati diseparuh jalan sebelum kita menjual..banyak ruginya.Kegunaannya senang je.1 paket tu berat dalam 500grm.untuk setiap 100 liter air kita cuma masukan 30grm je serbuk COOLLIC-PLUS ini.Harga cuma RM 50 sahaja.Pada aku biar le belanja lebih sikit asalkan ayam x mati....


Selain vitamin ini aku juga gunakan Multi Vitamin Vita Pak harga nya rm35.Yang ni aku bagi setiap 2 hari sekali.Ini bagi megelakankan berak keras kat buntut,melancarkan penghadaman selepas makan,menghilangkan cacing dan sebagainya.Sejak aku pakai ayam2 aku nampak mula chargas!!!!kalu x hampesss..mcm org hilang bini je rupanya..Kegunaannya ialah 1 pkt 141 grm dicampur dengan air 969 litter air.Tapi aku selalu kasi 1/2 sudu tea untuk 1 gallon air.(bekas air minum tu je).Vita Pak ini memang bagus digunakan bagi mengelakkan penyakit.ia juga bertindak sebagai anti stress.Ramai juga penternak beli VITA PAK ni dari aku.Yang ni memang le aku recomen sangat....


Yang paling utama...selalu sangat kita menghadapi ayam kurang berat,Aku baru je jumpa benda alah ni...harga boleh tahan,RM120.Dengan mengunakan Hidro Rex Vital Aminoacidos ini boleh menambah berat ayam yang di ternak.Hidro Rex Vital Aminoacdos ini di perbuat dari pada vegetarian.Mengandungi banyak vitamin didalamnya dan juga amino acid yang bertujuan untuk memberikan penambahan berat kepada ayam kita.Aku baru pakai dalam seminggu ayam ada menunjukkan perubahan dri segi berat.Walaupun harganya mahal tetapi mengunakan amat lah baik.KIta hanya mengunakan 0.25 ml untuk dicampurkan kedalam air minuman yang sebnayak 1 liter.1 boleh tu ada 1 liter so kira le sendiri berapa banyak boleh pakai...memang menguntungkan.Selain dari ayam tu mendapat berat yang lebih dia juga menjaga kesihatan ayam2 kita..memang berbaloi.


Sebarang sesiapa yang hendakkan 3 Product di atas boleh hubungi Saya di Talinan 0169704360

Monday, June 7, 2010

Gabungan Penternak Ayam Kampung

Semalam aku ada berjumpa dengan rakan ternak aku di Pucong.didalam perjumpaan tu adalah beberapa perkara yang disebut.Seperti harga pasaran ayam kampung,gabungan penternak,masalah makan mahal dan sebagainya.So berminat sangat dengan gabungan penternak tu.Sebabnya di siyu kita boleh tetapkan harga pasaran ayam dimana semua penetrnak menjula dengan harga yang seragam.Selain darim tu kita boleh juga tetapkan kawasan....contohnya kalu kawasan Petaling si A punya kawasan..jadi sapa2 yang dapat customer kat kawasan tu beri semula pada A. dan A akan beri le sedikit ganjaran.Dengan cara ini kurang sikit saingan dan juga kita boleh tetapkan harga...mcm mcm kita boleh buat sekiranya ada gabungan mcm ni..selain penternak boleh juga kita ajak orang yang buat dedak join sekali..boleh juga kurangkan kos..sbb boleh dpt murah sikit..kalu beli banyak2.

Mai le kita renung renung kan kalu ada yang berminat boleh tinggalkan comment dan hp no kita bolehj call untuk buta meting nanti

INI SEKADAR CADANGAN DARI SAYA DAN RAKAN SAYA>SEMOGA MAJIU JAYA PADA SEMUA PENTERNAK BUMIPUTRA TERUTAMA MELAYU

Friday, May 28, 2010

Apa Dah Jadi Yeop!!!!!!!!

Apa Dah JAdi Yeop!!!!! Tu le tajuk yang aku nak ceritakan hari ni.
Ini adalah sambungan dari tulis aku yang lalu.Sebelum ni pun pernah aku saranan..sebagai penternak perlu lah kita pandai merancang ladang kita.Kalu nak buat ternakan kena ada juga kira2nya jangan hentam koromok je.Tapi ini le yang banyak berlaku...Bila tengaok org berjaya buat kambing so masing masing nak buat kambing,bila ada lak yang berjaya buat lembu semua dok cakap pasal lembu..lintah pun mcm tu juga,tak kurang juga dengan ayam kampung.Ramai yang sibuk nak buat ayam kampung..tetapai disebabkan dak ada perancangan maka semua yang diaorg buat tergendala atau rugi.MOdal dah banyak keluar tapi hasil x de.So bercerita le 1 kampugn yang buat ternakkan ni dak de untung.PAdahal org lain buat boleh berjaya je...kita ni terlalu banyak sangat budaya ikut mengikut....tapi ilmu x de..kosong..so mcm mana nak berjaya.

Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum nak buat sesuatu projek..sama le juga mcm bila kita buat projek binaan....kebanyakan mereka ni ambil mudah je..jadi mcm mana nak berjaya.Seseorang yang nak berjaya perlu le ambil kira semua aspek termasuk kos binaan reban,kos anak ayam.kos makan.kos perkerja,masalah2 ladang.pasaran,rotation produk dan sebagainya.Bukan nye ambil mudah...mungkin org2 ni diaorg pikir ternakan ni bisness leceh kot x de class,Tapi mereka lupa..banyak penternak yang kaya raya di luar sana.Contohnya..CP punya company..tukey dia tu jual ayam je..tapi mempunyai rumah yang besar sampai 6 tingkat.Ayamas pun kaya juga focus kat dlm ternkan ayam daging,peladang2 MAt salleh kat eropa,amerika dan cebagianya..semua kaya2...sbb apa????? Depa merancang dgn teliti.... sbb tu depa berjaya.Most of US belasah je....tu le masalahnya.

Aku ada kenal seorang penetrnak ini...idea bagus,barang pun bagus,yang x bagusnya rotation ayam x de.Mula dia start dengan 4000 ekor..very good planning....tapi bila dah nak havest..lupa lak nak masukkan yang baru....jadi skg ini yang 4000 ekor dah habis....yang tinggal cuma 2000 ekor ..tapi anak lagi baru 3 minggu.So mcm mana nak supply ke pasar2..bila dah putus...ini le cerita menag bagus ada 4000 ekor tapi planning x de...rotation hacur...kalu cutsomer lari mcm mana..bukan senang nak dapat market abng...so bila dah jadi mcm ni...sapa berani ambil dengan depa lagi/// sbb takut nanti pun x cukup juga...Benda mcm ni kena plan betul2 jgn hentam komok je.Pernah aku order barang tapi x boleh siap dalam waktu ynag ditetapkan..tapi x boleh meet the requirement..sbb nya staff x de..so mcm mana ni bro..Apa dah JAdi Yeop!!!!!!

Ini le yang perlu kita ambil berat..kiat teliti dlm kos dan pengurusan..bukan main belasah je.LAgi pun skg ni kan zaman penternak dan pertani moden..JADI KALU RASA X TAU MCM BELA AYAM..GI KRUSUS KAT mELAKA....KALU X PANDAI MERANCANG KENA LE AMBIL ORG YG BOLEH MEMBERIKAN KEUNTUNGNA PADA SYARIKAT BUKAN NYE BELASAH KOROMOK

Monday, May 24, 2010

Ternakan Ayam Kampung

Salam buat semua...DIsini saya nak sambung sikit dari POST yang lepas.Kebanyakan penternak memternak ayam kampung ni untuk org cina punya market.Cina suka ayam free range.Dagingnye agak liat sikit.Tapi berapa banyak mereka boleh ambil dengan kita dlm seminggu.20 atau 30 ekor.Kalu le mereka ambil byk tu bila nak habis kalu bela 500 ekor..ini le yang menjadi masalah orang kita sbb permikiran kita telah di set kan bergitu.Sedangkan mereka sendiri ternak ayam secara kandang.Mereka nak kita bagi ayam kita makan makanan hasil buangan seperti lebihan nasi,sayur dan sebagainya.Akhirnya ayam kita x cukup zat.Kecil lambat membesar dan dada tajam.Apa bila ayam kita ada bnayk lebihan maka kita pun supply ke restaurant. Restaurant akan reject sbb ayam kita kecil.Jadi sbb tu retaurant x ambil dgn penternak melayu.Penternak Cina juga yang untung.

Jadi macam mana nak kita atasi masalah kita ?????Dan apa yang menyebabkan ayam mereka lebih baik dari kita????Di sebabkan kita nak ikut apa yang mereka nak maka kita pun bagi le lebihan makan.tapi apa bila mereka ternak ayam kampung mereka bagi dedak.sbb tu ayam mereka lebih baik dan daging nya lebih lembut.tambahan mereka ternak secara kandang dan kita ternak secara bebas.Pasaran diluar kebanyakan mereka hendakan ayam kampung yang berdaging lembut.Ini le yang saya bersembang dengan dengan pengusaha restaurant dan chef.Ayam bergini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran skg.Kita kena mengikut apa yag diperlukan oleh pasaran.Ayam kampung kandang ini lebih cepat membesar kerana mereka makan 24 jam.Makanan yang di bekalkan adalah dedak semata2.Ayam ayam ini lebih sihat dan cukup zat.Sbb itu pembesaran cepat.Sebagai penetrnak kita juga perlu lah menjadi seorang perniagaan.Sebagai seorang perniagaa kita harus memikirkan barangan yang kita jual hendak lah cepat besar berkualiti dan tidak simpan lama.Kos kematian mesti diambil kira..kalu simpan lama nanti banyak lak yg mati.
Ayam ni jagan kita bagi makanan nye yang ditaburkan di bawah.harus le kita tinggikan bekas makan tersebut.baru dadanya berisi. Ini ada dari pengalaman aku sendiri..dah mcm mcm cara aku buat akhirnya ni juga yg terbaik,,tu pun aku ikut cara seorang penternak di Sg Buloh.Dengan cara tu bukan sahaja cepat besar.FCR pun rendah.Kos untuk ayam kg kacuk yg berat 1.5 kg hanya dalam rm3.45 je.kalu campur dengan harga anak ayam rm 2.50 baru rm5.95 seekor.Harga boleh jual hingga ke RM10 sekilo..itu pun kalu jual sendiri le.....

Ternakan Ayam Kampung

Salam buat semua,Saya nak bersambung sikit dari POST yang lalu.Kenapa kebanyakan pentrenak ayam kampung mempunyai jalan buntu.Sebagaimana yang telah saya terangkan serba sedikit di post yang lalu penternak banyak didedahkan dgn cara ternakan bebas.Ini disebabkan kita terlalu mengharap untuk Cina beli dengan kita.Tapi pernah ke kita tanya berapa banyak dia boleh ambil seminggu.Harga yang daiorg ambil memang le mahal sikit sekitar rm 8 ke rm 9 sekilo atau sekor.Tapi Kita sendiri terpaksa bela dengan masa yang agak lama.Bila mereka nak beli ayam dari kita mereka nak yang slow grower.Tapi apa bila mereka ternak dan jual dipasar mereka gunakan kaedah fast grower.KENAPA MACAM TU YEKKKKK??????Itu le mantelity yang diaorg masukan ke dalam otak kita.So bila kita jual kat restaurant semua reject sbb terlalu liat.Apa katanya kita supply ayam tua..Maka hilang le customer ..huhuhuhu...So kemana kah mereka perngusha restaurant ni dpt kan bekalan???Mereka akan cari org cina untuk membekal kepada mereka.Jadi Sapa yang rugi..kita juga yang rugi..alih2 tutup kedai...jadi mereka juga yang untung.

Macam mana nak kita atasi masalah ini.?????Kebanyakkan restaurant yang mengunakan ayam kampung mereka suka ayam kampung yang berdaging lembut.Ini lah yang saya dapati apabila bersembang dengan pengusaha Restaurant ayam kampung dan Chef di Restauant2 tersebut.Jadi baru le saya paham jenis market ayam kampung ni.Dulu saya pun x reti langsung.